Serangan jantung adalah ancaman kesihatan serius yang dihadapi dunia dan Malaysia khususnya. Statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2023 telah mengesahkan betapa kritikalnya isu ini.
Ini kerana, statistik menunjukkan penyakit jantung iskemik menjadi penyebab utama kematian di negara ini pada 2022 dengan rekod 20,322 kematian. Data ini bersamaan dengan 55 kematian akibat serangan jantung setiap hari!

Maka, penting untuk kita tahu apakah punca di sebalik penyakit ini dan bagaimana kita boleh mencegahnya?
Punca-punca utama penyakit jantung
Untuk makluman, terdapat beberapa jenis penyakit jantung yang ada. Pertamanya adalah penyakit jantung iskemik (IHD) yang berlaku apabila salur (pembuluh) darah koronari menjadi sempit dan menyebabkan oksigen yang dibekalkan kepada sel-sel jantung berkurang.
Disebabkan salur darah tersumbat, ia akan membuatkan darah langsung tidak sampai ke sel jantung (infarksi miokardium). Perkara inilah yang disebut sebagai serangan jantung.
Keduanya adalah penyakit injap jantung yang berlaku apabila masalah injap telah mengganggu pergerakan darah. Hal ini kemudiannya boleh membuatkan injap keras dan menyebabkan darah susah atau tidak boleh melepasi injap. Injap longgar juga boleh berlaku di mana sebahagian darah yang dipam berpatah balik ke ruang jantung yang lain.

Penyakit jantung juga boleh berlaku akibat masalah rentak (aritma) di mana jantung tidak mengepam darah mengikut rentak tertentu yang biasa. Ia seterusnya boleh menyebabkan fungsi jantung terjejas.
Berbalik kepada persoalan awal tadi, apakah punca-punca utama yang menyebabkan penyakit jantung ini? Sebenarnya ada pelbagai faktor dan antaranya ialah:
- Gaya hidup tidak sihat:
- Pengambilan makanan tinggi lemak, gula dan garam boleh menjadi punca utama kolesterol tinggi dan obesiti. Ditambah pula dengan kurangnya aktiviti fizikal, maka ia meningkatkan lagi risiko sedia ada.
- Tekanan dan kurang rehat:
- Kehidupan moden sering membawa tekanan berlebihan sama ada di tempat kerja, hubungan keluarga dan sebagainya. Jika tidak diurus dengan baik, ia boleh meningkatkan risiko hipertensi dan serangan jantung.
- Merokok dan pengambilan alkohol:
- Merokok merosakkan dinding arteri dan menyebabkan pembentukan plak yang menghalang aliran darah. Alkohol secara berlebihan pula boleh meningkatkan tekanan darah.
- Sejarah keluarga:
- Faktor genetik juga memainkan peranan. Sekiranya ahli keluarga terdekat pernah mengalami penyakit jantung, risiko untuk seseorang itu memiliki penyakit sama adalah lebih tinggi.
Langkah-langkah mencegah penyakit jantung
Seperti mana kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubati”, makanya berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencegah dan mengurangi risiko penyakit jantung:
- Amalkan pemakanan sihat:
- Pilih makanan kaya serat, rendah lemak tepu dan tinggi kandungan omega-3, seperti ikan, sayur-sayuran, dan buah-buahan.
- Lakukan senaman secara konsisten:
- Luangkan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu untuk aktiviti fizikal sederhana seperti berjalan cepat, bersukan dan beriadah.
- Berhenti merokok:
- Tetapkan tekad untuk berhenti merokok. Jika sukar, dapatkan sokongan daripada keluarga dan program berhenti merokok bagi membantu mengatasi tabiat ini.
- Kawal tekanan:
- Meditasi atau hobi yang menenangkan boleh membantu mengurangkan tekanan dan kesan positif terhadap kesihatan mental. Dapatkan juga rehat secukupnya serta urus masa seimbang antara kerja, diri dan keluarga.
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Pantau tahap kolesterol, tekanan darah, dan gula dalam darah untuk mengesan risiko lebih awal.

Selain itu, korang juga boleh ambil langkah awal dengan mendapatkan perlindungan insurans bagi menghadapi keadaan yang tak dijangka. Hati juga bertambah tenang kalau korang dapat…
Perlindungan daripada lebih 150 penyakit kritikal bersama Allianz Prime Care+!
Allianz Prime Care+ adalah pelan perlindungan yang direka khas oleh Allianz Malaysia bagi membantu korang pada waktu yang tak dijangka. Ini kerana, pelan ini menyediakan perlindungan bukan saja untuk serangan jantung, tapi juga banyak lagi penyakit lain seperti diabetes, strok, kanser, parkinson, penyakit paru-paru, penyakit hati, tumor otak, alzheimer, trauma kepala dan pelbagai lagi.
Bagi serangan jantung, pelan ini menyediakan perlindungan kewangan pada peringkat awal hingga akhir. Selain itu, pelan ini turut menyediakan manfaat pemulihan diabetes meliputi empat komplikasi utama iaitu amputasi, kegagalan buah pinggang, retinopati, dan koma diabetik.

Korang juga layak menerima bayaran tambahan untuk kanser peringkat awal, pertengahan atau akhir – dengan kadar 10.5% daripada Amaun yang diinsuranskan bagi peringkat awal danĀ 35% daripada amaun yang diinsuranskan bagi peringkat pertengahan/akhir. Tertakluk pada terma dan syarat.
Tak cukup dengan itu, manfaat bayaran tambahan juga disediakan sekiranya korang didiagnosis dengan enam penyakit katastropik iaitu kanser dengan metastasis, serangan jantung yang meluas, strok teruk, transplan jantung dan paru-paru, quadriplegia keseluruhan disebabkan oleh kecederaan saraf tunjang dan kehilangan anggota-anggota badan.
Jadinya, kepada yang inginkan perlindungan penyakit kritikal, Allianz Prime Care+ adalah satu pilihan terbaik. Kepada yang berminat boleh dapatkan maklumat lanjut di Laman Web Rasmi Allianz Malaysia di PAUTAN INI atau berhubung terus dengan wakil-wakil sah Allianz Malaysia DI SINI.
Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.