ETF vs Unit Amanah: Apa beza antara keduanya & mana yang lagi untung?

unit amanah

Boleh dikatakan, antara tips pengurusan kewangan yang paling popular dan paling kerap disebut-sebutkan adalah instrumen pelaburan. Hakikatnya, pelaburan juga mempunyai pelbagai cabang dan pilihan yang boleh disesuaikan mengikut tahap kewangan seseorang.

Lazimnya, seseorang pelabur sering mencari pelbagai cara untuk membina dan menyusun portofolio pelaburan jangka panjang mereka. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, tabung unit amanah (mutual funds) dan dana dagangan bursa (ETF) telah menjadi pilihan popular di kalangan pelabur. Kedua-dua alat pelaburan ini menawarkan pelbagai kelebihan dan keunikan yang memenuhi keperluan pelabur yang berbeza.

Jom kita kenali dahulu apa itu ETF dan tabung unit amanah!

Dana Dagangan Bursa (ETF) perlu CDS, biasanya ada dividen

Dalam bahasa teknikalnya, Dana Dagangan Bursa atau ETF (exchange-traded fund) merupakan dana atau amanah jejakan terbuka yang disenaraikan atau didagangkan pada waktu sebenar dalam bursa saham. Oleh disebabkan ETF dijual dan dijual dalam pasaran sebagaimana saham yang kita kenali, maka ia diberi harga dan didagangkan sepanjang hari.

Manakala dalam bahasa ringkasnya, ia adalah pelaburan serba boleh yang menawarkan pendedahan pasaran yang luas pada kos yang rendah. Ia terdiri daripada koleksi sekuriti seperti bon, komoditi, saham, mata wang, produk derivatif dan lain-lain.

Happy Leonardo Dicaprio GIF - Find & Share on GIPHY

Seperti dagangan saham, anda perlu memiliki akaun Sistem Pendepositan Pusat (CDS) dan akaun dagangan yang diuruskan dengan seorang broker. ETF boleh dibeli atau dijual melalui broker, remisier atau menerusi dagangan dalam talian.

Kebanyakan ETF membayar dividen kepada pemegang dana mereka sama ada setiap setengah tahun atau setiap tahun. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada polisi agihan dalam prospektus atau dokumen penawaran ETF.

Via Admiral Markets

Tabung Unit Amanah sesuai untuk pelabur baru, wang dikumpul bersama

Tabung Unit Amanah adalah salah satu pilihan pelaburan yang paling popular dan mudah diakses, terutamanya untuk pelabur yang baru memulakan langkah mereka. Ia mengumpulkan dana anda bersama-sama pelabur lain untuk melabur dalam pelbagai jenis aset, membolehkan anda memiliki pelbagai portfolio walaupun dengan jumlah pelaburan yang kecil.

BACA  Jenis & cara memilih bisnes MLM yang baik

Dengan Tabung Unit Amanah, pelaburan jangka sederhana hingga panjang (iaitu 3 hingga 20 tahun) boleh memberikan pulangan yang lebih baik berbanding simpanan tunai dan deposit tetap dalam jangka masa panjang.

Via Foursquare

Memandangkan unit amanah biasanya diuruskan oleh syarikat atau anggota profesional yang mampu menguruskan dana tersebut, maka prestasi dana amanah saham bergantung kepada kepakaran pengurus dana dan struktur sokongan yang disediakan oleh syarikat pengurusan dana.

Salah satu kelebihan melabur dalam unit amanah adalah pelabur tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakannya, dan risiko pelaburan pula berada dalam kategori rendah dan sederhana, bergantung kepada produk unit amanah yang dipilih.

Antara unit amanah berisiko rendah dan paling mudah disertai adalah unit amanah harga tetap seperti ASB, ASB3, ASW 2020, dan ASD yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Pelabur juga boleh mengurangkan risiko yang perlu ditanggung kerana risiko tersebut telah dikongsi secara kolektif dan diuruskan oleh pengurus dana yang mempunyai pengalaman meluas dalam bidang pelaburan.

Tiga perbezaan antara dua pilihan pelaburan

Secara amnya, wujud perbezaan antara dua pilihan pelaburan ini. Kita boleh lihat dalam tiga aspek:

1. Saiz pelaburan: ETF tidak memerlukan jumlah pelaburan permulaan minimum dan boleh dibeli pada harga pasaran satu unit saham ETF. Misalnya, anda boleh membeli satu unit saham dengan harga pasaran. Unit amanah pula memerlukan sejumlah pelaburan minimum, biasanya bermula dari RM10-100.

2. Waktu perdagangan: ETF boleh didagangkan pada harga pasaran semasa, manakala unit amanah hanya boleh dilaksanakan selepas pasaran ditutup.

3. Mekanik Pelaburan: ETF membolehkan seseorang pelabur membeli atau menjual sesebuah unit semasa pasaran dibuka. Berbeza pula dengan unit amanah, pelabur hanya boleh menambah atau mengeluarkan modal, ataupun melabur mahupun menarik dana selepas pasaran tutup.

BACA  Duit tiba-tiba ditolak dari akaun bank? Ini cara mendapatkan balik duit yang hilang

Perlu faham konsep dan pilih ikut kewangan sendiri

Secara keseluruhan, melabur dalam tabung unit amanah dan dana dagangan bursa (ETF) adalah dua pilihan yang popular dan memberi pelbagai kelebihan kepada pelabur. Tabung unit amanah menawarkan kemudahan akses, pengurusan profesional, dan pelbagai pilihan produk dengan risiko yang boleh diurus, sementara dana dagangan bursa memberikan peluang untuk perdagangan intraday dan akses kepada pelbagai pasaran.

Via Forextraders

Walau bagaimanapun, sebelum membuat keputusan pelaburan, adalah penting bagi setiap pelabur untuk memahami perbezaan dan keunikan setiap jenis pelaburan serta mengambil kira matlamat pelaburan dan tahap risiko masing-masing. Dengan pemahaman yang lebih mendalam, pelabur dapat membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak dan sesuai dengan objektif kewangan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *