Taktik penipuan dalam talian yang berbahaya dan perlu dielakkan

Taktik Penipuan Dalam Talian

Pelbagai taktik penipuan dalam talian yanf masih berleluasa sehingga hari ini. Pelbagai cara dan taktik telah digunakan agar para penipu dapat terus menjalankan operasi mereka.

Operasi-operasi ini juga kadangkalanya menggunakan ‘orang tengah’ untuk menyempurnakan proses penipuan mereka. Orang tengah inilah yang kita gelar sebagai ‘keldai penipu’.

Kali ini, kami berkongsi beberapa cara dan taktik yang biasanya dilakukan oleh para penipu dalam talian dan bagaimana pula ada ‘orang tengah’ semasa proses penipuan itu dijalankan. Boleh jadi, anda sekarang tengah diperdaya…

Via Malware Bytes

Proses penipuan bermula dari sifat manusia sendiri, ramai boleh terpedaya

Dengan teknologi zaman sekarang, penipuan tidak semestinya dilakukan secara bersemuka. Ia juga tidak semestinya dilakukan ke atas kawan-kawan atau kenalan yang anda kenali.

Kecanggihan teknologi skrin dan perhubungan menerusi Internet menyambungkan kita kepada lebih ramai orang baharu. Ketercapaian ini secara tidak langsung mewujudkan suatu keterujaan dan keseronokan yang akhirnya dimanipulasi oleh para penipu dalam talian.

Antara punca masalah penipuan terus berleluasa adalah kelicikan para penipu dalam talian untuk memanipulasi dan memanfaatkan informasi diri anda supaya dapat memujuk anda bekerjasama dengan mereka.

Ini dinamakan sebagai kaedah kejuruteraan sosial (social engineering), dimana emosi dan minat seseorang itu dapat mereka pengaruhi dan kawal untuk menuruti modus operandi mereka tanpa syak wasangka.

Via Terranova

Para penipu dalam talian sekarang sudah memahami kesannya apabila mereka terlibat secara langsung dalam proses penipuan tersebut. Penglibatan mereka akan mudah dikesan pihak berkuasa.

Oleh demikian, mereka akan mencari seseorang untuk menjadi jalan tengah antara mereka dan mangsa sasaran. Orang tengah, atau ‘keldai penipu’ inilah yang perlu meminjamkan akaun bank mereka terlebih dahulu.

BACA  Syawal bakal menjelma! Ini cara terbaik lindungi diri dan keluarga sepanjang percutian Hari Raya

Baca Juga :

Taktik paling popular digunakan untuk tutup jejak, akhirnya ‘ejen’ yang kena tangkap

Cara ini merupakan cara yang agak popular. ‘Keldai’ ini terlebih dahulu akan dihubungi oleh para penipu dalam talian. Biasanya keldai ini juga bukanlah kenalan rapat mahupun mempunyai pertalian rapat dengan para penipu dalam talian.

Berkemungkinan besar, mereka sudahpun mengkaji profil keldai sasaran mereka di laman sosial.

Kadangkala penipu dalam talian juga bergerak berkumpulan.. -Via Straits Times

Para penipu ini terlebih dahulu akan cuba berkenalan dan menwarkan ganjaran kepada keldai yang disasarkan. Biasanya, para penipu dalam talian mendakwa mereka dari syarikat luar negara yang sedang merekrut ejen untuk syarikat tersebut.

Janji-janji manis ditabur dengan kata-kata ‘jana pendapatan dengan mudah’, ‘pendapatan pasif’ dan bermacam lagi kepada mangsa keldai ini. Apabila ada yang termakan janji-janji manis ini, mangsa keldai diminta untuk berkongsi butiran akaun bank mereka atau lebih teruk, berkongsi akaun bank dengan mereka atas alasan bahawa syarikat mereka belum didaftarkan sah di Malaysia.

Ada juga dalam sesetengah kes, mangsa diminta untuk membuka akaun bank yang baharu untuk dikreditkan wang pendahuluan di dalamnya.

Via The Star

Selepas wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank tersebut, mangsa keldai ini biasanya akan lebih yakin untuk terus bekerjasama dengan mereka. Para penipu ini seterusnya akan meminta kad bank tersebut untuk ‘dijaga’ oleh pihak mereka.

Apabila kad bank itu kini dipegang oleh pihak syarikat palsu ini, bermulalah modus operandi mereka yang akan menyasarkan mangsa-mangsa sebenar. Mangsa-mangsa sebenar akan diperdaya dengan pelbagai cara lain, dan wang mereka akan dimasukkan ke dalam akaun bank keldai itu tadi.

BACA  Ini 5 perkara penting untuk menunggang motosikal balik beraya di kampung

Ada juga dalam sesetengah kes, pihak syarikat palsu tadi turut meminta para ejen mangsa keldai ini untuk memberikan salinan kad pengenalan mereka. Salinan inilah yang diberikan untuk yakinkan mangsa-mangsa lain untuk meneruskan transaksi ke akaun bank tersebut.

Via The Sun

Jika dikesan, yang ditangkap sudah pastinya bukan pihak syarikat palsu ini. Sebaliknya, ejen atau keldai tadi yang ditahan dan didakwa. Walaupun ejen atau mangsa keldai tadi tidak terlibat secara langsung dalam seluruh proses penipuan mangsa lain, mereka juga boleh didakwa atas tuduhan bersubahat dalam memperdayakan orang lain.

Berhati-hati dengan iklan di media sosial, mungkin anda pula terkena

Dalam banyak kes, semuanya bermula dari iklan-iklan yang dihebahkan dalam media sosial. Iklan-iklan ini juga tidak terhad kepada sekadar merekrut ejen ‘keldai’. Kadangkala iklan perkhidmatan yang awalnya bertujuan untuk membantu orang lain juga boleh digunakan untuk niat menipu dan memperdayakan mangsa pula.

Via Harian Metro

Merujuk kepada satu kes mahkamah PP v Lim Chau Ching [2019], Lim merupakan seorang tukang rumah telah didakwa dan disabitkan kesalahan kerana menerima wang milik seorang mangsa penipuan berjumlah RM5640 ke dalam akaun bank CIMB antara 21 dan 22 Disember 2018.

Wang tersebut diperoleh selepas mangsa tersebut menerima sebuah iklan pinjaman wang menerusi mesej teks dan telah membuat pembayaran deposit ke dalam akaun bank Lim.

Begitu juga dengan kes PP v Karundendran Poopalan [2019], dimana Karundendran juga didakwa dan disabitkan kesalahan mengeluarkan wang sejumlah RM3500 milik seorang mangsa penipuan ke dalam akaun bank peribadi Karundendran antara 10 dan 14 Mac 2017.

Via Maybank

Mangsa penipuan tersebut awalnya menerima mesej WhatsApp dari seorang penipu yang berlakon sebagai seorang pemberi pinjaman. Mangsa tersebut tertarik dengan pakej pinjaman tersebut dan akhirnya termakan umpan untuk mengirimkan wang ke dalam akaun Karundendran untuk bayaran pemprosesan pinjaman tersebut.

BACA  Buy now, pay later? Panduan, tips & risiko konsep 'beli dulu, bayar kemudian'

Ini hanya sekelumit dari sejumlah besar kes mangsa penipuan termasuklah mangsa keldai yang telah direkodkan. Amatlah penting untuk kita fahami dan berhati-hati dengan segala tawaran khususnya tawaran menjadi ejen dan prosedur yang memerlukan akaun bank baharu dibuka atas nama anda sendiri tanpa penjelasan yang rasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *