Jenis & cara memilih bisnes MLM yang baik

Tips pilih bisnes MLM yang baik

Jenis & cara memilih bisnes MLM yang baik.

Dengar saja istilah MLM, ramai orang masih lagi takut dan was-was terhadap sistem perniagaan mereka. Tentulah, bertahun-tahun lamanya kita mendengar kes penipuan dan skim cepat kaya yang banyak sekali menggunakan konsep MLM sebagai cara menarik perhatian mangsa.

Ada yang kerugian ratusan ringgit, dan ada pula kerugian ratusan ribuan ringgit akibat termakan janji manis skim-skim pelaburan untung cepat ini. Simpanan hidup, wang tabung persaraan, wang simpanan pendidikan untuk anak – semua boleh lesap sekelip mata.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa MLM (multi-level marketing) merupakan salah satu bentuk perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Ya, sebenarnya MLM yang kita ketahui buruknya itu kebanyakannya hanyalah menyalahgunakan sistem MLM yang sah untuk menipu para mangsa.

Via Unsplash

Dasarnya, konsep MLM ini tidak lebih dari sebuah konsep pemasaran bertingkat dan selalu dikenali dengan nama lain seperti sistem dropship atau affiliate.

Lebih penting, MLM memastikan rantaian pengeluar terus sampai kepada ejen pengedar dan kemudiannya pengguna biasa. Rantaian sistem MLM biasanya tidak melibatkan pemborong atau peruncit.

Dalam buku Revolusi MLM yang dihasilkan oleh Dr. Siti Nurul Ain Jamil dan Najib Mohamed, ada tiga cara bagaimana untuk pilih MLM yang sesuai untuk peluang anda menjana kewangan…

1.Pemilihan produk paling penting, kualiti terbaik jamin kelangsungan jualan

Produk adalah kunci utama kelangsungan sesebuah perniagaan berbentuk MLM. Sesebuah produk yang baik dan berkualiti selalunya akan membuatkan ramai tertarik untuk beli dan setia menggunakannya.

Produk-produk yang berkualiti juga akan memudahkan anda untuk menyakinkan pembeli, khususnya apabila ia selari dengan minat dan naluri anda sendiri.

Biasanya pembeli akan lebih tertarik sekiranya mereka mempercayai anda dahulu sebagai penjual, barulah mereka akan percaya untuk membeli produk yang anda tawarkan.

BACA  Wanita tolong 'alert' 5 kesilapan kewangan ini

Baca Juga :

Via Investopedia

Nilai kualiti produk juga boleh dilihat melalui pensijilan yang diberikan ke atas produk tersebut. Terdapat beberapa pensijilan terkemuka dan berkredibiliti tinggi:

  • GMP (Good Manufacturing Practice)
  • HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point)
  • ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity)
  • Pensijilan Halal

Pensijilan ini akan menambah keyakinan pembeli dan menaikkan reputasi anda sebagai ejen penjual atau pengedar. Apabila pembeli bertambah yakin, maka ini dapat menjamin kelangsungan jualan dan seterusnya menambahkan pendapatan anda.

Seperkara lagi, sesebuah produk juga harus dipastikan telah menjalani penyelidikan yang benar-benar teliti dan bertauliah supaya kualiti dan keselamatan produk terjamin.

Produk tersebut juga perlulah memiliki keunikan atau kelebihannya tersendiri berbanding produk yang hampir sama dengannya.

Antara syarikat MLM yang popular.. -Via Loanstreet

2. Tengok prestasi ahli yang sudah lama dalam syarikat, pastikan boleh jadi sumber rujukan ahli baharu

Dalam sesebuah syarikat, salah satu faktor yang menentukan sejauh mana ketahanan syarikat dalam mendepani cabaran-cabaran ekonomi adalah dengan melihat perkembangan ahli-ahli lama yang berkecimpung dalam syarikat tersebut.

Tanda-tanda sesebuah syarikat MLM tersebut boleh dikatakan ‘berjaya’ adalah ahli-ahlinya telah berjaya membina jaringan perniagaannya dengan menjual produk syarikat MLM itu.

Jaringan perniagaan ini juga mesti dibuktikan telah membawa pendapatan lumayan kepada mereka. Selain itu, mereka juga boleh menyalurkan bantuan, nasihat dan pengalaman-pengalaman yang dibina.

Prestasi ahli juga bergantung pada sistem penyaluran maklumat yang mereka miliki. Sumber maklumat produk yang dijual mestilah banyak dan berupa ragam bentuknya, seperti video dan testimoni selepas menggunakan produk tersebut.

Ini dapat membantu para ahli untuk menjual produk tersebut, dan memudahkan kefahaman mereka sendiri tentang produk-produk yang ditawarkan. Selain itu, insentif-insentif lain seperti bonus juga boleh dijadikan sebagai tanda syarikat yang baik untuk disertai.

BACA  5 kesilapan mudah ini membuat anda menjadi mangsa 'scam'
Contoh bonus dalam syarikat MLM.. -Via AnyFlip

3. Pilih syarikat macam pilih rumah, mesti pilih syarikat MLM yang miliki reputasi baik

Pilihlah syarikat seolah-olah anda sedang memilih rumah untuk didiami! – halaman 104, dipetik dari buku Revolusi MLM

Petikan ini tepat dalam usaha kita mahu memulakan perniagaan bersama syarikat MLM. Terdapat banyak syarikat di luar sana yang dapat menawarkan pelbagai produk dan membuka peluang berniaga bersama mereka.

Oleh demikian, anda perlulah memilih syarikat MLM yang baik dan memiliki reputasi tinggi dalam kualiti perkhidmatan mereka. Beberapa pertanyaan boleh kita dahulukan untuk menilai sesebuah syarikat MLM:

  • Berapa lama syarikat beroperasi?

Majoriti syarikat MLM yang baru ditubuhkan hanya bertahan tidak lebih dari tiga tahun. Punca utamanya adalah mereka kurang kepakaran dalam hal pengurusan syarikat.

Biasanya untuk tahun-tahun pertama; syarikat yang berusia 1 hingga 5 tahun masih lagi dianggap baharu dan akan berhadapan dengan masalah pengurusan serta pertukaran anggota pengurusan. Apabila hal ini terjadi, kualiti perkhidmatan akan merosot.

Via Asklegal.my

Sementara untuk syarikat yang sudah beroperasi antara 6 hingga 10 tahun, biasanya dalam tahap sedang membangun. Banyak aliran wang keluar masuk yang berlaku dalam tempoh ini.

Bagi anda sebagai ejen atau ahli MLM di bawahnya, keadaan syarikat agak berisiko untuk anda sertai. Manakala dalam tahap mapan, syarikat berusia lebih dari 10 tahun pula adalah syarikat yang terbaik untuk anda sertai.

  • Adakah produk dihasilkan sendiri dan sampai tepat pada masanya?

Salah satu sebab kenapa banyak syarikat MLM tidak dapat bertahan adalah produknya dihasilkan oleh pihak lain. Ini menyebabkan kawalan terhadap produk sukar dilakukan, khususnya dari segi kawalan kualiti dan kawalan perkhidmatan penghantaran.

Kelemahan-kelemahan ini banyak bertitiktolak dari hal pengurusan atasan yang belum mampu menggajikan staf yang mencukupi dan tidak mampu membuat pesanan produk pada kuaniti yang banyak dalam satu-satu masa kepada pengilang produk.

BACA  Bayar Booking Fee sebelum beli atau sewa rumah: Sah atau tidak dari segi undang-undang?

Dalam gambaran yang lebih besar, ini tanda syarikat tersebut tidak mempunyai modal yang besar dan aliran kewangan yang tidak stabil.

Via Utusan Malaysia

Hal-hal ini perlu anda pertimbangkan sebelum melangkah lebih jauh ke dalam syarikat MLM tersebut. Boleh jadi perkara ini mengugat reputasi anda sendiri sebagai seorang usahawan atau peniaga yang membawa produk mereka ke luar.

Satu lagi nasihat adalah anda kena lihat sama ada sesebuah syarikat itu mampu membayar bonus kepada para ahli. Untuk syarikat mapan dan menjaga kebajikan para pengedarnya, bonus selalunya lebih awal diberi pada musim perayaan.

  • Adakah syarikat sediakan sokongan dan latihan?

Sokongan dan bantuan yang dimaksudkan perlulah merangkumi bahan-bahan berkaitan budaya yang ingin ditonjolkan dalam syarikat MLM tersebut. Selain produk, para ahli juga perlu diberikan lebih banyak rujukan tentang para pengedar yang lain seperti cerita-cerita kejayaan dan informasi terkini mengenai syarikat tersebut.

Bahan seperti majalah atau laman web antara pilihan terbaik untuk memperlihatkan ‘bukti hidup’ tentang potensi syarikat tersebut.

Via Event Hunter Indonesia

Syarikat MLM yang kukuh juga selalunya akan anjurkan acara-acara mingguan, bulanan dan tahunan untuk ahli-ahlinya. Acara-acara ini boleh berupa latihan perniagaan, seminar, pembentangan atau majlis anugerah meraikan ahli-ahlinya.

Ini juga memudahkan anda menarik rakan lain untuk menyertai rangkaian anda, sekiranya syarikat MLM itu memberi peluang menghidupkan konsep upline/downline.

Tips-tips yang kami sediakan ini dihasratkan untuk membantu anda di luar sana agar dapat menjana pendapatan tambahan dari perniagaan MLM.

Tidak semua MLM itu berunsurkan penipuan, namun tidak menjadi masalah apabila kita mengamalkan sikap berhati-hati khususnya dalam memilih syarikat MLM yang sesuai untuk disertai.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *