5 Tips Kewangan Ibu Tunggal Perlu Amalkan

Tips Kewangan Ibu Tunggal

5 Tips Kewangan Ibu Tunggal Perlu Amalkan. Menjadi ibu tunggal bukanlah suatu perkara yang mudah.

Membesarkan anak-anak sendiri tanpa pasangan memerlukan banyak tenaga, berkorban pelbagai perkara dan perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan atau kecemasan keluarga. Realitinya juga, beban kewangan keluarga tetap dipikul berseorangan.

Oleh demikian, amat penting untuk kita fikirkan strategi dan hasil keputusan kewangan yang bijak serta bersesuaian dengan kemampuan keluarga anda. Ini beberapa tip yang boleh diamalkan oleh kaum ibu tunggal bagi memudahkan urusan masa depan kewangan keluarga.

tips kewangan ibu tunggal
Via Unsplash

1.Rancang belanjawan dengan teliti kunci utama pengurusan kewangan

Mengikut kata-kata hikmah ‘gagal merancang merancang kegagalan’, kegagalan merancang kewangan boleh menyukarkan banyak perkara khususnya dalam urusan yang melibatkan wang. Belanjawan memainkan peranan besar dalam memahami sejauh mana kita dapat mengalihkan hasil wang yang kita terima pada perkara-perkara lain.

Via Unsplash

Bagi seorang ibu tunggal, keperluan merancang kewangan lebih besar kerana cuma pendapatan anda sahajalah yang dapat disumbangkan  untuk pelbagai perbelanjaan rumah. Sebab itulah, anda perlu bersikap teliti, berdisiplin dan cermat dalam membelanjakan pendapatan berdasarkan belanjawan yang sudah ditetapkan.

2. Rancangkan tabungan dan pelaburan anda, kena ada peruntukan sendiri

Apabila merangka belanjawan isi rumah, kita harus peruntukkan sedikit wang untuk tabungan setiap bulan. Rancangan ini kadangkala lebih mesra digelar ‘membayar diri sendiri dahulu’, iaitu apabila kita masukkan sejumlah wang untuk diri sendiri dalam senarai perbelanjaan bulanan.

Simpanan ini perlu dimasukkan dalam bentuk pelaburan yang kurang berisiko dan selamat seperti ASB dan Tabung Haji. Dua contoh yang disebut ini juga mudah dicairkan, atau dalam kata mudah, boleh dikeluarkan tanpa perlu risau dengan susutan nilai simpanan awal. Sebagai ibu tunggal, anda tidak boleh mengambil terlalu banyak risiko kerana anda merupakan penyumbang utama keluarga.

BACA  Ciri-ciri scam pelaburan yang perlu anda tahu menurut Suruhanjaya Sekuriti

3. Ilmu kewangan mesti dicari, kena banyak baca buku

Antara kesilapan wanita khususnya ibu tunggal adalah mereka kurang menambah ilmu kewangan yang ada dalam diri. Dalam zaman teknologi masa kini, ilmu kewangan kini lebih mudah diperoleh terutamanya menerusi perkongsian ramai penasihat kewangan.

TikTok, Youtube malah media sosial juga seringkali memaparkan pelbagai jenis nasihat kewangan.

Via Entreprenuer

Walau bagaimanapun, lambakan nasihat ini mestilah diteliti dan dipertimbangkan terlebih dahulu agar dapat disesuaikan dengan keadaan kewangan keluarga. Tambah lagi, informasi-informasi yang mudah dicapai ini juga kadangkala hanya menyentuh ‘permukaan’ sesuatu hal.

Jika kita membaca buku kewangan, informasi berkenaan pengurusan kewangan dapat difahami lebih mendalam dan mungkin lebih mudah disesuaikan dengan keperluan keluarga.

4. Persediaan kecemasan dan persaraan perlu untuk masa depan, insurans salah satu instrumen

Sebagai ibu tunggal, persediaan wang untuk kejadian luar jangka amatlah penting. Bagi persediaan kecemasan ini, ramai penasihat kewangan sarankan agar simpanan perlulah cukup untuk perbelanjaan hidup selama beberapa bulan.

Ada juga yang mencadangkan supaya, selain dari simpanan yang ada, kita perlu sediakan lagi simpanan yang cukup untuk tiga bulan bagi menampung kejadian tidak diingini umpamanya kehilangan pekerjaan. Simpanan ini juga boleh dilaburkan ke dalam pelaburan kurang berisiko atau ke dalam unit amanah dapat ditunaikan dengan mudah dan cepat. Simpanan ini juga boleh digunakan untuk persaraan kelak.

Via Unsplash

Persediaan kecemasan lain yang tidak kurang pentingnya adalah insurans, terutamanya insurans kesihatan dan hilang upaya. Ramai melihat insurans bukanlah satu perkara yang penting, namun ia dapat membantu membiayai kos rawatan dan keperluan lain pada masa hadapan.

Kad perubatan biasanya boleh digunakan di klinik-klinik panel bagi memudahkan urusan pembayaran rawatan; tidak semestinya kena tunggu masuk hospital barulah kemudahan insurans ini boleh digunakan.

BACA  Scam kripto semakin menjadi-jadi: Ini ciri-ciri asas pelantar kripto yang selamat

5. Didiklah anak anda tentang pengurusan kewangan

Macam yang disebutkan awal tadi, ilmu kewangan tidak sekadar dimanfaatkan untuk anda sahaja. Sebagai seorang ibu dan penjaga kepada anak-anak anda, terbahu jugalah tanggungjawab untuk mendidik anak tentang hal ehwal kehidupan serba mencabar.

Sebagai ibu tunggal, anda perlu mendidik anak tentang bagaimana wang dapat menaikkan semangat orang, bagaimana wang memerlukan kita untuk membuat pilihan dan bagaimana wang boleh menghalakan kita ke jalan yang salah jika kita tidak berhati-hati mengendalikannya.

Perilaku kewangan anda juga boleh menjadi contoh jelas untuk anak-anak, maka anda sendiri perlu menjadi contoh yang baik kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *