Nak melancong seorang diri? Ini 5 negara selamat untuk melancong secara solo

solo

Ada pelbagai cara untuk mendapatkan ketenangan diri, dan antaranya dengan melancong atau mengembara. Malah, sekarang ini melancong secara solo semakin menjadi pilihan ramai untuk mencari kebebasan, pengalaman dan peluang menerokai dunia.

Namun, salah satu perkara yang selalu menimbulkan kebimbangan utama di kalangan pelancong solo adalah keselamatan. Dengan itu, penting untuk memilih destinasi yang bukan sahaja indah, tapi juga selamat.

Imej dari Travel Wanderlust.

Oleh itu, dengan melihat carian daripada laporan Global Peace Index, World Economic Forum’s Travel & Tourism Competitiveness dan beberapa sumber lain, ini adalah senarai negara yang selamat untuk melancong secara solo:

5 negara yang selamat untuk melancong secara solo

Antara faktor-faktor utama bagi memastikan sesebuah negara itu selamat adalah kadar jenayah rendah, kemudahan pengangkutan, masyarakat mesra pelancong serta infrastruktur pelancongan dan sistem kesihatan yang baik. Jadinya, ini adalah antara negara-negara berkenaan:

1. Iceland

Keindahan aurora borealis di Iceland. Imej dari Travel + Leisure.

Kalau korang nak tahu, Iceland menduduki tangga teratas dalam senarai negara paling selamat di dunia menurut Global Peace Index 2024. Dengan populasi sekitar 382,003, ia menyumbang kepada kadar jenayahnya yang sangat rendah.

Satu lagi yang menarik, semasa di sana korang tak perlu risau dengan ancaman hidupan liar berbahaya. Sebabnya, di sana tak ada beruang, ular, labah-labah beracun atau nyamuk. Kepada yang suka aktiviti luar, korang boleh mendaki gunung, menjelajah gua ais, menikmati keindahan air terjun dan aurora borealis.

Selain itu, Iceland mempunyai sistem pengangkutan yang baik dan banyak kemudahan untuk pelancong. Ia termasuklah kemudahan di tempat-tempat pelancongan utama seperti Blue Lagoon dan Golden Circle, yang menarik ramai pelancong setiap tahun.

2. Austria

Imej dari Encyclopædia Britannica.

Austria selalu dianggap sebagai permata tersembunyi Eropah Tengah. Malah, negara ini dinobatkan oleh Global Peace Index sebagai negara ke-3 paling aman di dunia.

Ia sekaligus menjadikan negara ini sebagai selamat, teratur dan menawarkan banyak pengalaman budaya serta pemandangan yang indah. Pelancong solo yang mengunjungi bandar seperti Vienna atau Salzburg dapat menikmati seni rekaan bangunan-bangunan bersejarah yang memukau.

BACA  Musim cuti dah tiba! Ini persiapan penting yang korang kena buat sebelum pergi melancong

3. Switzerland

Imej dari Routeperfect.

Switzerland bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, tapi juga dengan tahap keselamatan yang tinggi. Menurut Global Peace Index, walaupun Switzerland mempunyai tahap pemilikan senjata yang agak tinggi, ia tetap menjadi salah sebuah negara yang paling damai di dunia.

Pelancong solo yang mengunjungi negara ini dapat menikmati percutian yang damai sambil meneroka pergunungan Alps, tasik-tasik yang jernih, serta bandar-bandar mengkagumkan seperti Zurich dan Geneva.

Dengan rangkaian pengangkutan awam yang luas, dipercayai dan selamat, Switzerland menyediakan akses mudah antara wilayah dan bandarnya.

4. Jepun

Imej dari WorldStrides.

Dalam kalangan negara-negara Asia, Jepun adalah negara yang seringkali dianggap sebagai paling selamat. Ini kerana, negara matahari terbit itu terkenal dengan masyarakatnya yang sangat berdisiplin. Negara ini juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang dinobatkan antara paling efisien di dunia.

Kepada pelancong solo – pastinya korang akan lebih selesa mengembara di negara ini, Selain menawarkan pelbagai pengalaman budaya, teknologi, keindahan alam dan makanan tradisional, pelancong juga boleh melawat pelbagai tempat-tempat menarik seperti Arashiyama Bamboo Forest, Fushimi Inari Taisha Shrine, Edo Wonderland, Ghibli Park dan banyak lagi.

5. New Zealand

Imej dari First Light Travel.

New Zealand juga tersenarai sebagai salah satu negara paling selamat untuk pelancong solo. Negara ini terkenal dengan landskapnya yang menakjubkan seperti Mount Cook, Fiordland National Park dan Milford Sound. Selain itu, masyarakat New Zealand turut terkenal dengan sikap mesra dan bersahaja, yang membuatkan pelancong solo mudah untuk bergaul dan selamat.

Menurut Global Finance, New Zealand mencatat markah yang tinggi dalam aspek keselamatan sosial dan konflik domestik yang rendah. Selain itu, sistem kesihatan di New Zealand juga dianggap antara yang terbaik di dunia dan ia mudah diakses oleh penduduk tempatan dan pelancong.

BACA  Kos baiki motosikal boleh mencecah ribuan ringgit? Ini cara terbaik lindungi motosikal korang

Persiapan yang perlu untuk pelancong solo

Bagi seorang pelancong solo, persiapan yang teliti sangat penting untuk memastikan perjalanan selamat, selesa dan menyeronokkan. Berikut adalah beberapa langkah persiapan yang perlu diambil sebelum memulakan perjalanan:

Buat penyelidikan dan rancang perjalanan

Imej dari Waptutors Academy.

Pertama sekali, korang kenalah buat kajian awal mengenai destinasi, tempat-tempat yang ingin dilawati, aktiviti menarik, adat dan budaya setempat. Walaupun fleksibiliti adalah kelebihan bagi melancong solo, mempunyai rancangan asas adalah penting bagi memastikan korang tahu arah tuju semasa di destinasi nanti.

Keselamatan dan kesihatan

Antara perkara yang boleh dibuat adalah mencatat nombor kecemasan negara yang korang lawati dan tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan. Seterusnya bawa ubat-ubatan penting dan tak lupa juga pengecas mudah alih (power bank) dan adapter soket elektrik yang sesuai dengan negara yang dilawati.

Peralatan teknologi

Korang juga perlu pastikan telefon pintar berfungsi di destinasi dan membeli kad SIM tempatan atau gunakan pelan perantauan. Bagi memudahkan urusan, korang juga perlu muat turun aplikasi peta (seperti Google Maps) dan panduan pelancongan yang boleh digunakan secara offline jika perlu nanti.

Kewangan dan wang tunai

Imej dari Holiday Tours & Travel.

Ini adalah antara paling penting iaitu bawa wang tunai dalam mata wang tempatan yang mencukupi untuk hari pertama dan pastikan kad kredit atau debit korang diterima di destinasi. Tetapkan juga bajet harian untuk memastikan korang tak kehabisan wang dalam perjalanan.

Beli insurans perjalanan 

Selain itu, insurans perjalanan adalah komponen penting untuk mereka yang akan pergi melancong. Ini kerana, ia akan memberikan perlindungan terhadap pelbagai risiko yang mungkin timbul semasa perjalanan.

Semua itu akan lebih mudah dengan pilihan pelan perlindungan yang tepat seperti…

Insurans Perjalanan Allianz pilihan terbaik untuk perjalanan selamat dan selesa!

Imej dari brosur Allianz Malaysia.

Kalau korang antara yang merancang untuk melancong solo, Insurans Perjalanan Allianz adalah pilihan terbaik bagi memastikan perjalanan itu selamat dan selesa.

BACA  Fuhhh! Korang boleh menang iPhone 15 terkini bernilai RM4,399 dengan hanya melanggan insurans. Nak tau caranya?

Ini kerana, insurans ini menyediakan perlindungan sehingga RM25,000 sekiranya berlaku Pembatalan Deposit atau Perjalanan serta pemendekkan perjalanan. Selain itu, jika berlaku kelewatan perjalanan – korang layak menerima RM300 bagi setiap 6 jam sehingga RM2,000 per individu. Kalau bagasi korang mengalami kelewatan atau dikendalikan secara salah, perlindungan ini menyediakan manfaat sehingga RM800.

Malang tak berbau dan kita juga selalu mendengar kes kematian atau terpaksa mendapatkan rawatan di luar negara. Prihatin dengan hal itu, Insurans Perjalanan Allianz menyediakan manfaat sehingga RM500,000 bagi kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Perbelanjaan perubatan juga ditanggung sehingga RM350,000.

Semasa dalam perjalanan dan tiba-tiba korang kehilangan dokumen-dokumen penting seperti pasport misalnya, perlindungan ini akan membayar sehingga RM5,000 untuk kos tambahan bagi penginapan, perbelanjaan perjalanan dan bayaran dokumen penggantian. Jika wang peribadi hilang pula, pampasan diberikan sehingga RM1,000.

Di bawah Insurans Perjalanan Allianz, terdapat dua jenis pelan iaitu Allianz Travel Easy dan Allianz Travel Care.

Menariknya, sekarang ini Allianz Malaysia dah memperkenalkan diskaun 20% ke atas premium Insurans Perjalanan Allianz Travel Care dan Allianz Travel Easy (Perlindungan Perjalanan Tunggal) untuk tempoh terhad. Walaupun dengan diskaun 20% ke atas premium, korang masih layak menerima perlindungan untuk kelewatan perjalanan, pembatalan penerbangan, kehilangan bagasi, kecemasan perubatan dan banyak lagi!

Tertakluk pada terma & syarat.

Kempen ini akan berlangsung dari 1 November 2024 hingga 30 November 2024!

Bagi yang berminat, korang boleh hubungi wakil-wakil sah Allianz (semak DI SINI). Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Allianz Malaysia – DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *