52% rakyat Malaysia tiada simpanan kecemasan! Ini fakta-fakta mengejutkan yang korang kena tahu

Pernah tak korang terfikir, kalau tiba-tiba kena bayar bil hospital RM1,000 atau kereta rosak tengah bulan – adakah simpanan korang cukup untuk tampung semua tu tanpa meminjam pada sesiapa? Realitinya, ramai antara kita yang masih belum bersedia untuk menghadapi situasi kecemasan seperti ini.

Apatah lagi dengan dunia yang semakin mencabar sekarang – kos sara hidup meningkat, kenaikan harga barang, inflasi dan sebagainya. Kewangan yang kukuh bukan lagi satu pilihan, tapi merupakan satu keperluan. Tapi malangnya, data menunjukkan ramai rakyat Malaysia masih belum benar-benar bersedia dari segi pengurusan kewangan peribadi.

Berdasarkan laporan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan yang diterbitkan oleh Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) mendapati, 52% daripada rakyat Malaysia tidak dapat menyimpan sebanyak RM1,000 untuk kegunaan ketika kecemasan!

Imej dari Oberlo.

Sebenarnya, banyak lagi fakta mengejutkan yang korang perlu tahu tentang keadaan kewangan rakyat Malaysia. Antaranya…

Hanya 36% sahaja rakyat Malaysia yang celik kewangan!

Kalau korang nak tahu, menurut kajian yang dijalankan oleh Bank Dunia, hanya 36% rakyat Malaysia dewasa dikategorikan sebagai celik kewangan. Ini bermakna, lebih separuh daripada kita mungkin tidak benar-benar faham tentang pengurusan wang, simpanan, perlindungan, dan pelaburan!

Lebih membimbangkan, data dari tinjauan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mendapati, 13% responden di Malaysia “menilai tahap pengetahuan (kewangan) mereka sebagai sangat rendah”.

Imej dari IceGif.

Maka, bukan perkara yang mengejutkan apabila kes mereka yang dibebani hutang ‘tidak sihat’ semakin meningkat saban hari. Berdasarkan kenyataan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) – seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah hampir RM1.9 bilion!

Ramai hanya menyimpan untuk keperluan jangka pendek

Imej dari mStar.

Berdasarkan kajian FEN, 84% rakyat negara ini mengakui mereka menyimpan secara tetap hanya untuk jangka pendek sahaja. Maksudnya, duit tu akan dikeluarkan semula dalam tempoh sebulan, yang biasanya untuk menampung perbelanjaan harian seperti rawatan kesihatan (43%) dan barangan dapur (39%).

Niat untuk menyimpan tu memang ada, tapi mungkin disebabkan gaji yang cukup-cukup makan, kos sara hidup yang semakin tinggi dan tanggungan hutang – ramai yang tak mampu nak menyimpan untuk jangka panjang.

Akibatnya, simpanan yang dibuat bukanlah untuk masa depan, tapi hanya untuk kelangsungan bulan semasa.

Hanya 17% rakyat Malaysia dilindungi insurans atau takaful hayat

Imej dari New Straits Times.

Dalam dunia yang penuh ketidakpastian, adalah mengejutkan apabila Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 mendapati hanya 17% rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans atau takaful hayat.

Manakala, dapatan dari Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) pula mendapati, hanya 4% sahaja mereka dari isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang mempunyai insurans atau takaful hayat. Ini menunjukkan jurang perlindungan kewangan yang sangat besar iaitu golongan yang paling berisiko apabila berlaku kecemasan kewangan adalah juga golongan yang paling kurang dilindungi.

Antara sebab utama perkara ini terjadi adalah kerana pendapatan yang rendah, sehingga mereka terpaksa mendahulukan keperluan asas seperti makanan, sewa rumah, bil utiliti dan pengangkutan.

Selain itu, ada juga yang beranggapan insurans hayat ni tak penting atau hanya untuk golongan kaya saja. Tak kurang juga kerana kurangnya pendedahan dan maklumat yang menjadi faktor utama. Ramai dalam kalangan B40 mungkin tak pernah dengar atau faham apa sebenarnya manfaat insurans hayat.

Ini kerana, tak semua ada akses kepada nasihat kewangan yang boleh menerangkan kepada mereka tentang pelan-pelan perlindungan yang sesuai dan peluang yang ada. Contohnya bila sekarang ni korang ….

Berpeluang untuk memberikan sorakan kepada atlet badminton negara di Korea Open 2025, dengan hanya melanggan perlindungan insurans Allianz!

Kalau korang peminat tegar badminton, berita ni memang tak boleh dilepaskan! Bayangkan korang di stadium, menyaksikan kehebatan atlet dunia berentap dalam kejohanan badminton Korea Open 2025! Dan yang paling menarik – korang boleh menang peluang ni hanya dengan melanggan perlindungan insurans daripada Allianz Malaysia!

Kempen hebat #NoStoppingUs ini bermula dari 1 Mac hingga 20 Julai 2025 dan semua rakyat Malaysia berpeluang untuk menyertainya. Caranya mudah je, daftar mana-mana polisi Allianz Life atau Allianz General yang layak, kemudian daftar penyertaan korang di borang yang disediakan.

Inilah masanya untuk gabungkan perlindungan kewangan dengan peluang melancong sambil bersorak untuk skuad badminton negara. Siapa tahu, korang mungkin salah seorang daripada pemenang bertuah yang akan menyaksikan aksi penuh debaran secara langsung di Korea Open 2025!

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, layari laman web rasmi Allianz Malaysia – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *