Penyakit jantung? Orang muda juga berisiko tinggi, berhati-hati jika anda ada tanda-tanda ini

jantung

Berdasarkan laporan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia Tahun 2023 – penyakit jantung iskemik (ischaemic heart diseases) adalah penyebab utama kematian di negara ini.

Lebih membimbangkan, serangan jantung bukan saja berlaku dalam kalangan warga emas, tapi juga semakin meningkat dalam kalangan golongan muda di bawah usia 40 tahun. Maknanya, pada masa sekarang ini golongan muda sudah ‘tidak kebal’ daripada sebarang penyakit yang boleh membawa maut.

Memetik laporan Berita Harian, Pakar jantung di Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr Onn Akbar Ali berkata golongan muda perlu berwaspada kerana masalah jantung menyumbang sebanyak 70 hingga 80 peratus kematian mengejut di Malaysia, bagi semua kelompok umur.

“Ada dua punca utama kematian mengejut dalam kalangan orang muda, pertama disebabkan sakit jantung dan ia terbahagi kepada dua kategori.

“Pertama, kematian disebabkan serangan jantung apabila saluran darah di dalam jantung tersumbat; kedua kematian disebabkan oleh masalah sistem pendawaian di dalam jantung. Contohnya penyakit jantung keturunan yang boleh menyebabkan jantung tiba-tiba berhenti atau irama yang tidak normal sehingga menyebabkan berhenti fungsi jantung secara tiba-tiba,” katanya.

Imej dari Sinar Harian.

Selain keturunan, penyakit jantung juga menyerang golongan muda disebabkan oleh gaya hidup seperti pemakanan yang tak sihat atau berlebihan sehingga obesiti, merokok, kurang bersenam, tekanan dan pelbagai lagi.

Pemilihan makanan tidak tepat seperti tinggi lemak trans akan meningkatkan kolesterol jahat. Antaranya seperti mentega, krimer bukan tenusu, produk pastri (kek, biskut, pai, biskut gulung), makanan bergoreng, piza dan makanan segera.

Antara simptom-simptom serangan jantung yang kita semua perlu waspada adalah:

  • Sakit atau tak selesa di bahagian dada iaitu rasa seperti menikam, terbakar atau tekanan.
  • Sakit atau tak selesa di bahagian belakang, leher atau rahang. Rasa sakit juga boleh merebak ke bahagian kiri badan, merangkumi rahang kiri, bahu kiri, atau lengan kiri.
  • Peluh sejuk tanpa sebab yang jelas.
  • Kepala rasa melayang atau pening.
  • Anggota badan seperti tangan dan kaki bengkak.
  • Mudah rasa penat dan lesu walaupun hanya melakukan aktiviti fizikal ringan atau sederhana.
  • Rasa mual atau muntah, tapi bukan disebabkan keracunan makanan.

Selain penyakit jantung, penyakit kritikal lain seperti radang paru-paru (pneumonia), kencing manis, tekanan darah tinggi dan strok juga menjadi antara ancaman utama kepada rakyat Malaysia khususnya golongan muda.

BACA  Fuhhh! Korang boleh menang iPhone 15 terkini bernilai RM4,399 dengan hanya melanggan insurans. Nak tau caranya?

Penyakit kritikal tak mengenal usia dan perlu dicegah sebaiknya

Bercakap soal radang paru-paru atau pneumonia, ia sebenarnya disebabkan oleh jangkitan kuman dalam paru-paru. Ia boleh berpunca daripada mikroorganisma seperti virus, bakteria atau kulat. Kalau ia bertambah teruk, radang paru-paru boleh menyebabkan masalah pernafasan, kerosakan paru-paru dan jika tak dirawat boleh menyebabkan kematian.

Antara simptom penyakit ini adalah batuk berkahak warna kuning atau hijau, demam panas, menggigil, sakit kepala dan lesu. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), radang paru-paru adalah antara punca kematian terbesar bagi masalah jangkitan di kalangan kanak-kanak. Pada tahun 2017 saja, seramai 808,694 kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah meninggal dunia akibat penyakit ini.

Imej dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, penyakit diabetes atau kencing manis juga semakin meningkat di kalangan golongan muda. Malah, dianggarkan 7 juta rakyat Malaysia dewasa akan menghidap diabetes menjelang tahun 2025 nanti. Pada asasnya, diabetes boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

  • Jenis Satu: Ia terjadi apabila penghasilan insulin yang tidak mencukupi oleh kelenjar pankreas pesakit. Lazimnya, ia terjadi secara tiba-tiba terutamanya golongan muda dengan sejarah penyakit diabetes dalam keluarga.
  • Jenis Dua: Merujuk kepada ketidakupayaan badan untuk bertindak kepada insulin (penolakan terhadap insulin). Selalunya, ia dihadapi oleh golongan dewasa, tapi juga berlaku kepada ramai golongan muda.
Lakukan ujian gula secara berkala. Imej dari CodeBlue.

Dalam kebanyakkan kes, diabetes selalunya dikaitkan dengan berat badan berlebihan (obesiti), gaya hidup tidak sihat dan peningkatan umur. Di kalangan golongan muda, diabetes boleh berpunca akibat pola pemakanan tidak sihat dengan pengambilan makanan segera dan gula berlebihan.

Selain itu, mungkin ada yang menyangka strok atau angin ahmar selalu hanya menyerang golongan berusia. Tapi hakikatnya, penyakit ini tak mengenal usia dan dianggarkan satu daripada empat penduduk Malaysia berisiko menghidap strok jika tiada pencegahan awal dilakukan, menjelang tahun 2040.

Menurut Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM), strok dalam kalangan golongan muda kini semakin meningkat. Hal ni tambah membimbangkan bila mana 15 peratus daripada kes strok iskemik dialami oleh pesakit dewasa dan remaja. Pada tahun 2016 sebagai contoh, 40 peratus kes strok yang memerlukan kemasukan ke hospital melibatkan pesakit berusia 60 tahun ke bawah.

BACA  Tak mahu rugi dalam perniagaan? Ini ancaman yang kita wajib tahu

Malah, kajian mendapati golongan muda lebih terdedah kepada risiko strok kerana gaya hidup yang tidak aktif seperti tabiat pemakanan tidak sihat, masa skrin berlebihan, pengambilan minuman beralkohol dan merokok.

Imej dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Seterusnya adalah tekanan darah tinggi atau hipertensi yang berlaku apabila darah dalam arteri mengalir pada tekanan yang lebih tinggi daripada biasa. Pada ketika ini, punca darah tinggi di usia muda tidak dapat dikenalpasti, tapi perkara itu biasanya berkaitan dengan gangguan kesihatan lain seperti diabetes, obesiti, penyakit jantung, penyakit paru-paru, masalah ginjal dan genetik.

Ini kerana, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (TKKM 2019) mendapati tekanan darah tinggi dalam kalangan orang dewasa muda (antara 18 hingga 24 tahun) di negara ini kebanyakannya disebabkan obesiti. Statistik turut menunjukkan peluang lelaki menghidap tekanan darah tinggi adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.

Bila kita tahu tentang isu ini, nampaknya antara jalan terbaik yang kita semua boleh buat adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan ambil usaha pencegahan awal. Lebih-lebih lagi untuk golongan muda yang perlu menempuh perjalanan panjang bersama keluarga dan kerjaya.

Jadinya, di sini munculnya kepentingan memiliki perlindungan insurans perubatan pada usia muda kerana…

Ambil insurans di usia muda akan meringankan beban di masa akan datang

Imej dari Comparehero

Berdasarkan statistik, kos perubatan telah meningkat pada kadar melebihi 12% setahun. Kementerian Kesihatan pada 2023 juga telah memaklumkan peningkatan harga ubat-ubatan ekoran kenaikan kos bekalan dan kos bahan mentah bagi menghasilkan ubat.

Tetapi, dengan adanya insurans – ia sedikit sebanyak menjadi persiapan awal dalam menempuh cabaran itu nanti, termasuklah dalam soal rawatan perubatan, hospitalisasi, pembedahan dan ubat-ubatan.

Selain itu, kalau korang ambil insurans di usia muda, premium yang dibayar lebih murah berbanding dengan mereka yang lebih berusia. Sebabnya, pakej insurans berbeza mengikut umur dan premium lebih rendah diberikan kepada orang muda kerana mereka mempunyai risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding yang telah berusia. Golongan muda juga boleh dikategorikan sihat dan berpotensi untuk tidak dikenakan ‘loading’

Di samping itu, pelan insurans juga akan ada tempoh menunggu yang ditetapkan tertakluk pada penyakit dan produk yang ditawarkan. Maka, kalau insurans itu diambil awal – proses tuntutan akan lebih mudah di masa akan datang.

BACA  Jangka hayat lelaki lebih pendek daripada wanita? Nak tahu kenapa?

Dengan adanya insurans, korang juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan layanan yang lebih selesa dan penginapan yang lebih baik. Korang juga boleh mengelakkan masalah kesesakan dan kekurangan doktor yang sering terjadi di hospital kerajaan.

Imej dari The Star.

Tapi ada ke syarikat insurans yang memberikan perlindungan terbaik? Jawapannya ada dan ia adalah…

Dapatkan perlindungan dari lebih 150 penyakit kritikal dengan  Allianz Prime Care+

Punyalah terbaik polisi ni, di bawah Allianz Prime Care+ korang dilindungi daripada lebih 150 penyakit seperti penyakit jantung, diabetes, kanser, strok, kelumpuhan, Parkinson, penyakit paru-paru, masalah buah pinggang, hipertensi, tumor otak dan banyak lagi.

Bagi membantu mengurangkan risiko yang lebih serius, pelan ini akan memberikan bantuan kewangan untuk penyakit kritikal pada peringkat awal sehinggalah peringkat akhir.

Sebagai contoh bagi penyakit diabetes, tambahan 20% daripada Amaun Diinsuranskan Prime Care+ diberikan bagi pemulihan penyakit itu pada peringkat awal, pertengahan dan akhir. Jika penyakit itu di peringkat kritikal, pelan ini juga memberikan manfaat meliputi empat komplikasi utama, iaitu amputasi, kegagalan buah pinggang, retinopati, dan koma diabetik.

Kalau korang disahkan menghidapi kanser, pelan ini juga menyediakan bayaran tambahan pada peringkat awal sampai akhir. Dengan bayaran tambahan itu, ia boleh membantu korang dalam urusan rawatan dan penjimatan kos.

Selain itu, terdapat 6 penyakit kritikal yang melayakkan korang menerima bayaran tambahan iaitu kanser dengan metastasis, serangan jantung, strok teruk, transplan jantung dan paru-paru, quadriplegia keseluruhan disebabkan oleh kecederaan saraf tunjang dan kehilangan anggota-anggota badan.

Apa yang pasti, perlindungan ini diberikan dalam jangka masa panjang iaitu sehingga umur 100 tahun. Jadinya, korang tak perlu risau dengan perlindungan terus diberikan walaupun korang di usia emas.

Bagi masa depan yang lebih tenang, tak salah untuk kita buat perancangan awal supaya tak membebankan di kemudian hari. Oleh itu, Allianz Prime Care+ boleh dikatakan sebagai antara pilihan terbaik.

Kepada yang berminat dan nak tahu lebih lanjut lagi tentang pelan ini, korang boleh saja hubungi ejen Allianz yang sah (semak DI SINI) atau ke portal rasminya – DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *