Adakah Insurans Kemalangan Diri berbaloi? Ini fakta-fakta yang korang perlu tahu

Kemalangan Diri

Pada masa kini, apabila melibatkan perlindungan diri dan keluarga – insurans memainkan peranan penting dalam menyediakan jaminan kewangan bagi menghadapi situasi yang tidak dijangka. Salah satu pilihan yang sering menarik perhatian ialah Insurans Kemalangan Diri yang juga menjadi antara pilihan masyarakat ketika ini.

Namun, ada juga yang membangkitkan persoalan, sama ada ia sesuatu yang berbaloi atau tidak? Tapi, sebelum menjawab soalan itu, perlu diketahui dahulu…

Apa beza Insurans Kemalangan Diri dengan insurans jenis lain?

Imej dari Compare Factory.

Sebenarnya, Insurans Kemalangan Diri merujuk kepada sejenis polisi perlindungan yang direka khusus untuk memberi sokongan kewangan sekiranya seseorang itu mengalami kecederaan, hilang upaya atau kematian akibat kemalangan.

Berbeza dengan Insurans Hayat atau Insurans Perubatan, Insurans Kemalangan Diri memberi tumpuan kepada perlindungan khusus untuk kemalangan, dengan memastikan bantuan kewangan jika kemalangan mengakibatkan kecederaan, hilang upaya kekal atau menghalang keupayaan untuk bekerja.

  • Insurans Hayat: Membayar manfaat kematian kepada penama dengan nilai tertentu seperti mana tertakluk dalam polisi.
  • Insurans Perubatan: Meliputi kos perubatan untuk penyakit, kecederaan dan penjagaan pencegahan. Biasanya, ia tidak menyediakan bantuan kewangan tambahan untuk kemalangan atau menggantikan pendapatan yang hilang.

Oleh itu, boleh disimpul bahawa Insurans Kemalangan Diri bertujuan untuk mengisi kelompongan yang ada dan memberi tumpuan kepada kecederaan dan kematian akibat kemalangan.

Maka, masuklah topik seterusnya, adakah Insurans Kemalangan Diri ini berbaloi?

Perlindungan lebih lengkap dengan Insurans Kemalangan Diri

Terdapat pelbagai manfaat yang boleh disenaraikan apabila korang mengambil Insurans Kemalangan Diri, antaranya adalah:

1. Perlindungan kewangan untuk kemalangan yang tidak dijangka

Imej dari China Press.

“Malang tidak berbau”, dan kerana itulah kemalangan dapat berlaku tanpa diduga dan impaknya boleh menjadi amat besar dari segi kewangan dan fizikal. Dengan adanya Insurans Kemalangan Diri, ia akan memberi ketenangan fikiran dan memastikan korang tidak perlu menanggung beban kewangan bersendirian.

BACA  Adakah perlindungan tambahan peril khas untuk kenderaan satu keperluan?

Ini kerana, polisi insurans ini akan menyediakan bantuan kewangan bagi menampung kos seperti bil perubatan, rawatan di hospital, pembedahan dan apa-apa kos lain yang timbul akibat kecederaan kemalangan.

2. Premium yang mampu milik

Berbanding dengan produk insurans lain, polisi insurans kemalangan diri selalunya datang dengan kadar premium yang lebih rendah dan dibayar secara tahunan. Oleh itu, ia bersifat kurang membebankan dan mampu milik khususnya kepada mereka berpendapatan rendah dan sederhana.

3. Menyediakan Perlindungan Tambahan

Selain menyediakan bantuan kewangan untuk kos perubatan, sesetengah polisi insurans kemalangan diri turut dilengkapi dengan manfaat-manfaat tambahan. Contohnya, jika kemalangan mengakibatkan hilang upaya kekal, ada polisi menyediakan penggantian pendapatan yang diberikan semasa tempoh pemulihan.

Ada juga yang menawarkan perlindungan untuk keperluan khusus, seperti kos pemulihan atau perkhidmatan pengangkutan dalam kes kecederaan yang teruk.

4. Meringankan beban waris

Selain itu, Insurans Kemalangan Diri juga boleh mengurangkan beban waris dengan adanya wang pampasan serta beberapa lagi manfaat lain seperti perbelanjaan pengebumian, perbelanjaan repatriasi dan sebagainya.

Siapa yang patut mempertimbangkan Insurans Kemalangan Diri?

Kesesuaian Insurans Kemalangan Diri selalunya bergantung pada gaya hidup, kerjaya dan perlindungan insurans lain. Berikut adalah senarai golongan yang patut mempertimbangkan perlindungan ini:

1. Pekerjaan berisiko tinggi

Mereka yang bekerja dalam bidang berisiko tinggi seperti pembinaan, perkilangan, keselamatan atau pengangkutan, berdepan dengan kemungkinan kemalangan yang lebih tinggi. Bersiap sedia dengan perlindungan ini sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan jiwa semasa bertugas.

Imej dari CIDB.

2. Pengembara dan penggemar aktiviti luar

Jika seseorang itu kerap mengembara atau sering terlibat dalam aktiviti luar, mereka mungkin menghadapi risiko yang tidak sepenuhnya dilindungi oleh insurans perubatan biasa. Dengan adanya insurans kemalangan diri, mereka akan mempunyai perlindungan tambahan sekiranya berlaku insiden yang tidak dijangka.

BACA  5 destinasi pelancongan berpatutan yang korang boleh pergi hujung tahun ini!

3. Keluarga yang memerlukan perlindungan tambahan mampu milik

Insurans Kemalangan Diri juga boleh menjadi pilihan yang menarik bagi keluarga yang ingin perlindungan tambahan pada harga yang berpatutan. Memandangkan kadar premiumnya yang rendah, ia menyediakan keselamatan tambahan – tanpa menambah beban kewangan keluarga dan dalam masa sama melengkapi pelan insurans perubatan atau insurans hayat yang sedia ada.

Tapi, sudah pasti ramai juga yang tertanya-tanya, mana satukah pelan Insurans Kemalangan Diri yang terbaik untuk diambil? Korang jangan pening kepala sebab…

Allianz Shield Plus sediakan perlindungan menyeluruh untuk kehidupan yang lebih tenang!

Di bawah Insurans Kemalangan Diri Allianz Shield Plus, korang tak perlu risau sebab ia memberikan perlindungan menyeluruh dalam menghadapi situasi tak dijangka. Ini kerana, pelan ini datang dengan manfaat sehingga RM3,000,000 untuk kematian dan hilang upaya kekal akibat kemalangan!

Selain itu, pelan ini turut menyediakan Jaminan Kemasukan Hospital (sehingga RM2,500) di mana-mana hospital di Malaysia dan di dalam negara-negara Asia Pasifik jika penghospitalan tersebut diperlukan akibat kemalangan. Tidak cukup dengan itu, manfaat sehingga RM15,000 turut disediakan bagi perbelanjaan perubatan dan sehingga RM800 bagi perubatan alternatif.

Sekiranya perlu dimasukkan ke wad, korang tak perlu risau sebab ia memberikan pendapatan hospital sehingga RM300 sehari (maksima 180 hari). Allianz juga akan membayar perbelanjaan pembetulan gigi dan/atau pembedahan pembaikan kosmetik pada bahagian leher, kepala atau dada (pusat dan ke atas) akibat kecederaan yang dialami kerana kemalangan dengan nilai sehingga RM5,000!

Imej dari brosur Allianz Malaysia.

Kepada kaum wanita yang mengalami keguguran akibat kemalangan, mereka layak menerima pampasan sebanyak RM2,000.

Sekiranya melibatkan kematian akibat kemalangan, pelan ini menyediakan perbelanjaan pengebumian RM5,000 dan elaun perkabungan sebanyak 20% daripada Jumlah Pokok Yang Diinsuranskan sekiranya berlaku kematian yang disebabkan oleh denggi, virus zika, malaria, japanese encephalitis atau chikungunya.

BACA  Orang tak ambil insurans sebab kos sara hidup meningkat? Ini insurans kemalangan diri serendah RM50 setahun!

Kemalangan akibat unsur jenayah juga tak terlepas dari perhatian pelan ini. Oleh itu, ia menyediakan pampasan RM600 sekiranya berlaku ragut atau percubaan meragut. Syaratnya, korang perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kejadian berkenaan berlaku.

Tapi, antara tujuan utama Insurans Kemalangan Diri juga adalah untuk melindungi ahli keluarga kan? Menariknya, korang tak perlu risau tentang kadar premium sebab kalau korang ambil pelan ini untuk pasangan dan anak-anak, diskaun premium sehingga 50% akan diberikan!

Imej dari brosur Allianz Malaysia.

Jadinya, kepada korang yang masih tercari-cari perlindungan kemalangan diri yang sesuai, bolehlah ambil Allianz Shield Plus yang menyediakan pelbagai jenis manfaat.

Caranyanya mudah saja, korang hubungi wakil-wakil Allianz yang sah (DI SINI) atau layari laman web rasmi Allianz Malaysia di PAUTAN INI.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *