Bagi segelintir orang, motosikal hanyalah sebuah kenderaan biasa. Tapi bagi penunggang sejati, motosikal adalah simbol kebebasan, ketenangan jiwa, dan semangat mengembara.
Deruman enjin, angin yang menyapa wajah, dan jalan terbentang luas adalah nikmat sebenar yang hanya difahami oleh penunggang motosikal.

Di Malaysia, sebenarnya kita cukup bertuah sebab dianugerahkan dengan pelbagai bentuk muka bumi yang indah dan sesuai untuk para penunggang sejati. Dari jalan pantai berangin sampailah ke laluan gunung yang berkabus. Jadinya, kali ini RINGGITKU akan senaraikan lima laluan ride yang patut korang cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
5 laluan ride menyeronokkan di Malaysia
1. Jalan Lama Gombak ke Bentong

Laluan klasik ini amat digemari oleh para penunggang di hujung minggu. Dengan selekoh-selekoh tajam, laluan teduh di bawah pokok, dan suasana sejuk di waktu pagi, ia menawarkan satu pengalaman ride yang damai dan menyegarkan.
Pemandangan hijau yang mengiringi perjalanan akan membuatkan korang terasa seperti berada jauh dari hiruk-pikuk kota. Laluan ini juga menghubungkan korang ke pekan Bentong yang terkenal dengan makanan tempatan yang menyelerakan.
Tips: Laluan ini agak sunyi dan bengkel motosikal tidak banyak. Pastikan motosikal korang dalam keadaan yang elok dahulu sebelum bertolak.
2. Karak ke Genting Highlands

Bagi yang suka cabaran mendaki bukit dan menunggang dalam kabus tebal, laluan ke Genting Highlands adalah pilihan terbaik. Lebih seronok kalau kalau korang ride di awal pagi, sambil menikmati matahari terbit dan pemandangan mendamaikan yang sukar dilupakan.
Tips: Cuaca di kawasan ini boleh berubah dengan cepat. Jadinya, sediakan pakaian yang sesuai seperti baju hujan dan pastikan korang boleh dihubungi sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
3. Cameron Highlands

Jalan menuju ke Cameron Highlands menawarkan pengalaman menunggang yang teknikal dengan jalan berselekoh dan berbukit. Pemandangan ladang teh, kebun strawberi dan kebun sayur menjadikan ride korang sangat berbaloi.
Suhu yang sejuk dan kabus pagi menambah keistimewaan laluan ini. Sesuai untuk penunggang yang mahu berehat di kawasan tanah tinggi selepas perjalanan panjang.
Tips: Gunakan brek sebaiknya sewaktu menuruni bukit. Diingatkan juga supaya peka dengan keadaan sekeliling, lebih-lebih lagi selepas hujan yang mengakibatkan jalan licin.
4. Bukit Fraser

Berbeza dengan Cameron Highlands, Bukit Fraser atau Fraser’s Hill adalah destinasi ride yang lebih sunyi dan klasik. Laluan sempit, berliku dan tenang memberikan pengalaman yang lebih santai dan “old school”.
Kawasan ini juga kurang trafik, menjadikannya sesuai untuk penunggang yang ingin menikmati ride secara perlahan sambil menghargai alam sekitar. Di atas bukit, suasana kolonial dan kicauan burung akan menenangkan fikiran.
Tips: Sesetengah kawasan di sini kurang menerima liputan telefon dan internet. Makanya, untuk keselamatan maklumkan kepada ahli keluarga atau rakan sebelum korang memulakan perjalanan.
5. Kundasang ke Ranau

Laluan ini adalah antara yang paling menakjubkan di Malaysia. Pemandangan gunung Kinabalu, suasana berkabus dan udara sejuk – menjadikan ride ini luar biasa. Laluan berbukit dengan selekoh tajam memerlukan tumpuan penuh dan kemahiran tunggangan yang baik.
Di sepanjang laluan, korang juga akan menemui gerai-gerai yang menjual sayur segar dan hasil bumi tempatan.
Tips: Laluan ini sesuai untuk penunggang berpengalaman dengan motosikal dalam keadaan terbaik. Cuaca sejuk juga boleh mempengaruhi tekanan tayar dan sistem enjin, jadi lakukan pemeriksaan menyeluruh sebelum bertolak.
Apa yang pasti, setiap laluan mempunyai keunikannya – sama ada keindahan alam sekeliling atau cabaran laluan. Tapi yang paling penting, setiap ride yang menyeronokkan harus bermula dengan persiapan yang baik.
Persiapan itu lebih sempurna dengan adanya…
Perlindungan ekstra untuk korang, motosikal dan pembonceng tanpa kos tambahan di bawah Allianz Motorcycle Plus!
Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) adalah pelan perlindungan motosikal yang direka khas untuk melindungi korang, motosikal dan pembonceng tanpa sebarang kos tambahan. Antara perlindungan yang disediakan adalah kehilangan atau kerosakan terhadap motosikal akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian.
Pelan ini juga memberikan perlindungan terhadap kematian atau kecederaan badan kepada pihak ketiga, serta kehilangan atau kerosakan harta pihak ketiga.
Bagi motosikal 250cc ke bawah, korang dan pembonceng korang turut menikmati manfaat Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) berikut tanpa sebarang kos tambahan:
- Perlindungan kemalangan jalan raya RM10,000 seorang (korang dan pembonceng) sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal;
- Pendapatan hospital RM100 sehari sehingga 60 hari untuk setiap seorang (korang dan pembonceng);
- Perlindungan penuh untuk peril khas seperti banjir, taufan, dan tanah runtuh;
- Bantuan tepi jalan dua hala sehingga 50km – sangat berguna jika berlaku kerosakan ketika dalam perjalanan!
Sebagai tambahan, pelan ini juga termasuk dalam Inisiatif Insurans Rahmah, yang menawarkan Faedah Bantuan Banjir sebanyak RM1,000 (sekali sahaja) secara percuma jika motosikal korang rosak akibat banjir.
Dan yang paling menarik…
Korang berpeluang menyaksikan kejohanan badminton Korea Open 2025 secara langsung di stadium!
Ya betul! Sekarang ni, Allianz Malaysia sedang menjalankan Kempen #NoStoppingUs yang memberikan korang peluang memenangi pengalaman sekali seumur hidup untuk menyaksikan kejohanan badminton Korea Open 2025 secara langsung di stadium.
Caranya mudah je, korang langgan saja Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) dan daftar penyertaan di borang pendaftaran (DI SINI).

Kempen ini dibuka sehingga 20 Julai 2025. Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang berharga ini!
Kepada yang berminat dengan Allianz Motorcycle Plus, korang boleh terus layari portal rasmi Allianz di PAUTAN INI.
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.