Lebih 4,000 kematian disebabkan kemalangan jalan raya! Ini risiko & dilema setiap penunggang motosikal

motosikal

Melihat orang menunggang motosikal di negara ini bukanlah sesuatu yang asing, sebab motosikal itu sendiri adalah kenderaan paling popular di Malaysia. Malah, 60 peratus daripada keseluruhan kenderaan yang berdaftar di negara ini adalah motosikal dan dianggarkan sekitar 13 juta motosikal berada di jalan raya setiap hari.

Akan tetapi, pada tahun 2023 – statistik kemalangan jalan raya yang membabitkan kematian adalah sebanyak 6,443 orang. Dari jumlah itu, hampir dua pertiga daripadanya adalah kemalangan motosikal iaitu dengan kadar 4,480 kematian.

“Untuk motosikal, purata kematian adalah daripada 18 kematian sehari, 12 kematian membabitkan motosikal. Bermaksud hampir setiap dua jam ada kemalangan maut membabitkan motosikal,” kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, petikan dari Berita Harian.

Imej dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Oleh itu, bolehlah dikatakan yang menunggang motosikal ini mempunyai risikonya yang tinggi…

Risiko dan dilema setiap penunggang motosikal

Jika diperhatikan, menunggang motosikal sebenarnya ada banyak manfaat jika nak dibanding dengan kenderaan lain terutamanya kereta. Pertama sekali sudah pasti tentang kos pembelian dan penyelenggaraannya yang lebih rendah berbanding kereta. Menunggang motosikal juga menjimatkan minyak kerana tidak memerlukan penggunaan minyak yang banyak seperti kereta atau kenderaan-kenderaan lain.

Itu belum lagi bercakap soal kesesakan jalan raya, mudah parkir, masa perjalanan yang lebih cepat dan mudah dikendalikan. Namun, setiap manfaat itu juga datang dengan risiko dan dilemanya tersendiri, antaranya seperti…

Kemalangan kerana cara pemanduan

Imej dari Utusan Borneo.

Di jalan-jalan bandar atau lebuhraya, boleh dikatakan para penunggang motosikal adalah ‘penumpang jalan’ kerana saiznya yang kecil. Motosikal juga selalunya dilihat mencelah di antara lorong atau kenderaan.

Oleh kerana itu, sama ada salah penunggang itu sendiri atau kenderaan lain – mereka selalunya menjadi mangsa kemalangan. Malah, ada juga segelintir pemandu kenderaan lain yang menganggap penunggang motosikal ini sebagai ‘pengganggu jalan raya’ sahaja. Makanya, adalah sangat wajar untuk setiap penunggang motosikal menunggang secara berhemah di jalan raya dan mematuhi segala peraturan yang ada.

BACA  Tiga produk RAHMAH yang korang kena tahu

Keadaan jalan raya

Keadaan jalan raya menjadi faktor utama dalam kemalangan, terutamanya di kalangan penunggang motosikal. Contohnya, jalan berlubang dan licin sering dikenal pasti sebagai punca kemalangan. Bukan itu saja, terdapat juga motosikal yang mengalami kerosakan teruk, serta kencederaan parah dan kematian disebabkan oleh jalan berlubang ini.

Sebagai contoh, pada April 2024 lalu – seorang penunggang motosikal berjaya mendapat ganti rugi RM721,000 daripada syarikat penyelenggaraan jalan, selepas dia mengalami kecederaan akibat melalui jalan berlubang tiga tahun lalu. Pada Mei 2024 pula, seorang guru wanita maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas selepas melalui jalan rosak di Jasin, Melaka.

motosikal
Seorang penunggang motosikal nyaris dilanggar kereta kerana motosikalnya hilang kawalan selepas terlanggar jalan berlubang. Imej dari UtusanTV

Kerana itu, ia kadang-kala menimbulkan dilema di kalangan penunggang motosikal yang terpaksa berdepan dengan keadaan jalan rosak.

Cuaca buruk

Antara kelemahan utama menunggang motosikal adalah cuaca buruk yang boleh membantutkan perjalanan. Contohnya, hujan lebat dapat meningkatkan risiko motosikal tergelincir akibat jalan licin.

Itu belum bercakap soal perkara lebih serius lain seperti banjir, tanah runtuh, pokok tumbang dan sebagainya. Boleh dikatakan risiko-risiko ini patut membuatkan setiap penunggang berjaga-jaga.

Imej dari Astro Awani.

Terdedah dengan kecurian

Sepanjang tahun 2022, motosikal mencatatkan kes kecurian tertinggi iaitu sebanyak 736 kes, diikuti kenderaan penumpang 204 kes dan kenderaan komersial 40 kes. Bagi kes kecurian motosikal – antara model yang menjadi pilihan pencuri adalah Yamaha 135LC, Yamaha Y15ZR, Honda Wave, Yamaha 125 dan Honda C100.

motosikal
Imej dari Harian Metro.

Jadinya, kepada para penunggang motosikal di luar sana tu – pastikan segala langkah keselamatan dah diambil ketika meletakkan motosikal masing-masing, seperti meletakkan motosikal di tempat yang dikhaskan, jangan tinggalkan motosikal dalam keadaan enjin masih hidup, kunci motosikal, gunakan kunci keselamatan tambahan dan penggera jika perlu.

BACA  Apa itu pembayaran bersama Insurans Perubatan & Kesihatan? Ini penjelasan yang kita kena tahu

Oleh itu, muncul juga persoalan apakah usaha lain yang boleh dibuat bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penunggang motosikal terjamin jika berlaku sebarang perkara tak dijangka? Jawapannya ada dan ia adalah…

Lindungi diri, pembonceng dan motosikal korang dengan Allianz Motorcycle Plus!

Untuk setiap penunggang motosikal, korang kena tahu yang Allianz Malaysia sekarang ni ada memperkenalkan perlindungan mampu milik di bawah payung Inisiatif Insurans Rahmah.

Di bawah pelan komprehensif Allianz Motorcycle Plus – korang mendapat pelbagai jenis perlindungan antaranya seperti kehilangan atau kerosakan terhadap motosikal akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian. Perlindungan juga diberikan untuk kematian, kecederaan anggota badan, kehilangan atau kerosakan harta terhadap pihak ketiga.

Pelan ini turut hadir dengan pelbagai faedah lain tanpa sebarang kos tambahan iaitu perlindungan kemalangan jalan raya setiap seorang untuk korang dan pembonceng sama ada kematian atau hilang upaya kekal sebanyak RM10,000.

Jika korang atau pembonceng korang terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, setiap seorang layak menerima pendapatan hospital sehingga RM6,000 dengan kadar RM100 sehari sehingga 60 hari. Ia sekaligus mengurangkan beban dan membantu korang yang mungkin terjejas pendapatan akibat tidak dapat bekerja.

Seperti mana yang dibincangkan di atas tadi, keadaan cuaca yang membawa bencana turut menjadi risiko kepada setiap penunggang motosikal. Prihatin dengan hal ini, Allianz Motorcycle Plus menyediakan perlindungan keseluruhan jumlah yang diinsuranskan bagi bencana alam* seperti banjir, taufan, tanah runtuh dan banyak lagi!

Bagi kejadian banjir, korang juga layak menikmati Faedah Bantuan Banjir sebanyak RM1,000 secara percuma kalau motosikal korang rosak akibat bencana berkenaan. Bila bawa motosikal dan tiba-tiba motosikal korang ‘meragam’ pula, korang jangan risau sebab pelan ini menyediakan bantuan tepi jalan* sehingga jarak 50km (dua hala).

BACA  Mahu bina perniagaan yang berjaya? Ini 8 tips yang setiap usahawan perlu tahu!

*Perlindungan tanpa kos tambahan untuk pemegang polisi Komprehensif

Tertakluk pada terma dan syarat

Oleh demikian, kepada korang yang berminat dengan pelan ni – korang boleh terus berhubung dengan ejen-ejen Allianz Malaysia yang sah (semak DI SINI) sekarang atau pergi saja ke Portal Rasminya di PAUTAN INI.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *