Adakah perlindungan tambahan peril khas untuk kenderaan satu keperluan?

peril khas

Pada 7 Mei lalu, negara kita dikejutkan dengan kejadian insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Kejadian ini telah menyebabkan seorang maut, seorang cedera dan 17 kenderaan rosak. Tak lama selepas itu, pada 13 Mei 2024 – berlaku sekali lagi kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank yang hampir menghempap kenderaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusohdi.

Kejadian tersebut berlaku selepas hujan lebat dan ribut yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia. Malah, kita juga mendengar laporan berita tentang kejadian bencana alam lain seperti banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya.

Kejadian pokok tumbang di Ibu Negara baru-baru ini. Imej dari KOSMO.

Kepada yang membawa kenderaan sama ada kereta atau motosikal, sudah pasti kejadian-kejadian yang tak diingini ini adalah risiko yang perlu dihadapi. Namun, nampaknya masih ramai yang belum mempunyai perlindungan secukupnya, walaupun dah ada Insurans Kenderaan.

Ia tak lain dan tak bukan adalah perlunya kepada perlindungan peril khas. Tapi apa yang dimaksudkan dengan perlindungan peril khas ini?

Perlindungan peril khas melindungi kenderaan dari risiko bencana alam

Secara asasnya, perlindungan peril khas atau special perils adalah perlindungan tambahan bagi kerosakan kenderaan akibat bencana alam seperti ribut, pokok tumbang, banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya.

Perlindungan tambahan ini selalunya akan ditawarkan kepada mereka yang membeli polisi insurans kenderaan. Kadar premium bagi perlindungan tambahan ini lazimnya antara 0.20% sehingga 0.50% daripada jumlah diinsuranskan untuk kenderaan. Tapi, jumlah itu bergantung kepada syarikat insurans dan mungkin berbeza antara satu sama lain.

Imej dari Investopedia.

Contohnya, kalau nilai semasa kenderaan korang tu RM55,000 dan peratus yang ditetapkan 0.20% – jumlah yang perlu dibayar bagi mendapatkan perlindungan tambahan ini adalah sebanyak RM110. Dengan adanya perlindungan tambahan peril khas ini, pemilik kenderaan layak menerima pampasan dari syarikat insurans kalau kenderaan korang rosak dan terpaksa dibaiki.

BACA  Kenapa perlu ada Insurans Perubatan pada usia muda terutamanya graduan universiti? Ini sebab-sebab yang perlu korang tahu

Tapi masih ramai yang menganggap perlindungan tambahan ini tak perlu dan hanya menambahkan kos saja. Itu sebenarnya tanggapan yang kurang tepat, sebab ada pelbagai faktor yang boleh dipertimbangkan sebelum mengambil perlindungan peril khas ini.

Kita perlu bersedia menghadapi situasi tak dijangka

Perlindungan awal terhadap peristiwa tak diduga

Perlindungan peril khas akan menyediakan perlindungan terhadap pelbagai peristiwa tak diduga yang mungkin tak dilindungi oleh polisi insurans biasa. Dari kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam hingga kemalangan yang tidak dijangka, memiliki perlindungan ini memastikan korang dilindungi secara menyeluruh.

Ketenangan fikiran

Sedar dengan keadaan sekarang yang menyaksikan pelbagai kejadian bencana alam, boleh dikatakan fikiran pun tak berapa nak tenang. Tapi dengan perlindungan peril khas, ia sedikit sebanyak menenangkan fikiran dan mengurangkan rasa bimbang tentang sebarang risiko yang mungkin terjadi.

Imej dari Tenor.

Melindungi aset dan kewangan

Kalau korang memiliki kenderaan bernilai tinggi, perlindungan peril khas menyediakan perlindungan tambahan terhadap risiko bencana alam seperti banjir. Ia sekaligus melindungi aset dan kewangan korang sekiranya kenderaan korang tu perlu dibaiki serta melibatkan kos yang besar.

Sebagai contoh, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), anggaran purata kos pembaikan kenderaan terjejas sepenuhnya akibat banjir boleh mencecah sehingga RM90,000 dan lebih tinggi jika membabitkan jenama premium!

Jadinya, kepada korang yang ada kenderaan itu, sebaiknya korang ambillah perlindungan tambahan peril khas ni sebagai persiapan menghadapi sebarang risiko bencana alam. Lebih-lebih lagi bila sekarang ni dah ada insurans kenderaan yang menawarkan banyak manfaat…

Dapatkan Motor Komprehensif Allianz (Kereta & Motosikal) dengan tambahan peril khas!

Kepada yang masih tercari-cari perlindungan kenderaan yang sesuai, Motor Komprehensif Allianz (Kereta & Motosikal) adalah pilihan yang tepat!

BACA  Musim cuti dah tiba! Ini persiapan penting yang korang kena buat sebelum pergi melancong

Antara yang ditawarkan adalah perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian. Jika berlaku kerosakan atau kemalangan, korang juga layak menerima sokongan 24/7 untuk keperluan bantuan tepi jalan dengan Allianz Road Rangers.

Tak cukup dengan itu, polisi ini turut memberikan perlindungan kematian dan kecederaan anggota badan Pihak Ketiga dan kehilangan atau kerosakan harta terhadap Pihak Ketiga.

Kalau korang nak perlindungan tambahan peril khas, dengan premium tambahan yang ditetapkan – korang akan dilindungi dari kerugian atau kerosakan terhadap kenderaan korang akibat  banjir, taufan,  ribut, ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, penurunan atau penenggelaman tanah atau bencana alam yang lain.

Bagi korang yang berminat dengan polisi insurans mampu milik ini, korang boleh terus hubungi ejen Allianz yang sah atau kunjungi mana-mana cawangan Allianz berdekat. Kalau tak tahu siapa dan di mana, korang boleh semak mengikut kawasan DI SINI.

Untuk maklumat lebih lengkap dan teliti, sila layari Portal Rasmi Allianz Malaysia (KLIK SINI).

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *