5 destinasi pelancongan berpatutan yang korang boleh pergi hujung tahun ini!

Antara aktiviti yang selalu dilakukan semasa cuti panjang adalah melancong, sama ada secara sendirian, bersama keluarga atau rakan-rakan. Selain itu, ada juga yang dah merancang percutian pada setiap akhir tahun sebab nak habiskan cuti tahunan atau bercuti bersama anak-anak.

Tapi, mungkin ada yang masih tak pasti nak melancong ke mana disebabkan risau dengan kos yang tinggi. Oleh itu, di sini kami senaraikan 5 destinasi pelancongan menarik dan berpatutan yang korang boleh pergi.

5 destinasi pelancongan menarik dan berpatutan

1. Hat Yai, Thailand

Khlong Hae Floating Market. Imej dari Adventures Of Jellie.

Hat Yai adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Buktinya, pada tahun lalu – rakyat Malaysia dicatatkan sebagai pelancong paling ramai ke sana iaitu sebanyak 4.56 juta orang.

Antara sebab kenapa Hat Yai menjadi pilihan adalah kerana kosnya yang berpatutan dari segi penginapan dan makanan. Contohnya, masih ada hotel 4 bintang di sana yang menawarkan harga semalam bawah RM100. Hat Yai juga terkenal sebagai syurga makanan dengan harga yang agak murah berbanding destinasi lain.

Selain itu, terdapat juga pelbagai cara untuk ke sana sama ada menaiki kapal terbang, kereta api, bas atau memandu sendiri. Lebih-lebih lagi bila KTMB sekarang ni ada menawarkan Tren Khas MySawasdee dari KL Sentral ke Hat Yai dengan harga dari RM95 sehala!

Berdasarkan maklumat dari Budget Your Trip, kos purata harian bagi pelancong bajet ke Hat Yai seorang hanyalah sekitar RM44/hari.

Malah, sekarang ni Thailand telah mengumumkan langkah baharu bagi memudahkan sektor pelancongan dengan membolehkan pelancong Malaysia masuk ke Thailand tanpa visa bagi tempoh penginapan sehingga 60 hari. Sebelum ini, pemegang pasport Malaysia tidak perlukan visa ke Thailand bagi penginapan sehingga 30 hari .

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di sana adalah Khlong Hae Floating Market, Songkhla Central Mosque, Lee Garden Market, Wat Hat Yai Nai Temple, Asean Night Bazaar dan banyak lagi!

2. Ho Chi Minh City, Vietnam

Imej dari Audley Travel.

Destinasi seterusnya adalah Ho Chi Minh City, Vietnam. Mengambil nama bersempena bekas presiden negara itu, kota ini mempunyai pelbagai lokasi menarik yang boleh dilawati seperti War Remnants Museum, Notre Dame Cathedral, Saigon Central Post Office, Cu Chi Tunnels, Saigon Skydeck dan banyak lagi.

BACA  Elak percutian bertukar duka! Cara terbaik melindungi diri & keluarga walau di mana pun kita berada

Kepada yang suka membeli-belah, tempat ni memang khas untuk korang, sebab Ho Chi Minh City terkenal dengan harga kain ela, kasut, beg dan cenderamata yang sangat murah. Kos ke sana pun rendah sebab korang boleh dapatkan tiket penerbangan di bawah RM300 sehala.

Bagi harga penginapan di hotel pula, korang masih boleh dapat bawah RM100/semalam bagi hotel 3 bintang dan ke bawah. Berdasarkan maklumat dari Budget Your Trip, kos purata harian bagi pelancong bajet ke Ho Chi Minh City seorang hanyalah RM129/hari,

Selain itu, terdapat pelbagai lagi destinasi yang korang boleh pergi di Vietnam seperti Hanoi, Phu Quoc, Nha Trang dan Mui Ne.

3. Medan, Indonesia

Istana Maimun, Medan. Imej dari Traveloka.

Kepada pencinta sejarah, Medan menyimpan pelbagai warisan dan budaya yang menarik untuk diteroka, termasuk masjid-masjid yang indah seperti Masjid Raya Al-Mashun dan gereja-gereja bersejarah seperti Gereja Annai Velangkanni.

Korang juga boleh melawat Istana Maimun yang suatu ketika dulu dibangunkan oleh Sultan Deli, Sultan Mahmud Al Rasyid pada tahun 1800-an. Medan turut terkenal dengan makanan tradisionalnya seperti Soto Medan, Nasi Padang, Bika Ambon, Durian Medan dan pelbagai lagi. Pengalaman menikmati makanan tempatan boleh menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan!

Malah, kos hidup dan melancong di Medan umumnya lebih rendah berbanding destinasi pelancongan lain dan ia menjadikannya pilihan ekonomi yang baik untuk percutian. Penerbangan dari Malaysia ke Medan pun singkat (1 jam sahaja) dan kerap. Ia menjadikan Medan sebagai destinasi yang mudah dan cepat.

Berdasarkan maklumat dari Budget Your Trip, kos purata harian bagi pelancong bajet ke Medan seorang hanyalah RM44/hari, manakala pelancong sederhana pula RM102/hari.

4. Siem Reap, Kemboja

Angkor Wat, Siem Reap. Imej dari Britannica.

Siem Reap terkenal dengan Angkor Wat, salah satu tapak warisan dunia UNESCO. Walaupun tapak ini popular di kalangan pelancong, harga makanan dan penginapan di Siem Reap masih rendah. Di sana, korang masih boleh dapat hotel 4 bintang dengan harga di bawah RM100/semalam. Tiket penerbangan pun berpatutan iaitu bawah RM300 sehala.

Berdasarkan maklumat dari Budget Your Trip, kos purata harian bagi pelancong bajet ke Siem Reap seorang hanyalah RM124/hari.

Di sana, korang boleh menikmati keindahan alam semula jadi dengan melawat Tasik Tonle Sap iaitu tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara. Korang juga boleh melawat kampung-kampung terapung dan melihat cara hidup penduduk tempatan.

BACA  Selain gaji & "work life balance": Korang tahu tak apa lagi faedah yang pekerja sekarang cari?

Siem Reap turut dikelilingi dengan pemandangan luar bandar yang indah, termasuk sawah padi dan kampung-kampung tradisional yang menawarkan pengalaman yang lebih tenang dan damai. Jadi, kepada korang yang mencari kedamaian, Siem Reap adalah destinasi yang boleh masuk dalam list.

5. Warsaw, Poland

Imej dari Hotel Verte.

Disebabkan senarai atas tu semua di Asia, ni pula destinasi jauh di Eropah. Berbeza dengan kebanyakan kota-kota di Eropah lain yang terkenal mewah dan mahal, ibu negara Poland, ini menjanjikan percutian yang jauh lebih berpatutan.

Warsaw menawarkan pelbagai pilihan penginapan dari hotel mewah hingga hostel bajet, sesuai untuk pelbagai jenis pelancong. Kos hidup di Warsaw juga lebih berpatutan berbanding bandar-bandar besar Eropah lain dan ia menjadikannya destinasi yang baik untuk percutian ekonomi.

Di sana, banyak tempat menarik yang korang boleh lawati seperti Warsaw Rising Museum, Royal Łazienki Museum, Palace of Culture and Science, The Royal Castle, Royal Łazienki Park, Warsaw Uprising Monument dan pelbagai lagi.

Sistem pengangkutan awam di sana juga efisien termasuk bas, tram, dan metro yang akan memudahkan perjalanan korang dalam bandar. Warsaw turut mempunyai banyak pasar tradisional dan pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai barangan, dari kraftangan tempatan hingga barangan berjenama.

Berdasarkan maklumat dari Budget Your Trip, kos purata harian bagi pelancong bajet ke Warsaw seorang sekitar RM155/hari.

Tapi, di sebalik keghairahan korang pergi melancong tu, banyak juga persediaan perlu dibuat bagi memastikan semuanya terkawal jika berlaku sebarang perkara tak dijangka. Sebab itulah, korang perlu perlindungan perjalanan atau lebih tepat lagi…

Lindungi diri sepanjang perjalanan dengan Allianz Travel Insurance!

Perlindungan yang diperkenalkan oleh Allianz Malaysia ni sebenarnya direka khas untuk melindungi korang dari A hingga Z sepanjang bercuti. Antara manfaat utama yang disediakan Allianz Travel Insurance adalah perlindungan Pembatalan Deposit atau Perjalanan sehingga RM25,000. Maknanya di sini, sekiranya perjalanan korang itu dibatalkan atas sebab-sebab yang layak , korang boleh menerima manfaat itu.

Itu kalau dibatalkan, tapi jika perjalanan korang itu ditangguhkan atau dijadualkan semula pula, korang layak menerima bayaran RM300 bagi setiap 6 jam berturut-turut kelewatan. Kalau bagasi mengalami kelewatan atau dikendalikan secara salah, perlindungan menyediakan manfaat sehingga RM800.

BACA  Tengah rancang untuk bercuti? Ini 4 risiko yang boleh terjadi ketika bercuti & cara terbaik lindungi diri

Semasa di sana dan korang mengalami kehilangan Wang Peribadi akibat rompakan, pecah rumah atau kecurian, pihak Allianz akan membayar kehilangan wang itu sehingga RM1,000 dengan syarat kehilangan tersebut dilaporkan kepada pihak polis tempatan dalam tempoh 24 jam daripada masa kejadian.

Sekiranya korang kehilangan pasport atau visa di luar negara semasa percutian, disebabkan kecurian, pelan ini akan membayar sehingga RM5,000 bagi kos tambahan untuk penginapan, perbelanjaan perjalanan, komunikasi dan bayaran dokumen penggantian.

Di sebalik keriangan percutian, sebenarnya ada pelbagai risiko tak dijangka yang boleh berlaku dari jatuh sakit, kemalangan atau kematian. Bagi mengurangkan beban sekiranya perkara-perkara itu berlaku, Allianz Travel Insurance menyediakan perlindungan sehingga RM500,000 jika terjadinya kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Bagi yang memerlukan rawatan, perlindungan ini memberikan manfaat sehingga RM350,000 bagi perbelanjaan perubatan. Manakala, sehingga RM10,000,000 pula disediakan untuk pemindahan perubatan kecemasan, repatriasi rawatan kecemasan dan repatriasi jenazah.

Selama bercuti, sudah pasti rumah ditinggalkan buat sementara waktu. Bagi memberikan ketenangan kepada korang, pelan ini akan membayar kerugian atau kerosakan barangan rumah akibat kebakaran atau kecurian sehingga RM6,000 apabila rumah itu dibiarkan kosong semasa korang dalam percutian.

Sebenarnya, terdapat dua jenis pelan yang disediakan di bawah Allianz Travel Insurance ini, iaitu Allianz Travel Easy dan Allianz Travel Care.

Nak lagi best, sekarang ni korang berpeluang  untuk mendapatkan Bagasi Kabin Eksklusif percuma* dengan membeli atau memperbaharui polisi Pelan Tahunan Dewasa Allianz Travel Easy atau Allianz Travel Care (Polisi Seluruh Dunia atau Domestik & Seluruh Dunia) dari 1 Ogos 2024 hingga 31 Oktober 2024 atau sehingga kesemua Bagasi Kabin yang ditebus mencapai tiga ribu (3,000) unit, mana-mana yang terdahulu!

*Pemberian bagasi ini berdasarkan siapa cepat dia dapat

Jangan lepaskan peluang ni, lindungi diri sepanjang perjalanan korang bersama Allianz Travel Insurance! Kepada yang berminat, Allianz Travel Easy boleh dibeli terus secara online manakala Allianz Travel Care pula boleh dibeli melalui ejen-ejen Allianz yang sah. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Allianz Malaysia – DI SINI.

 Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *