Merungkai aspek apa yang dinilai sebelum ‘loan’ anda lulus

Merungkai aspek apa yang dinilai sebelum 'loan' anda lulus

Merungkai aspek yang dinilai sebelum ‘loan’ anda lulus

Nama ‘disenaraihitam’ dari senarai bank? Situasi ini merupakan igauan ramai dan sekaligus menyekat seseorang untuk membuat sebarang pinjaman atau apa-apa alternatif melibatkan kredit.

Tentunya, tidak semua sengaja meletakkan diri mereka sehingga culas membayar kadar ansuran yang ditetapkan. Situasi-situasi kehidupan kadangkala memaksa diri agar terpaksa memberhentikan bayaran hutang setiap bulan sekurangnya untuk beberapa tempoh.

Selain dari rekod pembayaran hutang bulanan, sebenarnya ada beberapa lagi syarat yang akan diteliti oleh pihak bank sebelum meluluskan pinjaman anda.

Dalam sesetengah kes, ada juga peminjam yang tidak termasuk dalam senarai hitam bank juga gagal dalam tapisan pihak bank untuk memohon pinjaman baharu termasuklah pinjaman kereta atau hartanah.

Via Fibe

Kriteria penting dalam pengiraan kredit skor penentu kelulusan pinjaman

Antara kriteria penting yang biasanya akan diteliti oleh pihak pemiutang adalah rekod pembayaran pinjaman sebelum ini.

Rekod-rekod ini haruslah meyakinkan pihak bank atau pemiutang bahawa anda merupakan calon peminjam yang boleh dipercayai dan cukup berdisiplin untuk membayar ansuran setiap bulan.

Rekod-rekod ini akan dicapai dalam dua rekod utama iaitu CTOS dan CCRIS. Selain dari pembayaran konsisten, pihak bank juga mahu melihat sekiranya wujud situasi di mana bayaran lewat atau tertunggak atas nama kita.

Jika ia melebihi paras tertentu, maka pihak bank akan teragak-agak untuk meluluskan pinjaman anda ataupun meluluskannya dengan kadar bunga yang lebih tinggi.

Baca Juga :

Via Qaola Malaysia

Jumlah pinjaman turut diambil kira dalam rekod pinjaman anda. Lebih sedikit hutang yang anda tanggung, lebih tinggi peluang pinjaman anda akan diluluskan oleh pihak bank.

BACA  Duit tiba-tiba ditolak dari akaun bank? Ini cara mendapatkan balik duit yang hilang

Begitu juga dengan jangka masa pinjaman anda dan kekerapan antara satu pinjaman dengan pinjaman lain.

Jika rekod anda menunjukkan bahawa anda telah memiliki banyak hutang baharu, maka ini menimbulkan rasa curiga bahawa anda mungkin boleh berhadapan dengan masalah pembayaran semula hutang andainya anda gagal membayar kesemua atau sebahagian besar hutang-hutang lain yang ada termasuklah hutang baharu yang anda pohon.

Hutang baharu ini turut meliputi pendaftaran-pendaftaran baharu untuk kad kredit dan lain-lain.

Perlu bersedia rekod dan dokumen sebagai bukti sokongan, usahawan dan peniaga mesti ada lesen perniagaan

Sebelum memulakan prosedur permohonan pinjaman baharu, pihak bank selalunya akan meminta dokumen-dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, salinan slip gaji, dokumen malah panggilan dari bank kepada penjamin yang dapat mengesahkan bahawa individu ini wujud dan maklumat yang dihantar terbukti benar.

Sementara rekod kredit boleh diperoleh menerusi agensi tertentu, matlamat pengumpulan maklumat ini adalah bagi memastikan peminjam tersebut sesuai dengan kelayakan-kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

Kelayakan seperti status warganegara, gaji bulanan dan salinan caruman KWSP akan meningkatkan peluang kelulusan dari pihak bank. Dokumen-dokumen ini tidak akan tercatat dalam laporan skor kredit, oleh sebab itulah pihak bank sentiasa minta dokumen peribadi ini daripada pihak pemiutang.

Via Qaola

Akan tetapi, bagaimana pula untuk para usahawan? Kalau makan gaji, kita ada slip gaji.

Bagi usahawan pula, antara cara yang selalu digunakan untuk menggantikan dokumen slip gaji adalah dokumen entiti perniagaan, tidak kiralah cuma peringkat persendirian hinggalah ke peringkat lebih besar seperti Megah Holdings.

Untuk usahawan sepenuh masa, masih ramai yang kurang jelas tentang ‘kuasa’ yang ada dalam sijil atau lesen perniagaan anda. Lesen perniagaan boleh menjadi salah satu dokumen sokongan untuk membolehkan anda memohon pinjaman.

BACA  Kenapa perlu ada Insurans Perubatan pada usia muda terutamanya graduan universiti? Ini sebab-sebab yang perlu korang tahu

Dalam beberapa situasi, kaedah ini memudahkan ramai usahawan dan golongan bekerja sendiri untuk mendapatkan pinjaman yang diperlukan seperti pinjaman kenderaan dan barangan lain.

Begitupun, ia akan diletakkan di bawah nama perniagaan anda dan bukannya nama peribadi anda sebagaimana kaedah permohonan yang biasa. Kaedah ini juga boleh mempengaruhi hasil kiraan akaun anda sebagai sebuah entiti perniagaan.

Harus diingatkan, pinjaman bukanlah solusi terbaik dalam perancangan kewangan. Ia hanya mampu meringankan beban kewangan yang ditanggung, di samping membolehkan urusan pembelian aset-aset seperti kereta dan hartanah diselesaikan dengan mudah.

Realiti terbaik untuk melihat pinjaman adalah untuk memperbaiki skor kredit dalam kadar yang menurut kemampuan diri anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *