Hustle GPT: Panduan mula bisnes modal $100 dengan bantuan AI

Hustle GPT Cara mulakan bisnes modal $100 dengan bantuan AI

Hustle GPT: Panduan mula bisnes modal $100 dengan bantuan AI. Sebenarnya, AI juga boleh membantu dalam memberi panduan & khidmat nasihat memulakan perniagaan.

Satu masa dahulu, tak ramai yang dapat menjangka betapa besarnya potensi teknologi kepintaran buatan. Sebelum ni, teknologi kepintaran buatan dilihat terhad pada dunia robotik sahaja. Sekarang ni, sesiapa pun dapat mengakses kepintaran buatan.

Berbekalkan panduan dan arahan tertentu, ChatGPT berkebolehan untuk menjawab pelbagai soalan. Salah satu soalan yang popular adalah: bagaimana untuk urus duit?

Pengurusan duit sebenarnya satu isu yang menarik. Secara amnya, pengurusan duit sebenarnya bergantung kepada kesihatan kewangan seseorang. Boleh jadi, cara seseorang urus duit tidak sesuai dengan orang lain pula.

Ini cerita seorang lelaki yang berani letakkan semua simpanannya di ‘tangan’ kepintaran buatan – dengan harapan beliau menjadi kaya…

Jackson Fall uji AI mulakan bisnes modal $100 dan gandakannya

Pada Mac lalu, seorang lelaki bernama Jackson Fall mahu menguji sejauh mana kemampuan AI dalam dunia sebenar. Mulanya, Jackson sengaja uji GPT-4 (sebuah generasi kepintaran yang dikemaskini dari GPT-3) dengan bermodalkan $100.

Beliau masukkan arahan ke dalam GPT-4:

“Anda adalah HustleGPT, sebuah AI keusahawanan. Saya adalah wakil manusia anda. Saya boleh menjadi pengantara antara anda dan dunia fizikal. Anda ada $100, dan satu-satunya tujuan anda adalah untuk menjana sebanyak mana wang dalam jangka masa yang pendek tanpa melakukan sebarang jenayah. Saya akan buat segalanya yang anda cadangkan dan akan mengemaskini jumlah tunai dari semasa ke semasa. Tiada kerja manual”- Arahan yang dimasukkan oleh Jackson ke dalam GPT-4, seperti yang dipetik SEA Mashable

Menerusi Twitter, beliau mengemaskini proses dan perkembangan ‘projek buat duit’-nya. Apa yang GPT-4 cadangkan beliau buat?

BACA  Berdepan masalah kewangan: Ini 5 syarikat popular yang sekarang disenaraikan dalam PN17

Cadangan pertama GPT-4 adalah membina sebuah laman ‘affiliate marketing’ untuk produk mesra alam dengan menggunakan nama domain dipanggil greengadgetguru.com berharga $8.16.

hustle GPT
Tangkap layar setakat artikel ini ditulis.. -Via Green Gadget Guru

Kemudian, Jackson meminta GPT-4 untuk buatkan logo yang akan dimasukkan lagi ke dalam ‘adik-beradik’ GPT-4 iaitu DALL-E-2. Untuk pengetahuan anda, DALL-E adalah satu lagi AI yang dapat menjana bermacam imej berpandukan ‘prompt‘ yang diberikan.

Dengan sedikit bantuan dari Midjourney, sebuah lagi laman AI yang dapat menjana imej mengikut ‘prompt‘ yang disuap oleh para pengguna, GPT-4 mula beraksi. GPT-4 telah menulis sebuah artikel yang menyenaraikan 10 alat dapur yang mesra alam. Jackson terpaksa keluarkan lagi $29 untuk menaikkan laman web tersebut ke alam maya.

Baca Juga:

Masih tinggal $62.84 sebagai baki perbelanjaan tadi. Beliau tanya semula GPT-4. GPT-4 kemudian cadangkan $40 digunakan untuk iklan Facebook dan Instagram. Oleh sebab cerita ni dah tular, pada hari pertama projek buat duit Jackson berlangsung… ada pulak orang sudi beri dana tambahan sebanyak $100.

Kini Jackson cabar AI kembalikan semula wangnya lebih seratus kali ganda…

Hari kedua menyinsing tiba, dengan rancangan baharu dari GPT-4. Ia mencadangkan bajet untuk menggajikan pencipta kandungan yang turut akan gunakan kandungan tercipta dari ChatGPT. Hasilnya, mereka kata ingin membina produk perkhidmatan perisian (SaaS).

BACA  Macam mana KWSP jana wang untuk dividen?

Manakala untuk hari ketiga, GPT-4 menasihatkan Jackson tentang bagaimana menjana wang dari 50,000 pengikut baharunya di Twitter. Cerita ini membuatkan ramai ingin cuba cabaran HustleGPT, membawa kepada lebih banyak pelaburan dari luar. Untuk hari keempat, GPT-4 mula merekrut pekerja baharu untuk uruskan laman Green Guru Gadgets.

Selepas empat hari, Green Gadget Guru dikatakan menarik pelaburan sebanyak $7,812.84, sekumpulan pekerja dan kandungan yang bakal dijadikan bahan promosi. Namun projek ini masih tidak nampak untungnya. Jackson juga dilihat menghentikan projek tersebut. Salah seorang pengguna Twitter berkicau tentang kegusaran wujudnya ‘projek buat duit’ dengan begitu cepat.

Laman tersebut juga kurang diselenggara dengan baik dan kurang berkualiti. Langkah-langkahnya sudah betul, namun oleh disebabkan ini bukanlah projek keusahawanan yang serius… Jackson mengalihkan fokus kita kepada potensi Hustle GPT.

Model bisnes Hustle GPT adalah bina laman web dan gunakan kuasa ‘affiliate marketing’

Seperti yang kita boleh lihat, HustleGPT kini sudah ada pengikutnya sendiri terutamanya apabila Jackson sendiri sudah menguji potensi GPT-4. Seperti yang dibincangkan dalam sebuah artikel Forbes, model bisnes HustleGPT adalah dengan menggunakan laman web dan kuasa ‘affiliate marketing’.

BACA  6 syarikat pelaburan emas patuh syariah yang kita wajib tahu
Kumpulan yang meraikan penggunaan AI sebagai penasihat perniagaan..- Via HustleGPT

Selain itu, AI turut menggunakan kuasa automasi penciptaan kandungan dan penyelenggaraan pautan affiliate yang berbentuk komisen kepada pengusaha laman web tersebut untuk setiap pembelian.

Potensi AI juga boleh digunakan dalam beberapa peluang kewangan lain. ChatGPT dan ‘generative AI’ misalnya pernah digunakan dalam ujian pelaburan kewangan. Laporan Finder.com mendapati portfolio saham yang diletakkan oleh ChatGPT lebih baik prestasinya berbanding saham yang disenaraikan dalam sebuah laman pelaburan, Interactive Investor.

Via KFM

Dalam kajian soal selidik finder.com juga, mereka mendapati bahawa 19% dewasa di UK tidak menolak idea untuk dapatkan nasihat kewangan dari ChatGPT. 8% lagi mengakui mereka sudahpun dapatkan nasihat kewangan dari AI. Sebahagian besar yang lain masih menunjukkan pelabur tetap setia pada nasihat kewangan yang diperoleh dari media sosial.

Kemampuan AI semakin berkembang hari demi hari, ditambahbaik dengan informasi-informasi dan usaha kolaboratif untuk memantapkan AI seperti ChatGPT. Idea AI menjadi pembantu manusia kini semakin tidak asing lagi, dan boleh jadi, anda juga akan mula menjadikan ChatGPT sebagai penasihat utama anda dalam pengurusan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *