Elak ditipu ejen ‘towing’: Ini 5 tips penting jika korang terlibat dalam kemalangan jalan raya

kemalangan

Terlibat dalam kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara yang kita boleh jangka. Bila terjadinya kemalangan, boleh dikatakan sesiapa saja akan rasa panik dan fikiran ‘kosong sekejap’ sebab tak tahu nak buat apa.

Dalam keadaan tertentu, secara tiba-tiba ada pula trak tunda (tow truck) yang datang dan menawarkan perkhidmatan. Bila dapat bil, ingatkan beberapa ratus sahaja, tapi rupanya kena caj sampai beribu ringgit!

Inilah antara kes yang selalu kita dengar dan diadukan oleh mangsa-mangsa ejen tundaan ini. Jadinya, kali ini kami akan kongsikan tips-tips yang korang kena tahu bila terlibat dalam kemalangan atau kenderaan rosak.

Tips-tips jika terlibat dalam kemalangan atau kenderaan rosak

1. Bertenang dan pastikan keselamatan diri serta penumpang

Selepas kemalangan, langkah pertama korang kena buat adalah memastikan keselamatan diri sendiri dan penumpang. Periksa jika ada yang mengalami kecederaan, walaupun hanya kecil.

Kalau kemalangan berlaku di jalan yang sibuk dan kenderaan masih boleh bergerak, alihkan kenderaan ke bahu jalan atau tempat yang lebih selamat untuk mengelakkan risiko kemalangan tambahan.

Korang juga boleh letakkan segi tiga amaran kira-kira 50 hingga 100 meter dari lokasi kenderaan. Dengan itu, ia akan memberi amaran kepada pemandu lain supaya memperlahankan kenderaan mereka.

Imej dari Motorist.

2. Ambil gambar dan rekod maklumat

Satu lagi perkara penting yang korang kena buat adalah periksa keadaan kenderaan bagi mengetahui tahap kemalangan dan kerosakan yang dihadapi. Ambil gambar dari beberapa sudut yang menunjukkan kerosakan, kedudukan kenderaan dan tanda jalan raya.

Kalau kemalangan melibatkan kenderaan lain, pastikan korang mencatat butiran kenderaan dan pihak lain yang terlibat seperti:

  • Nama Pemandu, Alamat dan Nombor Telefon;
  • Nombor pendaftaran kereta;
  • Model kereta dan warna;
  • Nombor Kad Pengenalan/Lesen Memandu;
  • Nama Saksi, Alamat dan Nombor Telefon.
BACA  Buy now, pay later? Panduan, tips & risiko konsep 'beli dulu, bayar kemudian'

Perkara ini penting, sebagai rujukan untuk kegunaan laporan dan tuntutan nanti atau sekiranya timbul sebarang pertikaian.

3. Elakkan diri dari ditipu pihak tidak bertanggungjawab

Apabila terlibat dalam kemalangan atau kenderaan rosak, korang juga akan terdedah dengan risiko penipuan seperti perkhidmatan trak tunda (tow truck) datang secara tiba-tiba di tempat kejadian. Oleh itu, elakkan dari menandatangani sebarang kertas yang diberikan oleh pihak tundaan yang tidak dikenali.

Jika mahu juga, pastikan korang ambil nama syarikat, nombor pendaftaran kenderaan tundaan dan resit untuk khidmat mereka. Ini penting untuk sebarang rujukan di kemudian hari.

Imej dari Berita Harian.

Selain itu, kadang kala ada juga yang akan berpura-pura membantu tetapi sebenarnya mengambil kesempatan untuk mengenakan bayaran berlebihan. Oleh itu, jangan mudah terperdaya dengan sesiapa yang terlalu mendesak untuk membantu.

4. Hubungi syarikat insurans

Bagi mengelakkan penipuan-penipuan tadi, korang sebaiknya terus menghubungi syarikat insurans kenderaan korang. Sebabnya, syarikat insurans selalunya akan memberi panduan mengenai langkah seterusnya, termasuk menghantar kenderaan ke bengkel panel atau khidmat tundaan yang sah.

Lebih baik lagi kalau syarikat insurans itu menyediakan pelbagai manfaat lain seperti mana yang ditawarkan oleh Allianz…

Allianz Road Rangers menyediakan bantuan tepi jalan tanpa mengira waktu!

Kalau korang nak tahu, Allianz Road Rangers adalah perkhidmatan bantuan tepi jalan percuma untuk pemegang polisi Allianz Motor Komprehensif kereta dan motosikal yang disediakan di seluruh Malaysia tanpa mengira waktu. Korang hanya perlu menghubungi talian 1800-22-5542 kalau berlaku kemalangan jalan raya atau memerlukan bantuan tepi jalan.

Dengan pantas Allianz Road Rangers akan datang untuk memberikan bantuan yang sepatutnya. Ini kerana, Allianz Road Rangers ada Allianz Bike Brigade iaitu sebuah Pasukan Respons Pertama bermotosikal yang akan tiba di lokasi kemalangan dan memberikan bantuan pertama, termasuk pertolongan cemas jika diperlukan.

BACA  Selain gaji & "work life balance": Korang tahu tak apa lagi faedah yang pekerja sekarang cari?

Jika keadaan kenderaan rosak teruk atau tidak boleh bergerak lagi, Allianz Road Rangers menyediakan perkhidmatan menunda ke balai polis untuk membuat laporan polis dan seterusnya ke Panel Pembaikian Allianz atau bengkel francais berdasarkan permintaan.

Imej dari Allianz Malaysia.

Bagi memudahkan urusan, pihak Allianz Road Rangers turut akan membimbing korang ketika membuat laporan di balai polis. Korang juga akan menerima baucar e-hailing yang boleh digunakan untuk pulang ke rumah dari tempat kemalangan. Manfaat ini hanya terpakai sekiranya korang terlibat dalam kemalangan.

Apa yang lagi penting, Allianz Road Rangers akan memproses dan menerima kelayakan Tuntutan Kerosakan Sendiri (TKS) korang sepantas 10 minit! Bila kenderaan dah siap dibaiki di bengkel, korang tak perlu susah payah nak ambil – sebabnya, pihak Allianz sendiri yang akan hantar kenderaan itu kepada korang.

 

Memang terbaik apa yang ditawarkan Allianz Road Rangers ni kan? Korang boleh menikmati perkhidmatan bantuan tepi jalan percuma ini untuk kenderaan korang dengan polisi Allianz Motor Comprehensive (Kereta Persendirian), Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) atau Allianz Motorcycle (Komprehensif).

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus berhubung dengan ejen-ejen Allianz yang sah (SEMAK DI SINI) atau terus saja layari Portal Rasmi Allianz Malaysia (DI SINI).

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *