Korang bercita-cita nak jadi ejen insurans? Ini panduan lengkapnya

insurans

Pada hari ini, industri insurans adalah salah satu sektor penting dalam ekonomi global. Sebabnya, ia menjadi antara benteng utama dalam melindungi kewangan individu dan perniagaan dari keadaan yang tak dijangka.

Dan mereka yang memberi sumbangan penting dalam industri ini sudah pasti adalah ejen insurans yang membantu pelanggan memahami dan mendapatkan perlindungan yang mereka perlukan.

Insurans melindungi kita dari sebarang risiko. Imej dari Insurance Business America.

Mungkin ada di antara korang juga yang mahu menceburi bidang ini, tapi kurang jelas dengan langkah-langkah yang perlu diambil. Oleh itu, kali ni kami akan menjelaskan tentang apa yang korang perlu tahu dan buat untuk jadi seorang ejen insurans yang terbaik.

Senaraikan perkara yang korang kena tahu untuk jadi ejen insurans

Sebelum korang melangkah lebih jauh, korang kenalah dapatkan pemahaman asas tentang industri insurans. Antara perkara yang korang kena tahu dulu adalah…

Tentukan jenis ejen insurans macam mana yang korang nak jadi

Imej dari Valorama.

Sebelum apa-apa, korang kena tahu dulu ada dua jenis ejen insurans di luar sana. Pertamanya adalah mereka yang bekerja dengan hanya satu syarikat saja. Mereka ini dikenali sebagai captive insurance agent.

Keduanya pula ejen insurans bebas iaitu mereka yang bekerja dengan lebih daripada satu syarikat insurans. Ejen ini akan menyediakan pelanggan dengan sebut harga daripada pelbagai syarikat untuk mencari polisi dan harga terbaik.

Penuhi syarat-syarat kelayakan untuk jadi seorang ejen insurans

Sama juga seperti kerjaya lain, industri insurans turut memerlukan korang untuk memiliki kelayakan-kelayakan yang disyaratkan. Tapi selalunya, syarat-syarat itu taklah begitu ketat, kalau nak dibandingkan dengan pekerjaan professional lain.

Dengan berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun korang dah boleh bergelar seorang ejen insurans. Cumanya, korang kenalah…

BACA  Tidak pasti dengan kerjaya anda? Sertai program ini

Dapatkan lesen sebagai ejen insurans

Kalau korang nak jadi ejen insurans bertauliah, mahu atau tidak – korang mesti kena dapatkan lesen. Di Malaysia, untuk menjadi ejen insurans, seseorang itu mestilah menduduki dan lulus Pre-Contract Examination for Insurance Agents (PCEIA) iaitu sebuah peperiksaan yang dikendalikan oleh Institut Insurans Malaysia (MII).

Imej dari YusLiza RY6 Agency.

Lepas dah lulus peperiksaan ni, korang kena mendaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), sebelum boleh menjalankan sebarang perniagaan insurans.

Tapi sebelum ambil lesen ni, korang mesti kena tahu asas-asas penting dalam industri kan? Tak kan tiba-tiba ambil lesen tanpa tahu apa-apa? Jadinya, korang perlulah menjalani…

Kursus dan latihan yang secukupnya

Nak jadi ejen insurans bukan saja memerlukan korang menjual insurans, tapi korang juga wajib memahami konsep insurans, jenis-jenis polisi dan bagaimana ia berfungsi.

Selain itu, kemahiran-kemahiran lain turut diperlukan seperti penyelidikan pasaran, cara berinteraksi dengan pelanggan, membina rangkaian, pemasaran diri, etika dan sebagainya.

Semua ini korang boleh dapat dengan menghadiri kursus dan latihan yang benar-benar memberikan apa yang korang perlu untuk jadi ejen insurans terbaik. Jadinya, kami cadangkan untuk korang…

Sertai Allianz C.E.O. Programme yang sediakan latihan & bantuan kewangan sehingga RM12,000!

Program yang kami cadangkan ni adalah sebuah program bimbingan, penguasaan perniagaan dan pembangunan komprehensif selama 24 bulan yang direka khas untuk mempercepatkan perjalanan dan perkembangan korang sebagai seorang ejen insurans atau Allianz Life Changer.

Sebabnya, program ini akan memberikan korang segala yang diperlukan untuk menjadi ejen insurans terbaik. Tak seperti program latihan biasa yang kadang-kadang tu meletakkan seorang jurulatih untuk 200 peserta. Program ini melaksanakan fokus pengajaran yang memberikan korang masa secukupnya untuk bersemuka dengan mentor.

BACA  4 tips untuk mendapatkan premium insurans perubatan yang rendah

Korang yang menyertai program ini kemudiannya akan dibantu untuk meneroka minat dan potensi diri serta cara menggunakannya untuk memacu kerjaya masing-masing .

Apa yang lagi best, tak macam program lain yang korang mungkin perlu keluarkan duit sendiri, program ini akan beri bantuan kewangan sehingga RM12,000 sebulan berdasarkan keupayaan dan prestasi korang! Korang juga boleh rekrut lebih ramai ahli ke pasukan korang untuk tambah lagi pendapatan.

Wowwww! Imej dari GIFDB.

Korang akan diajar cara untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa seperti MDRT dan juga sebagai pemimpin dalam tempoh ini. Untuk 90 hari permulaan, korang akan diberikan bimbingan dalam membina kecekapan jualan, tabiat kerja yang baik, perancangan harta dan meningkatkan kompetensi jualan.

Kalau korang nak lebih faham, boleh tengok di bawah ini:

Tak cukup dengan itu, korang juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam Program Latihan Agensi INSEAD – iaitu sebuah program latihan 6 bulan pertama seumpamanya yang direka bersama oleh Allianz dan INSEAD untuk menjadikan korang ejen yang lebih profesional

Kalau korang dapat ke program itu, korang betul-betul bertuah sebab INSEAD ni adalah salah satu tempat pengajian perniagaan terkemuka di dunia!

Jadi, apa tunggu lagi? Jom sama-sama jadi ejen insurans terbaik! Kepada yang nak tahu lebih lanjut dan berminat menyertai program ini, layari saja Portal Rasmi Allianz Malaysia – DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *