Wang Tidak Dituntut : Semakan & Tuntutan Secara Online 2024

Wang Tidak Dituntut : Semakan & Tuntutan Secara Online 2024

Tahulah Anda? jumlah Wang Tidak Dituntut (WTD) yang direkodkan pada keseluruhan tahun 2023 berjumlah RM11.7 bilion dan dijangkakan akan meningkat lagi pada tahun ini.

Jika dahulu anda kena beratur di kaunter untuk membuat semakan, kini anda boleh menyemak secara online sahaja.

Berikut kami kongsikan cara untuk membuat tuntutan secara online.

Wang Tidak Dituntut : Semakan & Tuntutan Secara Online 2024
Sumber : Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan

Cara Membuat Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online

Berikut adalah cara untuk membuat semakan WTD secara online:

  • Langkah 1 : Layari portal eGumis di https://egumis.anm.gov.my/
  • Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
  • Langkah 3 : Log masuk portal mengunakan kata laluan yang didaftar.
  • Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna
  • Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TIDAK DITUNTUT” untuk membuat semakan melalui nombor kad pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat.
  • Langkah 6 : Cetak maklumat Wang Tidak Dituntut (jika ada) dan klik “Cetak” jika perlu.

Baca Juga: Ramai Terlepas Pandang: Ini Maksud Prinsip Tawarruq Dalam Perbankan Islam

Cara Membuat Tuntutan WTD

WTD boleh dituntut melalui 3 cara iaitu:

Secara Online

  • Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  • Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
  • Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
  • Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.
  • Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
  • Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan
  • Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.
BACA  Ramai terlepas pandang: Ini maksud prinsip tawarruq dalam perbankan Islam

*Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen telah lengkap DISAHKAN.

Wang Tidak Dituntut : Semakan & Tuntutan Secara Online 2024
Sumber : Portal eGumis

Melalui Kaunter

Hantar permohonan dengan lengkap berserta maklumat WTD yang telah dicetak secara terus ke kaunter Pendaftar Wang Tidak Dituntut atau di mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Melalui POS

Hantar permohonan dengan lengkap berserta maklumat WTD yang telah dicetak ke alamat:

Pejabat Pendaftar Wang Tidak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai semakan dan tuntutan WTD, anda boleh:

  • Menghantar emel ke Pentadbir sistem eGumis di [email protected]
  • Atau menghubungi Call Centre di talian +603 2056 8052 / 53 / 54 / 55
  • Atau menghubungi pejabat di talian 03 – 2056 8000

3 thoughts on “Wang Tidak Dituntut : Semakan & Tuntutan Secara Online 2024

  1. Alhamdulillah…jika ada rezeki untuk saya boleh hubungi saya.semoga ada rezeki yang banyak untuk saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *