Ada ke Insurans Hayat yang mampu milik?!

Insurans Hayat

Ramai di kalangan masyarakat yang masih ada persepsi bahawa insurans itu mahal dan hanya satu pembaziran. Perkara ini juga diperkuatkan lagi dengan kenyataan Kementerian Kewangan bahawa hanya sekitar 40 peratus saja rakyat negara ini yang dilindungi insurans.

Perkara ni membimbangkan sebab perlindungan seperti insurans hayat sebenarnya penting untuk masa depan keluarga dan waris kita.  Tapi sebelum itu, lebih baik untuk kita faham apa itu insurans hayat sebenarnya.

Kalau korang nak tahu, insurans hayat atau dikenali juga sebagai insurans nyawa adalah produk insurans yang menyediakan perlindungan kewangan kepada pemegang polisi dan keluarga mereka jika berlaku kematian atau cacat kekal pemegang polisi.

Imej dari Yahoo Finance.

Dalam perkara ini, pemegang polisi membayar premium kepada syarikat insurans dan sebagai pertukaran, syarikat insurans berjanji untuk membayar jumlah tertentu (manfaat kematian) kepada orang yang ditetapkan (penerima manfaat) jika pemegang polisi meninggal dunia atau mengalami kecacatan yang menyebabkan ketidakupayaan untuk bekerja.

Dari situ, kita boleh tahu yang insurans hayat merupakan instrumen penting dalam perancangan kewangan dan mempunyai banyak kelebihan dan kepentingannya. Oleh itu, jom kita bincang sedikit sebanyak berkenaan kepentingan insurans hayat.

Ahli keluarga kurang terbeban dengan adanya insurans hayat

Dari apa yang dikongsikan di atas, maka bolehlah kita simpulkan bahawa insurans hayat dapat menyediakan perlindungan kewangan kepada ahli keluarga jika kita meninggal dunia.

Seperti mana yang semua sedia maklum, pengurusan jenazah melibatkan pelbagai kos seperti mandi, peralatan kafan, van jenazah, upah gali kubur, batu nisan dan sebagainya. Dengan adanya pampasan daripada insurans hayat, ia boleh digunakan bagi tujuan pengurusan tersebut.

Antara kos pengurusan jenazah di Malaysia.

Selain itu, pampasan yang diberikan juga boleh digunakan bagi menyelesaikan hutang seperti pinjaman kereta, rumah, peribadi dan lain-lain. Maka, secara tak langsung – kita tak akan membebankan waris untuk menanggung hutang-hutang itu.

BACA  5 kesilapan mudah ini membuat anda menjadi mangsa 'scam'

Jika ada anak bersekolah atau di pengajian tinggi pula, pampasan daripada insurans hayat ni juga boleh digunakan untuk membiayai pendidikan mereka. Oleh itu, pendidikan anak-anak tidak terjejas dan sedikit sebanyak menjamin masa depan mereka.

Tapi, mungkin masih ada di luar sana yang tertanya-tanya ada atau tak insurans hayat mampu milik terutamanya untuk mereka yang berpendapatan rendah? Korang jangan risau, sebab sekarang ni dah ada insurans hayat rahmah yang dikenali sebagai…

Allianz Kasih4All: Insurans hayat Rahmah dengan premium serendah RM35 setahun!

Kalau korang nak tahu, Allianz Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Allianz Kasih4All iaitu sebuah pelan insurans hayat di bawah Inisiatif Insurans Rahmah. Melalui pelan ini, korang hanya perlu membayar premium serendah RM35 bagi mendapatkan perlindungan terbaik.

Antara perlindungan disediakan adalah manfaat kematian akibat kemalangan sehingga RM30,000 dan bukan kemalangan sehingga RM20,000! Tempoh perlindungan pula diberikan sehingga korang mencapai umur 71 tahun pada hari lahir terdekat. Tertakluk pada terma dan syarat.

Jadinya di sini, waris korang layak menerima manfaat dengan hanya sumbangan premium yang berpatutan. Maka, pelan ini boleh dikatakan sangat membantu untuk golongan berpendapatan rendah (B40).

Tambahan pula, korang yang nak beli perlindungan ini juga tak perlu jawab soalan kesihatan peribadi dan tak ada pemeriksaan kesihatan diperlukan.

Oleh itu, Allianz Kasih4All ni memang cukup-cukup berbaloi untuk korang yang masih tercari-cari insurans hayat dengan harga berpatutan. Kepada yang berminat, korang terus pergi saja ke laman web rasmi Allianz Malaysia (DI SINI) untuk maklumat lanjut.

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *