Ini 5 perkara penting untuk menunggang motosikal balik beraya di kampung

motosikal

Bila tibanya musim perayaan, antara perkara wajib bagi rakyat Malaysia adalah pulang ke kampung halaman. Di sanalah nanti sanak saudara akan berkumpul sambil bergotong royong memasak rendang, ketupat dan sebagainya.

Keceriaan di Aidilfitri. Imej dari Utusan Malaysia.

Ketika itulah juga kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan yang mungkin hanya setahun sekali berjumpa. Tapi, dalam kegembiraan menyambut hari mulia itu, kita juga selalu mendengar pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan pulang ke kampung – sama ada kemalangan, mahupun kenderaan rosak.

Lebih mencabar lagi untuk mereka yang pulang ke kampung dengan menunggang motosikal. Jika nak dibandingkan dengan pemandu kereta, penunggang motosikal lebih berisiko tinggi untuk terdedah dengan kemalangan di atas jalan raya. Malah, penunggang motosikal mencatat angka korban tertinggi akibat nahas jalan raya dalam tempoh tiga tahun dari 2021 hingga Ogos 2023.

Oleh itu, adalah penting untuk penunggang motosikal memastikan keselamatan mereka semasa di jalan raya, apatah lagi bila pulang ke kampung di musim perayaan ini. Berikut adalah senarai perkara yang setiap penunggang motosikal tak boleh lupa sebelum pulang berhari raya!

Jangan abaikan keadaan motosikal dan peka dengan keadaan sekeliling

Kalau korang seorang penunggang motosikal, korang kena pastikan semua perkara ni dibuat bagi menjamin keselamatan korang. Antaranya adalah…

Rancang perjalanan 

Pada tahun lepas saja, dianggarkan sejuta warga kota keluar dari bandar raya dan pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dengan peningkatan kenderaan di jalan raya, ia sudah pasti akan meningkatkan risiko kesesakan dan kemalangan.

Kesesakan jalan raya setiap musim perayaan. Imej dati Utusan Malaysia.

Oleh itu, bagi mengelakkan atau mengurangkan risiko ini – adalah lebih baik untuk korang rancang perjalan sama ada pulang ke kampung lebih awal atau mengikut jadual cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan syarikat lebuhraya.

BACA  Syawal bakal menjelma! Ini cara terbaik lindungi diri dan keluarga sepanjang percutian Hari Raya

Pastikan motosikal telah diservis

Sama seperti kenderaan lain, motosikal juga perlu diselenggara bagi memastikan yang ia tak ‘meragam’ atas jalan raya nanti. Antara yang korang kena pastikan adalah tukar minyak hitam; servis CVT sistem; angin tayar mencukupi; lampu berfungsi; rantai dalam keadaan baik; brek mencengkam dan sebagainya. Bila semua ni okay, barulah korang boleh mulakan perjalanan.

Imej dari Ebid Motor.

Kelengkapan dan peralatan tambahan

Kalau menunggang motosikal, perjalanan korang boleh terganggu bila cuaca terlalu panas atau hujan lebat. Jadinya, adalah lebih baik untuk korang sediakan baju hujan dan sarung tangan. Korang juga perlu ada peralatan tambahan seperti pemutar skru, spanar, tiub ganti dan sebagainya.

Peka dengan keadaan sekeliling

Perjalanan yang jauh selalunya boleh membuatkan kita leka atau mengantuk. Tapi, sebagai penunggang motosikal – korang kena peka dengan keadaan sekeliling seperti menjaga jarak dengan kenderaan lain, pastikan keadaan jalan selamat (elak jalan rosak), tak memotong secara melulu dan sebagainya.

Jika mengantuk, jangan paksa diri – pergilah berehat di Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) dan lelapkan mata seketika.

Pastikan motosikal korang dilindungi secukupnya

Inilah perkara paling penting untuk korang yang menunggang motosikal. Sebabnya, selain memang diwajibkan di sisi undang-undang, perlindungan yang secukupnya amat penting jika korang terlibat dengan kemalangan, kerosakan ataupun kecurian.

Allianz Motorcycle Plus melindungi diri, pembonceng dan motosikal korang!

Bagi memastikan korang bersedia dalam menghadapi sebarang situasi yang tak dijangka, Allianz Motorcycle Plus datang dengan pelbagai manfaat untuk melindungi korang, motosikal dan pembonceng tanpa sebarang kos tambahan. Pelan ini juga telah ditambah baik di bawah payung Inisiatif Insurans Rahmah.

Di bawah pelan ini, korang layak menerima pelbagai jenis manfaat seperti perlindungan kehilangan atau kerosakan motosikal akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian. Selain itu, perlindungan juga diberikan untuk kematian atau kecederaan anggota badan pihak ketiga dan kehilangan atau kerosakan harta terhadap pihak ketiga.

BACA  Jangka hayat lelaki lebih pendek daripada wanita? Nak tahu kenapa?

Bagi pelan komprehensif, korang turut layak menerima pelbagai manfaat tambahan seperti RM10,000 perlindungan kemalangan jalan raya setiap seorang untuk korang dan pembonceng (kematian/hilang upaya kekal).

Jika korang atau pembonceng korang perlu dimasukkan ke hospital akibat kemalangan – pelan ini akan memberikan Pendapatan Hospital sehingga RM6,000 setiap seorang (RM100 sehari sehingga 60 hari). Kalau berlaku kemalangan atau kerosakan di jalan raya yang memerlukan bantuan tepi jalan atau tunda, korang tak perlu risau sebab Allianz Road Rangers akan datang untuk membantu korang.

Tak cukup dengan itu, Allianz Motorcycle Plus turut menyediakan Faedah Bantuan Banjir RM1,000 kalau motosikal korang rosak akibat banjir.

Lebih bertuah lagi, sekarang ni Allianz ada jalankan kempen yang membuka peluang untuk korang pergi ke Paris, Perancis dan tengok Sukan Olimpik di sana.

Peluang menyaksikan Sukan Olimpik di Paris jika melanggan Allianz Motorcycle Plus

Siapa sangka dengan hanya melanggan insurans, dapat tengok Sukan Olimpik di Paris kan? Tapi itulah apa yang Allianz nak bagi di bawah Kempen Allianz Road To Paris. Kempen yang dijalankan bermula 6 Mac sehingga 31 Mei 2024 ini membuka peluang untuk korang menyaksikan acara sukan dunia itu depan mata.

Caranya adalah dengan melanggan produk-produk di bawah Allianz Life dan Allianz General, termasuklah Allianz Motorcycle Plus. Dengan syarat, korang melanggan pelan ini dalam tempoh kempen.

Lepas melanggan, korang terus saja buat pendaftaran melalui pautan yang disediakan Allianz (DI SINI) dan korang secara rasminya menyertai kempen ini. Jika bernasib baik, dapatlah korang ke Paris dan menyaksikan Sukan Olimpik 2024.

Selain itu, 300 hadiah sagu hati juga disediakan seperti Maskot Paris 2024 Plush; Beg Kalis Air Eksklusif Allianz dan Beg Sandang Eksklusif Allianz

BACA  Risau motosikal rosak ketika BANJIR? Ini penyelesaian terbaik

Kalau korang berminat atau nak tahu lebih lanjut lagi tentang pelan perlindungan dan kempen ini, boleh terus ke pautan yang disediakan (Allianz Motorcycle Plus) dan (Allianz Road To Paris).

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

One thought on “Ini 5 perkara penting untuk menunggang motosikal balik beraya di kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *