Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024 & Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1445 H / 2024 M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja setelah membuat cerapan hilal.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.
Berikut dikongsikan tarikh cerapan hilal dan pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 serta isu yang tular berkenaan tarikh pengumuman hari raya 2024.
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal & Pengumuman Hari Raya Aidil Fitri 2024
Cerapan Hilal / tarikh lihat anak bulan Syawal bagi tahun ini (1445H) adalah dijangka pada petang hari Selasa, 29 Ramadan 1445H bersamaan 9 April 2024.
Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dan pengisytiharaannya akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui saluran radio dan televisyen pada malam tersebut.
Tarikh Jangkaan Hari Raya Aidilfitri 2024
Berikut dikongsikan tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024 melalui kalendar Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2024 / 1445-1446H Di Malaysia yang diterbitkan oleh pihak JAKIM.
[LIVE] Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024
Pengumuman tarikh 1 Syawal boleh ditonton melalui siaran berita utama TV1, TV3, BERNAMA, Astro Awani dan saluran-saluran media live streaming pada jam 8.00 malam, pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
- RTM TV1 live : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1
- Astro Awani Live Streaming : https://www.astroawani.com/video-terkini
KAEDAH PENENTUAN AWAL RAMADAN DAN HARI RAYA DI MALAYSIA
Penentuan awal Ramadan dan hari raya di Malaysia serta sebahagian negara di rantau Asia Tenggara dan beberapa negara Islam
yang lain adalah menggunakan keadah pencerapan dan pengiraan atau lebih dikenali sebagai rukyah dan hisab.
Antara kandungan resolusi daripada Persidangan Hilal Negara-Negara Islam di Istanbul pada tahun 1978
menyebut ‘hukum asal adalah dengan melihat anak bulan,
sama ada dengan mata fizikal atau menggunakan instrument moden; menggunakan pengiraan astronomi
bagi menentukan awal bulan dengan syarat hilal berada di atas ufuk dan boleh kelihatan selepas waktu matahari terbenam’.
Bagi menentukan kemungkinan penampakan hilal (Imkanur Rukyah) beberapa kreteria telah ditetapkan.
Melalui kaedah penyelarasan rukyah dan hisab ini, tarikh mencerap hilal ditetapkan pada hari ke-29 bulan Hijrah.
Pengumuman mengenai tarikh mencerap hilal akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja bersama senarai tempat melihat hilal yang rasmi.
Pada tarikh tersebut perwakilan rasmi yang akan diketuai oleh SS Mufti Negeri bersama jawatankuasanya akan
melakukan cerapan hilal di lokasi yang telah ditetapkan.
Baca Juga:
- Syawal Bakal Menjelma! Ini Cara Terbaik Lindungi Diri Dan Keluarga Sepanjang Percutian Hari Raya
- Pengumuman Dividen Tabung Haji 2023 / 2024 & Cara Semakan
Sama ada hilal kelihatan dengan jelas atau tidak kelihatan, hilal akan dianggap kelihatan dari segi hisab jika ia memenuhi kreteria Imkanur Rukyah.
Pengumuman mengenai tarikh berpuasa dan berhari raya akan diumumkan melalui media massa oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja sebaik sahaja menerima laporan dari seluruh Negara.
Sebahagian negara lain, pihak berkuasa mereka menetapkan kaedah rukyah semata-mata pada penentuan awal Ramadan dan hari raya. Bermaksud, jika pada hari cerapan hilal tidak dapat dilihat, maka pada keesokan harinya menjadi hari ke 30hb.
Maka tidak hairanlah, ada perbezaan permulaan Ramadan dan hari raya antara negara-negara oleh sebab berbeza kaedah penetapan.
Sebagai rakyat yang menetap disesebuah negara, wajib ikut dan patuh pada penetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara(Ulul Amri).
SUMBER : JAKIM