Ramai masih keliru? Ini perbezaan Insurans Komprehensif & Pihak Ketiga yang kita wajib tahu

Pada masa kini, memiliki kenderaan sudah menjadi keperluan umum di kalangan masyarakat. Ini kerana, boleh dikatakan aktiviti harian kita memerlukan kenderaan untuk menuju dari satu destinasi ke satu destinasi sama ada ke tempat kerja hinggalah untuk membeli barangan keperluan harian.

Namun begitu, kalau berlaku kemalangan atau kenderaan hilang, kos pembaikan atau penggantian boleh menjadi beban yang sangat besar. Maka di sinilah datangnya satu lagi aspek penting yang dikenali sebagai insurans kenderaan. Dengan adanya insurans kenderaan, ia sedikit sebanyak memberikan ketenangan jiwa kepada kita semua dalam menghadapi sebarang risiko yang tak dijangka.

Imej dari Compare Hero.

Tapi, tak dapat dinafikan masih ramai lagi di luar sana itu yang kurang faham atau keliru dengan jenis-jenis insurans kenderaan. Khususnya berkenaan dengan Insurans Komprehensif dan Insurans Pihak Ketiga.

Oleh itu, kali ini kami akan menerangkan dengan lebih jelas tentang berbezaan dua jenis insurans ini…

Insurans Komprehensif melindungi kenderaan secara menyeluruh

Insurans Komprehensif atau selalu juga dipanggil sebagai First Party Insurance (Insurans Pihak Pertama) adalah insurans yang menyediakan perlindungan menyeluruh kepada pemilik kenderaan. Ia juga meliputi pelbagai risiko seperti kemalangan, kecurian, kebakaran dan kerosakan.

Maknanya di sini, korang sebagai pemilik kenderaan mendapat perlindungan terhadap kerugian yang dialami. Contohnya seperti:

“Ahmad memandu dan terlanggar kenderaan lain sehingga membuatkan keretanya dan orang yang dilanggar rosak. Dalam keadaan sebegini, pihak yang dilanggar tadi boleh buat tuntutan di bawah polisi insurans Ahmad dan Ahmad juga boleh baiki kerosakan keretanya di bawah polisi sama.”

Imej dari Astro Awani.

Dalam situasi lain, kalau korang terlanggar haiwan masa memandu. Korang boleh membuat tuntutan insurans di bawah tuntutan Own Damage, tapi akan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD).”

BACA  5 destinasi pelancongan berpatutan yang korang boleh pergi hujung tahun ini!

Kalau kenderaan korang dicuri atau terlibat dalam kebakaran pula, korang juga layak menerima pampasan melalui Insurans Komprehensif.

Insurans Pihak Ketiga hanya memberikan perlindungan asas

Untuk Insurans Pihak Ketiga pula, ia secara umumnya hanya memberikan perlindungan asas dan terhad. Ini kerana, sesuai dengan namanya – polisi ini hanya memberikan perlindungan terhadap tuntutan pihak ketiga seperti pampasan atas kerosakan harta benda atau cedera fizikal mereka yang dilanggar oleh korang.

Senang kata, Insurans Pihak Ketiga tak memberikan sebarang perlindungan terhadap kerosakan kenderaan sendiri dan korang yang kena menanggung kos pembaikan atau penggantian kenderaan kalau berlaku sebarang kemalangan.

Dah langar, jangan lari. Imej dari Giphy.

Berikut adalah contoh keadaan kepada korang yang mengambil Insurans Pihak Ketiga:

“Ahmad memandu dan terlanggar sebuah kenderaan lain. Pihak yang Ahmad langgar boleh membuat tuntutan insurans di bawah polisi insurans Ahmad. Tapi, Ahmad tak boleh buat sebarang tuntutan insurans untuk baiki keretanya yang rosak.”

Hal yang sama juga kalau kenderaan korang terbakar, korang tak boleh membuat sebarang tuntutan di bawah Insurans Pihak Ketiga.

Di Malaysia ni korang sebenarnya boleh pilih sama ada nak Insurans Komprehensif atau Insurans Pihak Ketiga bergantung kepada keperluan dan kemampuan masing-masing.

Seeloknya dapatkan perlindungan yang menawarkan pelbagai manfaat untuk pelanggannya seperti…

Polisi Motor Komprehensif Allianz datang dengan Pakej Rahmah

Bagi meringankan beban masyarakat dan menyediakan perlindungan berpatutan, Allianz dengan kerjasama Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Motor Komprehensif (Kereta Persendirian) Allianz (Allianz Motor Comprehensive (Private Car)) di bawah payung Inisiatif Insurans Rahmah dengan faedah tambahan.

Melalui polisi ini, ia memberikan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian. Ia juga memberikan perlindungan terhadap kematian atau kecederaan badan pihak ketiga; kehilangan dan kerosakan harta terhadap pihak ketiga.

BACA  Anda mungkin pemenang untuk percutian bernilai RM25,000 ke Seoul, Osaka, Maldives atau Eropah!

Apa yang lagi menarik, korang turut layak menerima sokongan 24/7 untuk bantuan tepi jalan dengan Allianz Road Rangers merangkumi Trak Tunda Allianz, bantuan tuntutan di balai polis dan banyak lagi.

Disebabkan pelan ini di bawah Inisiatif Insurans Rahmah, korang layak mendapat faedah-faedah percuma lain seperti faedah kematian dan hilang upaya kekal sehingga RM5,000 dan pendapatan hospital sehingga RM3,000 sekiranya dimasukkan ke wad akibat kemalangan.

Tak cukup dengan itu, Perlindungan Ehsan Akibat Banjir juga disediakan dengan bayaran sekali sahaja sehingga RM3,000 sekiranya kenderaan korang rosak disebabkan banjir.

Untuk korang yang berminat dengan pelbagai manfaat di bawah polisi ini, korang boleh terus berhubung dengan ejen Allianz yang sah atau kunjungi mana-mana cawangan Allianz berdekat. Kalau tak tahu siapa dan di mana, korang boleh semak mengikut kawasan di PAUTAN INI atau dapatkan secara atas talian di https://getquote.allianz.com.my/motor-online/get-info

Kalau nak tahu lebih teliti lagi, korang boleh ke Laman Web Rasmi Allianz – DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *