Nak labur kripto? Baca dulu masa depan matawang kripto ini

Masa Depan Matawang Kripto

Nak labur wang kripto? Baca dulu masa depan matawang kripto ini. Pada Mac lalu, kita digemparkan dengan bankrapnya Bank Silicon Valley dan kemungkinan trend menjunam mata wang kripto selepas itu.

Sebelum ini, mata wang kripto dibayangkan mampu menyaingi wang fiat yang digunakan setiap hari. Bukan itu saja, beberapa negara telahpun mula menerima wang kripto sebagai transaksi harian mereka. Akan tetapi, kita juga dilanda dengan beberapa situasi yang luar biasa seperti pandemik dan jatuhnya bank utama wang kripto.

Masa Depan Matawang Kripto, Mampukah Bertahan?

Antara persoalan yang kini bermain di benak fikir orang ramai selepas khabar-khabar dari dunia kripto. Betulkah mata wang kripto masih cerah, sepertimana yang pernah berulangkali disebutkan oleh para pedagang kripto pada tahun-tahun lalu?

Via CNBC

Kisah Bank Silicon Valley jadi pengajaran, ini sebab kenapa kripto boleh bertahan

Bank Silicon Valley (SVB) mengumumkan bankrap selepas gagal mengembalikan semula deposit syarikat kripto. Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menjamin syarikat-syarikat kecil ini agar ekonomi mereka tidak terganggu. Bagi peguam teknologi kewangan, Tony Petrov kata krisis ini bukanlah suatu fenomena baharu.

Baca Juga: Pendaftaran eBeliaRahmah Tahun 2023

Sebab itulah, bank-bank seharusnya memiliki proses pengurusan risiko yang baik dan terus aktif memperbanyak portfolio pelaburan supaya wang yang disimpan boleh dipusingkan semula menjadi wang simpanan para pelanggan.

Kita harus tahu, bank jarang simpan duit tunai yang banyak; selebihnya ia dilaburkan semula bagi menjana keuntungan kepada bank.

Via Youtube

Tahun 2023 masih lagi suatu tahun yang diyakini kukuh untuk wang kripto. Beberapa alasan popular terus memberi ruang kepada kripto, seperti akses perkhidmatan kewangan yang mandiri dan tidak terikat kepada sistem bank khususnya dalam peringkat antarabangsa. Perkhidmatannya pantas dan kosnya pula murah berbanding caj yang lazim dikenakan oleh bank.

BACA  Scam kripto semakin menjadi-jadi: Ini ciri-ciri asas pelantar kripto yang selamat

Baca Juga:

Transaksi wang kripto juga dilihat lebih telus, yang mana ia direkodkan dan terbuka kepada orang ramai. Dengan keterbukaan itu juga, wujud pelbagai lapisan keselamatan yang diletakkan sehingga ada mengatakan dompet kripto ini tidak dapat digodam.

Via Arab News

Dapat kita simpulkan, para pengguna kripto lebih dahagakan ciri-ciri transaksi yang berbeza dengan sistem bank. Jikalau dari bank, ramai terikat pada sistem bank dan caj-caj yang harus dipersetujui dahulu. Tidak cukup dengan itu, sistem bank berpusat ini boleh digodam.

Kripto akan berhadapan dengan beberapa isu dan cabaran, boleh gugat prestasi kripto

Walaupun wang kripto terus bertahan dan menjadi pilihan ramai, terdapat beberapa isu dan cabaran yang muncul pula. Misalnya, negara-negara masih lagi berdebat perihal bagaimana untuk mengawal wang kripto.

Sementara transaksi dalam kripto seharusnya bebas dari sebarang kawalan, banyak negara sedang mempertimbangkan rang akta yang sesuai untuk kawal selia perkembangan kripto.

Selain itu, wang kripto juga bergantung dengan pasarannya tersendiri. Tidak seperti wang fiat yang ditambat nilainya pada kadar emas dan lain-lain, wang kripto berfungsi atas keyakinan para pelabur.

Satu saat membezakan kita antara rugi dan untung. Nilai tukaran juga tidak menentu. Sifat pasaran kripto inilah yang membuatkan banyak perniagaan menjauhi transaksi kripto sebagai pilihan pembayaran mereka.

Via Tekedia

Isu keselamatan masih lagi diragui ramai, kerana wujud juga beberapa kes godaman e-dompet kripto. Hal ini turut menyukarkan para peniaga untuk mengorak langkah dalam menerima transaksi kripto. Satu lagi isu besar adalah scalability kripto itu sendiri.

BACA  Gerakan FIRE, kumpul wang persaraan untuk keselesaan hari tua

Semakin lama, saluran blockchain ini boleh menjadi padat apabila semakin ramai orang dan perniagaan mula menggunakan wang kripto. Hasilnya, proses transaksi semakin perlahan dan caj juga boleh meningkat. Kerana itulah, ada sesetengah pelanggan masih lagi memilih untuk menggunakan transaksi bank kerana lebih cepat untuk diproses.

Kripto mungkin boleh masuk pilihan mata wang utama, masih ada potensi masa depan yang cerah

Ramai juga meramalkan kripto tidak dapat bertahan lama atau memiliki masa depan yang baik. Walau bagaimanapun, Finance Magnate mendapati terdapat beberapa trend utama kripto yang dijadikan sandaran masa depan cerah kelak. Salah satunya adalah penerimaan mata wang kripto oleh para perniagaan runcit yang besar. Mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum mulai diterima sebagai cara pembayaran sah.

Idea kripto itu sendiri menambah lagi populariti kewangan mandiri dan tanpa berpusat. Decentralized Finance (DeFi) membenarkan para pengguna untuk menikmati perkhidmatan kewangan tanpa ada pihak orang tengah seperti bank. Selain itu, populariti NFT atau non-fungible tokens semakin meningkat. Aset-aset digital ini dibeli hak pemilikannya, yang mana transaksinya menggunakan mata wang kripto.

Artis Malaysia pun buat NFT.. -Via Malaysian Arts

Perkhidmatan pinjaman juga banyak diwujudkan, membolehkan para pengguna dapat meminjam sejumlah wang kripto atau mata wang digital lain. Perkembangan industri perkhidmatan pinjaman ini dibantu oleh pembangunan kontrak pintar yang menjamin ketelusan dan keselamatan transaksi ini.

Baca Juga:

Daripada perkhidmatan tersebut, lebih ramai yang menggunakan platform mereka boleh mengakses kredit pinjaman dan boleh menerima dividen dari jumlah pegangan digital mereka.

Kita dapat simpulkan bahawa masa depan kripto tidaklah segelap yang disangka. Banyak lagi ruang penambahbaikan dan perkembangan terbaharu yang boleh memantapkan lagi struktur pasaran kripto.

BACA  Ringgit Malaysia jadi semakin rendah? Ini konsep ringkas tambat nilai mata wang negara

Di Malaysia, trend kripto begitu sensasi diperkatakan sejak beberapa tahun lalu. Akan tetapi, sepertimana pelaburan lain; dunia pelaburan kripto juga mempunyai risiko-risikonya tersendiri. Ingat, laburkan sejumlah wang anda dalam nilai yang anda boleh ‘hilang’ agar kewangan anda masih dapat menampung kehidupan sekiranya wang itu ‘lesap’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *