Mahu bina perniagaan yang berjaya? Ini 8 tips yang setiap usahawan perlu tahu!

usahawan

Menceburi bidang perniagaan bukanlah satu tugas yang mudah dan tak ramai yang berani menjadi usahawan. Ini kerana, bidang ini memerlukan keberanian serta dedikasi yang tinggi dan terdedah dengan pelbagai cabaran dan risiko yang perlu dihadapi.  Antara risikonya adalah ketidakpastian pasaran, persaingan yang sengit dan paling ditakuti – kegagalan perniagaan yang boleh membawa kepada kerugian kewangan yang besar.

Imej dari LawSikho.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai visi dan komitmen, perniagaan juga boleh menjadi salah satu jalan untuk mencapai kejayaan dan kebebasan kewangan. Dengan persediaan yang betul dan pendekatan yang strategik, korang boleh mengatasi pelbagai cabaran dan membina perniagaan yang berjaya.

Oleh itu, berikut kami senaraikan beberapa tips yang dapat membantu korang membina perniagaan yang berjaya…

8 tips membina perniagaan yang berjaya

1. Tetapkan hala tuju dan pasaran perniagaan

Sebelum memulakan sebarang aktiviti perniagaan adalah penting untuk korang memahami pasaran yang ingin diceburi. Maka, buatlah kajian pasaran terlebih dahulu bagi mengenal pasti permintaan, pesaing dan trend semasa. Ini akan membantu korang membuat keputusan yang lebih baik dan mengelakkan kesilapan yang memakan modal.

Ambil masa untuk fikir dan tetapkan hala tuju. Imej dari Medium.

Korang juga boleh tanya pada diri sama ada korang benar-benar berminat dan serius menceburi bidang ini?  Perkara ini penting untuk menetapkan hala tuju sebelum memulakan sesebuah perniagaan.

2. Rancang strategi perniagaan

Keduanya, korang sebagai usahawan perlu menyediakan pelan perniagaan yang terperinci. Pelan ini harus merangkumi visi, misi, objektif, strategi pemasaran, analisis kewangan dan pelan tindakan. Perkara-perkara lain seperti lokasi, reka bentuk premis, waktu perniagaan, bilangan pekerja juga perlu dirancang dengan sebaiknya.

3. Mantapkan diri dengan pengetahuan pengurusan kewangan

Setuju atau tidak, kewangan adalah nadi perniagaan. Tanpa kewangan, maka hilanglah tiang utama sesuatu perniagaan itu. Oleh hal demikian, korang hendaklah tahu tentang ilmu pengurusan kewangan.

BACA  Fuhhh! Korang boleh menang iPhone 15 terkini bernilai RM4,399 dengan hanya melanggan insurans. Nak tau caranya?

Ia termasuklah seperti menyimpan rekod yang tepat, menguruskan aliran tunai, merancang bajet, kiraan cukai, kos operasi dan sebagainya. Jika keliru atau tak faham, korang boleh dapatkan nasihat daripada pakar kewangan.

Imej dari The Hartford.

4. Kualiti produk dan perkhidmatan

Mana-mana perniagaan yang baik sudah semestinya menyediakan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta memenuhi keperluan pelanggan. Reputasi perniagaan korang bergantung kepada kepuasan pelanggan, jadi pastikan korang sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti.

5. Pemasaran dan promosi yang berkesan

Gunakan strategi pemasaran yang efektif untuk menarik pelanggan dengan memanfaatkan media sosial, pemasaran digital dan teknik pemasaran tradisional bagi menarik minat pelanggan. Di zaman serba moden ini, korang perlu sentiasa mengemaskini dan mengadaptasi strategi pemasaran mengikut perubahan pasaran.

Imej dari LinkedIn.

6. Khidmat pelanggan yang baik

Dengan layanan yang baik, ia akan membina kepercayaan dan kesetiaan pelanggan. Makanya, latihlah diri dan kakitangan korang untuk memberikan layanan yang mesra, responsif, dan profesional kepada pelanggan. Korang juga perlu sentiasa peka dengan maklum balas pelanggan dan melakukan penambahbaikan jika perlu.

7. Bina rangkaian dan kerjasama

Rangkaian hubungan yang luas sebenarnya mampu membantu memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan dengan lebih meluas lagi. Jadi, bangunkan jaringan profesional dan bekerjasamalah dengan pihak lain dalam industri yang dapat membuka peluang baru. Antaranya seperti menyertai persatuan perniagaan, hadir dalam acara industri dan bina hubungan yang kukuh dengan rakan niaga serta pelanggan.

Imej dari Pinterest.

8. Dapatkan perlindungan untuk perniagaan

Seperti yang dimaklumkan di awal tadi, perniagaan sebenarnya terdedah dengan pelbagai cabaran dan risiko. Maka di situ, datangnya insurans perniagaan yang dapat melindungi korang daripada kerugian yang tak dijangka seperti kebakaran, kecurian, banjir dan sebagainya. Perlindungan itu, tak lain dan tak bukan adalah…

BACA  Anda mungkin pemenang untuk percutian bernilai RM25,000 ke Seoul, Osaka, Maldives atau Eropah!

Allianz Business Shield, perlindungan komprehensif untuk perniagaan dari risiko tak dijangka!

Bagi membolehkan korang menjalankan perniagaan dengan lebih yakin dan tenang, Allianz Malaysia telah memperkenalkan Allianz Business Shield bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meminimumkan risiko perniagaan mereka ketika krisis.

Dengan beberapa jenis perlindungan pilihan tambahan, salah satunya di bawah Inconvenience Relief Benefit (IRB) yang melindungi perniagaan korang apabila mengalami kerugian atau kerosakan bangunan melebihi daripada 15% daripada Jumlah Bangunan Yang Diinsuranskan.

Kalau korang tak dapat menggunakan premis melebihi 72 jam akibat kebakaran atau perils yang diinsuranskan, korang juga akan menerima pembayaran sehingga RM2,000 sehari sehingga 180 hari sepanjang tempoh masa pembaikan berkenaan.

Tak cukup dengan itu, pelan ini turut datang dengan Manfaat Profit Shield yang memberikan perlindungan sehingga RM2 juta untuk apa-apa kehilangan keuntungan seperti kerugian atau kerosakan lebih daripada 15% daripada Jumlah Keseluruhan Yang Diinsuranskan akibat Peril Yang Diinsuranskan.

Bagi menjaga kebajikan kakitangan pula, pelan ini turut memperkenalkan manfaat Allianz Hospital Income iaitu pendapatan hospital sehingga RM500 (maksimum 60 hari) apabila korang atau pekerja dimasukkan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit.

Selain itu, dengan tambahan premium yang kecil, korang juga dapat Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok dengan jumlah yang diinsuranskan bagi kematian sehingga RM1,000,000 dan perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Bagi korang yang nak melindungi perniagaan korang tu, bolehlah dapatkan Allianz Business Shield. Jika berminat, korang pergi saja ke Portal Rasmi Allianz Malaysia (DI SINI) untuk maklumat lanjut.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *