Apabila bercakap tentang penjagaan kesihatan, semua telah sedia maklum yang kos perubatan sentiasa meningkat setiap tahun. Bagi menguruskan hal ini, ramai yang mengambil insurans perubatan bagi mengurangkan beban dalam menghadapi sebarang situasi tak dijangka.
Namun begitu, pada tahun lalu – Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewajibkan syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) untuk memperkenalkan ciri-ciri pembayaran bersama bagi produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).

Cumanya, mungkin ramai di kalangan masyarakat tak berapa faham apa yang dimaksudkan dengan pembayaran bersama ini. Oleh itu, Ringgitku kali ini akan menjelas serba sebanyak tentang pembayaran bersama dalam insurans perubatan dan manfaatnya kepada para pemegang polisi.
Konsep ‘pembayaran bersama’ adalah perkongsian antara pemegang polisi dan penyedia insurans
Secara asasnya, pembayaran bersama atau co-payment dalam insurans perubatan adalah konsep di mana pemegang polisi berkongsi kos perubatan dengan penyedia insurans. Dengan kata lain, pemegang polisi membayar sejumlah peratus dari kos perubatan dan bakinya akan diselesaikan oleh penyedia insurans.
Sebagai contoh, sekiranya peratus pembayaran pemegang polisi ditetapkan sebanyak 10%, maka baki 90% akan diselesaikan oleh penyedia insurans. Senang cerita macam ini:
“Sekiranya kos perubatan sebanyak RM30,000, pemegang polisi perlu membayar RM3,000 (10% dari kos) dan baki RM27,000 (90% dari kos) akan dilunaskan oleh penyedia insurans”

Konsep ini berbeza dengan deduktibel di mana, ia memerlukan pemegang polisi membayar sejumlah tertentu dan bakinya akan dibayar oleh penyedia insurans.
Manfaat-manfat pembayaran bersama
Manfaat yang paling menonjol dengan konsep pembayaran bersama adalah ia dapat membantu mengurangkan kadar premium bulanan insurans. Dengan itu, ia boleh mengurangkan komitmen bulanan pemegang polisi.
Keduanya, dengan pembayaran bersama – ia akan membuatkan para pemegang polisi menilai keperluan perubatan secara lebih teliti. Ia sekaligus mengurangkan kemungkinan lawatan atau rawatan yang tidak perlu.

Selain itu, pembayaran bersama juga membolehkan pemegang polisi mengetahui kos sebenar rawatan yang diterima. Dengan itu, ia memudahkan pemegang polisi untuk merancang bajet penjagaan kesihatan di masa akan datang.
Siapakah yang sepatutnya memilih pembayaran bersama?
Secara amnya, tak semua orang sesuai dengan pelan pembayaran bersama. Ini kerana, terdapat pelbagai situasi yang perlu dipertimbangkan seperti:
- Kesihatan yang baik: Bagi mereka yang sihat dan tidak mempunyai rekod masalah kesihatan, pembayaran bersama adalah pilihan yang baik.
- Komitmen kewangan: Bagi mereka yang mempunyai komitmen kewangan bulanan yang tinggi, pelan ini sesuai dipilih bagi mengurangkan kadar premium bulanan.
- Dana kecemasan: Pelan ini sesuai jika seseorang itu mempunyai simpanan dana kecemasan untuk menampung kos perubatan yang tidak dijangka.
- Peka dengan penjagaan pencegahan: Jika seseorang itu lebih menekankan pemeriksaan kesihatan berkala dan penjagaan pencegahan, pelan ini dapat membantu mengimbangi kos dengan lebih efektif.
Dalam masa sama, masih ada yang tertanya-tanya tentang sama ada wujud atau tidak insurans perubatan yang datang elemen menjimatkan? Jawapannya ada dan korang boleh…
Dapatkan perlindungan terbaik dengan pelan perubatan baharu HealthAssured dari Allianz Life!
Seperti mana yang semua telah sedia maklum, kos perubatan semakin meningkat dari tahun ke tahun dan hal ini juga menjadi menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans. Sedar dengan perkara itu, Allianz Malaysia telah memperkenalkan rider perubatan baharu iaitu HealthAssured!
Sebabnya, kalau korang mendapatkan rider perubatan HealthAssured – korang akan menerima Manfaat Selamat Datang iaitu diskaun 20% ke atas Kos Insurans (COI) serta merta selepas pendaftaran. Diskaun ini kekal dengan Manfaat Tiada Tuntutan, selagi mana korang tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang Tempoh Semakan.
Kalau korang membuat tuntutan, diskaun 20% ini akan dihentikan selama dua tahun. Tapi kalau korang tak membuat tuntutan selama dua tahun berturut-turut, korang akan menerima semula diskaun COI 20% itu pada tahun ketiga.
Dalam masa yang sama, HealthAssured menyediakan Pilihan Penjimatan Kos yang fleksibel di mana adanya insurans bersama atau pembayaran bersama. Dengannya, korang boleh memilih antara 5% atau 15% untuk pilihan insurans bersama. Dengan itu, ia memberikan korang kawalan ke atas jumlah yang perlu dibayar untuk rawatan perubatan.
Namun, dalam situasi tertentu insuran bersama tak akan diguna pakai, kerana ia dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini termasuk:
- Rawatan Kecemasan, termasuk kes Kemalangan;
- Manfaat Rawatan Kanser Pesakit Luar;
- Manfaat Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar;
- Rawatan yang diterima di Kemudahan Penjagaan Kesihatan Kerajaan
Seterusnya, pelan ini datang dengan had tahunan tinggi iaitu RM5 juta bagi Pelan Asas dan Tanpa Had bagi Pelan Premier!
Sekiranya korang memerlukan rawatan di hospital, HealthAssured menyedikan perlindungan merangkumi Bekalan dan Perkhidmatan Hospital; Bayaran Pembedahan; Bayaran Pakar Bius; Bayaran Bilik Bedah; Bayaran Ambulans; Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital; Pemindahan Organ dan pelbagai lagi.
Manfaat Bilik Hospital dan Penginapan pula adalah sehingga RM500 sehari. Malah, tiada had bilangan hari bagi setiap Tahun Polisi, dengan syarat ia adalah Perlu Dari Segi Perubatan!
Korang juga layak menerima Manfaat Selepas Penghospitalan merangkumi Rawatan Selepas Penghospitalan; Penjagaan Kejururawatan di Rumah (sehingga RM20,000 setiap Tahun Polisi); Rawatan Fisioterapi (sehingga RM12,000 setiap Tahun Polisi); dan Bayaran Balik untuk Kiropraktik, Kiropodi, Homeopati, Osteopati atau Akupunktur (sehingga RM5,000 setiap Tahun Polisi).
Selain itu, Manfaat Rawatan Pesakit Luar bagi kemalangan juga disediakan sehingga RM5,000 setiap Tahun Polisi. Tak cukup dengan itu, korang boleh menerima Manfaat Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar dan Rawatan Denggi atau Demam Enterik Pesakit Luar – tertakluk kepada bayaran munasabah dan biasa diamalkan.
Peningkatan pesakit kanser di kalangan rakyat Malaysia turut semakin membimbangkan. Prihatin dengan hal itu, HealthAssured menyediakan manfaat bagi Ujian Geonomik untuk Kanser. Manfaat Rawatan Kanser Pesakit Luar turut disediakan merangkumi (radioterapi, kemoterapi, terapi bertarget, terapi hormon atau imunoterapi termasuk konsultasi, ujian pemeriksaan dan ubat yang dipreskripsikan.
Satu lagi yang menarik adalah pelan ini menyediakan Perkhidmatan Tambahan bagi mendapatkan Pendapat Perubatan Kedua Antarabangsa. Dengan kata lain, jika korang disahkan menghidapi penyakit tertentu, korang boleh mendapatkan penilaian pakar perubatan dari luar negara!
Korang juga jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan…
Perlindungan ekstra 50% bagi Bilik & Penginapan Hospital dan Tambahan RM15,000,000 Had Tahunan Keseluruhan!
Bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2025, Allianz Malaysia melancarkan Kempen AssuredBooster kepada sesiapa yang mendaftar dengan HealthAssured!
Denganya, korang akan menikmati perlindungan ekstra 50% bagi Bilik & Penginapan Hospital, tambahan RM15,000,000 Had Tahunan Keseluruhan dan tempoh lanjutan untuk Perlindungan Rawatan Selepas Penghospitalan hingga 365 hari.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati perlindungan kesihatan terbaik dengan HealthAssured! Untuk maklumat lanjut, layari Portal Rasmi Allianz Malaysia (DI SINI), atau hubungi wakil Allianz Malaysia yang sah hari ini!
Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad