4 tips untuk mendapatkan premium insurans perubatan yang rendah

premium insurans

Insurans perubatan adalah perlindungan penting yang membantu untuk menampung kos rawatan sekiranya seseorang itu menghidap penyakit atau kecemasan.

Namun, masih ramai di luar sana yang tak mempunyai insurans perubatan kerana kadar premiumnya yang selalu dianggap menjadi beban kewangan, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Imej dari Jupiter Money.

Tapi, sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan kadar premium insurans perubatan yang lebih rendah tanpa mengorbankan sebahagian besar pendapatan.

Berikut adalah beberapa tips penting untuk mengurangkan kos premium dan pada masa yang sama mendapatkan perlindungan yang secukupnya.

Tips untuk mendapatkan premium insurans perubatan yang rendah

1. Ambil insurans pada usia muda

Imej dari Pendapat.

Salah satu cara paling mudah untuk mendapatkan premium yang lebih rendah adalah dengan mengambil insurans perubatan pada usia muda. Ini kerana, premium insurans dikira berdasarkan risiko kesihatan.

Apabila orang muda mengambil insurans, biasanya mereka dianggap sebagai berisiko rendah kerana kemungkinan untuk menghadapi masalah kesihatan lebih rendah berbanding mereka yang lebih berusia.

Sebagai contoh, kalau mendaftar pada usia 25 tahun, kadar premium akan jauh lebih rendah berbanding jika menunggu sehingga usia 40 tahun. Syarikat insurans biasanya mengenakan caj lebih tinggi untuk mereka yang berumur kerana risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya.

Oleh itu, mengambil insurans perubatan seawal mungkin adalah langkah bijak untuk menjimatkan kos premium.

2. Pilih jumlah perlindungan yang sesuai

Imej dari The Star.

Semasa memilih pelan insurans perubatan, penting untuk menilai keperluan kesihatan korang dan memilih jumlah perlindungan yang sesuai. Ini kerana, jumlah perlindungan yang lebih tinggi biasanya akan datang dengan premium yang lebih mahal.

Sebagai contoh, kalau korang masih muda dan sihat, pelan dengan perlindungan sederhana sudah memadai. Sebaliknya, jika korang berdepan keadaan kesihatan tertentu yang memerlukan rawatan khusus, korang boleh memilih pelan dengan perlindungan yang lebih tinggi.

BACA  Deduktibel dalam Insurans: Ini fakta-fakta yang korang perlu tahu

Apa yang penting, jangan tambah perlindungan yang korang rasa tidak perlu. Ini kerana, korang masih boleh menambah jumlah perlindungan di masa hadapan jika keadaan kesihatan berubah.

3. Bandingkan pelbagai tawaran insurans

Sebagai pengguna yang bijak, korang boleh membandingkan pelbagai tawaran daripada pembekal insurans. Setiap pembekal insurans mempunyai cara pengiraan premium yang berbeza berdasarkan faktor-faktor seperti risiko kesihatan, umur dan jenis perlindungan yang ditawarkan.

Oleh itu, adalah bijak untuk tidak terburu-buru dalam memilih polisi insurans. Caranya, korang boleh menggunakan laman web perbandingan insurans atau berunding terus dengan ejen insurans yang sah untuk mendapatkan maklumat tentang pelan yang berbeza.

Ini akan membantu korang membuat pilihan yang tepat dan menjimatkan kos premium dalam jangka masa panjang.

4. Pilih pelan dengan manfaat deduktibel

Imej dari South China Morning Post.

Secara amnya, deduktibel adalah sejumlah wang yang perlu dibayar sebelum syarikat insurans menampung kos rawatan perubatan. Sekiranya korang mengambil insurans perubatan dengan kadar deduktibel RM500, ini senario pelaksanaannya:

“Sekiranya kos keseluruhan rawatan adalah RM20,000. Korang perlu membayar RM500 terlebih dahulu dan baki RM19,500 akan dibayar oleh syarikat insurans.”

Kebiasaannya, pelan insurans dengan manfaat deduktibel datang dengan premium yang lebih rendah. Jika korang jarang memerlukan rawatan perubatan yang besar, pelan dengan manfaat deduktibel boleh menjadi pilihan yang baik bagi menjimatkan kos premium.

Antara syarikat insurans yang menyediakan pelan dengan kemudahan ini adalah…

Allianz Malaysia sediakan pelan perlindungan terbaik dengan pilihan deduktibel!

Allianz Malaysia telah memperkenalkan pelbagai pelan perlindungan dengan pilihan deduktibel yang fleksibel. Antara pelan utamanya adalah HealthInsured yang menawarkan had tahunan tinggi sehingga RM5 juta dan Tanpa Had Sepanjang Hayat Keseluruhan (No Overall Lifetime Limit).

BACA  Tiga produk RAHMAH yang korang kena tahu

Lebih menarik lagi, pelan ini merangkumi pelbagai manfaat penting seperti penghospitalan, pembedahan, bilik bedah, wad, pakar bius, lawatan pakar perubatan dalam hospital, pemindahan organ, bayaran ambulans dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, dengan ciri Allianz Care@Home, korang boleh mendapatkan rawatan perubatan di rumah untuk penyakit-penyakit tertentu!

Pelan HealthInsured ini menawarkan pilihan deduktibel yang fleksibel iaitu RM5,000, RM10,000 atau RM30,000. Ini memberi korang kebebasan untuk menyesuaikan pelan mengikut bajet dan membantu mengurangkan premium polisi.

Dengan Allianz Malaysia, korang bukan saja dapat perlindungan, tapi juga ketenangan fikiran. Pilihan deduktibel yang disediakan memberi kawalan penuh terhadap bajet insurans, tanpa menjejaskan perlindungan.

Jika korang berminat dengan pelan perubatan daripada Allianz ini, korang boleh berhubung terus dengan ejen sah Allianz Malaysia (semak DI SINI) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan.

Di samping itu, korang juga boleh layari Laman Web Rasmi Allianz Malaysia – DI SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *