Salah satu inisiatif yang menarik daripada kerajaan baharu ini adalah Inisiatif Menu Rahmah yang membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli makanan. Kalau kita semak betul-betul perbelanjaan harian, kita dapati sebahagian besar daripada jumlah perbelanjaan kita adalah tentang membeli makanan. Benda ni memang logik pun, sebabnya manusia memerlukan makanan untuk hidup. Apabila ada menu rahmah, bebanan kewangan untuk membeli makanan dapat diringankan, terutamanya mereka yang tinggal di bandar-bandar utama yang selalu dikaitkan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Apa yang lebih menarik adalah inisiatif ‘rahmah’ ini tak terhenti hanya pada makanan semata-mata. Beberapa inisiatif lain seperti pakaian, percutian, insurans, dan rawatan telah diperkenalkan di Malaysia. Konsepnya amat mudah, semua produk atau servis yang menggunakan tema rahmah mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Kali ini kami akan terangkan kepada anda TIGA perkara menarik tentang inisiatif rahmah. Kami mulakan dengan…
Ramadan lepas, ada 38 bazar Ramadan RAHMAH di seluruh negara…
Selain daripada hakikat yang kita dah dapat keluar membeli juadah berbuka puasa selepas beberapa tahun menghadapi Covid-19, kehadiran bazar Ramadan rahmah akan membantu kewangan kita. Walaupun Ramadan telah berlalu, kami pasti korang masih ingat dengan bazar-bazar rahmah yang ada di Malaysia. Selalunya bazar ini terdiri daripada gerai-gerai yang menjual juadah dengan harga yang lebih rendah berbanding sebelum ini. Yalah, dah nama pun bazar rahmah kan?
Bazar Ramadan rahmah ni adalah hasil daripada di bawah inisiatif Payung Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Ketika YB Salahuddin Ayub mengunjungi Bazar Ramadan Presint 14, di Putrajaya, beliau berkata pelaksanaan bazar rahmah adalah hasil kerjasama peniaga melalui libat urus bersama KPDN dalam menawarkan harga Menu Rahmah sebagai usaha mengurangkan tanggungan kos sara hidup rakyat.
“Di bazar Ramadan Presint 14, Putrajaya terdapat lebih kurang 148 gerai dan hampir 48 peratus gerai menawarkan Menu Rahmah dengan harga di bawah RM5. Ada juga penjualan set ‘lamb shank’ yang biasanya dijual pada harga lebih daripada RM50 tetapi di sini ia bermula dari RM30 bergantung kepada menu yang dipilih,” Kata YB Salahuddin Ayub, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini
Sudah tentu harga juadah yang lebih murah akan membantu rakyat memandangkan ketika itu banyak duit yang akan dibelanjakan bagi menghadapi persediaan Aidilfitri. Al-maklumlah, menjelang raya ni macam-macam benda yang kita nak beli, lagi-lagi lepas pandemik ni, ramai yang teruja untuk menyambut tetamu setelah beberapa tahun kita raya sendiri-sendiri. Apa yang penting adalah kita semua kena ukur baju di badan sendiri ye.
Pakej fisioterapi rahmah yang akan membantu orang kurang berkemampuan
Kalau ada di antara korang yang berfikir, Ramadan dah habis, ada lagi tak produk rahmah yang kita boleh beli dengan harga berpatutan? April lepas, sebuah syarikat telah melancarkan Pakej Fisioterapi Rahmah serendah RM20 kepada kumpulan B40 dan RM5 kepada asnaf miskin bagi setiap sesi.
Pakej itu meliputi kesemua perkhidmatan rawatan fisioterapi diperlukan yang harga asalnya ialah RM159.
Syarikat terlibat mengatakan mereka satu-satunya pusat fisioterapi yang diuruskan secara perusahaan sosial dengan menyediakan khidmat menyeluruh kepada kelompok terpinggir dan rentan seperti B40, asnaf miskin serta gelandangan.
“Melalui perniagaan cross subsidy, pendapatan dijana daripada rawatan pelanggan di pusat ini dan turut menerima sumbangan orang awam yang akan digunakan untuk memberi subsidi kepada golongan sasaran. Kami berharap pelaksanaan pakej Fisioterapi Rahmah ini dapat meringankan beban rakyat khususnya kelompok sasaran yang memerlukan rawatan,” – Seperti yang dilaporkan Sinar Harian
Melalui inisiatif Rahmah ini, kita dapat melihat bagaimana seruan untuk memperkenalkan harga ‘mampu milik’ semakin meluas hampir ke semua industri. Kami rasa benda ni positif, memandangkan ramai yang mengatakan kos sara hidup semakin tinggi. Macam fisioterapi ni, sebenarnya ramai yang teringin atau memiliki keperluan untuk menghadiri fisioterapi, tapi bukan mudah jumpa kedai dengan harga yang berpatutan dengan kualiti yang terjamin.
Insurans mampu milik yang perlu dimiliki oleh orang ramai
Apabila kita bercakap tentang produk perlindungan kewangan, khususnya insurans; akan ada stigma yang mengatakan ramai tidak membelinya kerana insurans tidak mampu milik. Seiring dengan perkembangan inisiatif Rahmah daripada kerajaan, kami dapat tahu yang sekarang ni kita dah ada INSURANS RAHMAH! Konsepnya sama seperti bazar dan fisioterapi yang kami ceritakan tadi, harga insurans rahmah yang kami nak terangkan ni harganya mampu milik!
Masih ramai yang tak memiliki insurans kerana tak menyedari hakikat kepentingan insurans untuk melindungi diri kita dan keluarga. Kami masih ingat ketika musim banjir yang melanda negara pada 2021, ramai mangsa banjir di kawasan pendalaman memerlukan bantuan tunai untuk mereka melakukan kerja-kerja pembersihan. Dengan adanya bantuan tunai, keluarga mangsa banjir dapat lah meringankan beban mereka daripada musibah yang melanda. Sekiranya kejadian seperti ini menimpa kita, memiliki insurans dengan perlindungan banjir amatlah penting untuk memudahkan urusan kita tanpa mengharapkan ehsan yang lain. Lebih-lebih lagi setiap tahun Malaysia akan mengalami musim banjir!
Kami gembira dengan pelaksanaan insurans Rahmah ni kerana ia akan mendorong orang ramai untuk membeli insurans. Mari kami nak ceritakan salah satu produk insurans Rahmah yang menarik perhatian kami dan sangat berbaloi untuk rakyat marhaen memilikinya, iaitu PerlindunganKu Allianz4All. Korang boleh dapatkan insurans ini dengan premium serendah RM50.00 setahun atau RM0.13 sehari! Harga sebiji gula-gula je weh.
Pelan ini telah pun dilancarkan tahun lepas tapi di bawah inisiatif rahmah, Allianz telah menambah baik faedah produk ini dan mengekalkan bayaran premium yang sama untuk membantu rakyat Malaysia memiliki insurans. Macam yang korang boleh lihat pada gambar di atas, dahulunya perlindungan untuk kematian dan hilang upaya kekal hanyalah RM25,000, kini telah ditingkatkan kepada RM50,000. Bukan itu sahaja, bantuan tunai banjir pun termasuk tau. Memang insurans ini menarik perhatian kami dan sangat bagus untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah untuk memilikinya.
Untuk pengetahuan anda, produk ini adalah sebahagian daripada Allianz4ll, sebuah siri produk baharu yang direka dengan Nilai-Nilai Sejagat berdasarkan Prinsip Kewangan Islam. Premium anda akan disimpan di dalam perbankan Islam dan diuruskan mengikut Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus. Sekiranya terdapat lebihan dalam dana peruntukan tuntutan pula, lebihan itu akan diagihkan kepada badan kebajikan yang memerlukan. Anda akan sentiasa dilindungi sambil membantu mereka yang memerlukan.
Kalau korang berminat dengan produk ini, bolehlah layari laman web Allianz di: https://www.allianz.com.my/personal/life-health-and-savings/personal-accident/perlindunganku-az4all-bm.html
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.