Hati-hati dengan 3 skrip yang selalu scammer gunakan untuk memperdaya kawan atau kekasih

scammer

Pernah terfikir kenapa ramai yang masih terpedaya dengan scammer? Realitinya, terdapat pelbagai jenis, bentuk dan taktik para scammer untuk terus memperdayakan orang lain. Salah satu jenis dan taktik scam yang paling popular adalah scam yang berbentuk hubungan sosial sama ada sebagai kenalan atau kekasih.

Akhirnya, kerana rasa sayang terhadap kekasih atau rasa simpati terhadap kenalan yang baru dikenali dari alam maya; kita termakan pula dengan pujuk rayu mereka.

Via Kapersky

Sedang mengenali hati budi seseorang menerusi Internet? Nilai sebaik mungkin

Penipuan cinta biasanya melibatkan penipu yang menyamar sebagai individu yang berminat untuk menjalin hubungan romantis dengan seseorang. Mereka menggunakan profil palsu dan kadang-kadang gambar yang diambil dari sumber-sumber lain untuk menarik perhatian mangsanya.

Setelah mereka mendapatkan kepercayaan, penipu ini sering menggunakan pelbagai alasan untuk meminta wang dari mangsa mereka. Mereka mungkin mengaku memerlukan bantuan kewangan untuk pelbagai situasi darurat, tetapi sebenarnya mereka hanya berusaha untuk menipu wang daripada mangsa yang terpedaya.

Via Rise Malaysia.my

Penipuan persahabatan pula bentuk penipuan yang melibatkan penipu yang pura-pura menjadi kawan atau sahabat untuk mendapatkan kepercayaan mangsanya. Mereka dapat menggunakan kepercayaan ini untuk mencuri maklumat peribadi, merampas akaun dalam talian, atau bahkan menyusun skema penipuan lain.

Dalam beberapa kes, penipu ini memainkan peranan kawan yang baik untuk memenangi hati mangsa sebelum menghancurkan kepercayaan mereka.bentuk penipuan yang melibatkan penipu yang pura-pura menjadi kawan atau sahabat untuk mendapatkan kepercayaan mangsanya.

Mereka dapat menggunakan kepercayaan ini untuk mencuri maklumat peribadi, merampas akaun dalam talian, atau bahkan menyusun skema penipuan lain. Dalam beberapa kes, penipu ini memainkan peranan kawan yang baik untuk memenangi hati mangsa sebelum menghancurkan kepercayaan mereka.

BACA  Taktik penipuan dalam talian yang berbahaya dan perlu dielakkan
Via Vecteezy

Hati-hati dengan tiga skrip ini

Menyedari kuasa media sosial zaman kini, sempadan negara dan status sosial kini seolah tidak lagi wujud kerana potensi keterhubungan yang sangat tinggi tanpa mengira latar bangsa, jantina dan negara. Tidak hairanlah, dalam sesetengah kes; ramai tertipu atau sememangnya menyedari bahawa mereka sedang berkomunikasi dengan anggota scammer.

Kadangkala, scammer itu sendiri yang sukarelanya mendedahkan butiran kehidupan mereka. Mengikut perkongsian dari Global Anti Scam Organization (GASO), ada tiga skrip yang lazimnya digunakan untuk meraih simpati para mangsa.

Sebenarnya, tiada niat atau matlamat yang dapat dipastikan tentang tujuan mereka berkongsi butiran kehidupan mereka khususnya berkaitan dengan kerja penipuan yang mereka jalankan.

Ini tiga skrip yang biasa didengari:

  1. “Saya boleh membantu anda mendapatkan wang anda kembali.”

Ini adalah salah satu skrip yang paling biasa digunakan oleh penipu untuk memanipulasi mangsa. Mangsa yang tertipu atau pernah ditipu oleh pihak scammer yang lain mungkin akan mengharapkan bantuan daripada si scammer ini, dengan alasan mereka sudahpun mengenali scammer yang kononnya boleh bantu dapatkan wang mereka.

2. “Sila hantar saya wang untuk menyelamatkan saya dari situasi yang teruk ini.”

Dalam senario ini, seorang scammer akan menceritakan keadaan kerja yang sangat teruk yang mereka alami. Mereka juga mungkin bercerita tentang kehidupan daif yang sedang mereka jalani dan biasanya akan meminta wang untuk menyelamatkan diri mereka. Hakikatnya, sebarang wang yang telah mangsa bayarkan sebagai ‘bantuan’ akan pergi kepada bos scammer.

BACA  Ini penipuan Internet yang banyak berlaku di Malaysia

Kadangkala si scammer ini juga akan cuba menyedapkan hati mangsa bahawa mereka akan membayar balik wang tersebut, namun selalunya, scammer ini tidak membayar mangsa tersebut walaupun scammer tersebut selamat pulang ke negara masing-masing.

-Via Straits Times

3. “Saya cinta padamu, tolong bantu saya membuat akaun palsu dan bayar bil saya.”

Dalam situasi ini, seorang scammer akan cuba menjalin hubungan jangka panjang dengan individu untuk mendapatkan bantuan dalam membuka akaun media sosial, membantu dengan kerja penipuan, dan membayar bil.

Apabila disiasat, alamat IP dan nombor telefon boleh dikesan semula kepada mangsa. Ini bermakna jika anda membuat akaun media sosial untuk scammer, anda mungkin dikenal pasti sebagai rakan kongsi jenayah.

Seringkali, penipu cukup mahir untuk memanipulasi individu untuk membahayakan hidup mereka demi cinta tanpa berkongsi sebarang maklumat peribadi tentang hidup mereka (scammer), wajah mereka, atau dari mana mereka berasal.

@nadhirnordin88

kisah Love Scam,Ingat kita mesti lebih bijak daripada scammerπŸ˜ŽπŸ‘πŸ‘πŸ‘

♬ original sound – DoubleN – DoubleN

Elakkan terheret dalam jenayah bersama scammer, serahkan pada pihak yang lebih mahir

Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika seorang penipu mengaku kepada anda? Pertama sekali, sedarlah bahawa banyak perkara yang dikatakan oleh scammer tentang syarat kerja mereka mungkin benar. Ramai scammer berada dalam keadaan yang sangat teruk dan tidak dapat keluar dari keadaan mereka.

Walau bagaimanapun, mereka mungkin akan memanipulasi mangsa lain untuk melakukan tindakan haram atau terlibat dalam penipuan dengan cara meraih simpati dari mangsa tersebut kasihan terhadap mereka.

Fahamilah bahawa meskipun ramai scammer di luar sana mungkin berkelakuan seolah-olah mereka ingin membina hubungan romantik, mereka sering berada dalam situasi di mana membina hubungan romantik adalah mustahil. Mereka mungkin hanya berpura-pura peduli untuk mendapatkan rakan kongsi dalam kerja mereka.

Via The Conversation

Jika seorang scammer mengaku kepada anda dan anda berasa selesa dengan keadaan tersebut, pihak GASO antara pihak yang boleh anda hubungi. GASO merupakan salah satu organisasi yang dianggotai oleh ramai scambaiters yang berpengalaman dalam industri ini. Bergantung pada situasi, GASO mungkin dapat membantu ‘mengeluarkan’ anda dari hubungan dengan scammer.

Anda juga boleh menetapkan batasan etika dengan scammer tersebut dengan tidak memberi wang kepada scammer atau membantu scammer dalam apa cara sekalipun agar dapat menyelamatkan diri daripada diheret sebagai rakan kongsi sang scammer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *