Nak melabur, tapi kurang risiko? Ini 5 instrumen pelaburan konservatif yang kita patut tahu

pelaburan konservatif

Antara mitos paling besar dalam dunia pelaburan adalah haruslah mempunyai modal yang besar dan mempertaruhkan wang modal itu dalam sebuah pasaran saham yang berisiko tinggi serta sentiasa berubah-ubah. Gambaran filem bertemakan pelaburan dan kewangan seperti Wolf of Wall Street menayangkan babak-babak drama yang cuma memaparkan sebahagian kecil dari dunia pelaburan.

Via British Film Institute

Tentulah, dalam era pelbagai pilihan pelaburan yang ada pada hari ini, membuat keputusan pelaburan menjadi cabaran tersendiri. Sesebuah keputusan pelaburan tetap tidak lari dari hakikat beberapa perkara yang menjadi kayu ukur keuntungan sesebuah pelaburan.

Faktor paling penting dalam membuat keputusan ialah tahap risiko. Sebenarnya, terdapat pelbagai strategi yang memenuhi tahap risiko bagi setiap jenis pelabur. Pelaburan konservatif adalah salah satu strategi tersebut.

Via Unsplash

Strategi pelaburan yang ‘stabil’ masih jadi pilihan ramai

Membidas tanggapan ramai tentang pelaburan, kita sebenarnya boleh memilih untuk menjadi seorang pelabur dengan strategi pelabuhan yang masih mampu membawa pulangan tanpa perlu menghadapi risiko yang terlalu tinggi.

Pelaburan konservatif adalah strategi pelaburan yang menitikberatkan pemeliharaan modal berbanding pertumbuhan modal atau pulangan pasaran. Fokus pelaburan konservatif adalah pada kestabilan dan perlindungan daripada turun naik pasaran.

Harus difahami, pelaburan konservatif adalah tentang memilih sesuatu pelaburan yang dapat mengekalkan nilai modal kita tanpa menghadapi terlalu banyak risiko. Kedua, pelaburan konservatif bukanlah hanya tentang membeli apa saja yang terlihat selamat, tetapi juga tentang melalui proses penilaian yang betul dan sesuai dengan kemampuan kita.

Via Unsplash

Seseorang pelabur yang lebih memilih pelaburan risiko rendah akan memilih pelaburan konservatif. Hasilnya, pulangan daripada pelaburan konservatif cenderung lebih rendah berbanding pelaburan yang lebih agresif. Biasanya, pelabur yang hampir bersara atau pelabur yang mempunyai pinjaman atau hutang yang belum dilunaskan cenderung untuk bersikap konservatif.

BACA  Duit tiba-tiba ditolak dari akaun bank? Ini cara mendapatkan balik duit yang hilang

Manakala seorang pelabur yang agresif juga boleh memilih strategi pelaburan konservatif sekiranya mereka menjangkakan bahawa pasaran akan mengalami perubahan negatif. Pelaburan konservatif juga boleh diambil semasa ketidakstabilan ekonomi atau kegawatan pasaran demi menstabilkan pelaburan.

Dua langkah dalam strategi ini yang selalunya diamalkan oleh para pelabur adalah pemeliharaan modal dan pendapatan semasa. Pemeliharaan modal menghalang kerugian modal, manakala strategi pendapatan semasa mengenal pasti pelaburan yang membayar pendapatan di atas purata. Strategi pendapatan semasa adalah stabil dan digunakan pada pelbagai instrumen sepanjang spektrum risiko.

Via Kosmo Digital

Lima instrumen pelaburan konservatif yang anda patut tahu

  1. Wang Tunai dan Setara Tunai – Instrumen pasaran wang seperti bil tukaran harta, sijil, dan akaun simpanan berfaedah tinggi adalah antara instrumen konservatif yang paling utama. Pelaburan ini dijamin oleh kerajaan dan hampir bebas risiko. Kadar faedahnya lebih rendah daripada pelaburan lain.
  2. Bon dan Sekuriti Kerajaan – Pelabur konservatif menggunakan sekuriti yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat dan negeri, korporat tempatan, dan pihak berkuasa tempatan. Ini adalah instrumen jangka sederhana hingga panjang dengan pendapatan faedah berkala.
  3. Bon Korporat dan Simpanan – Bon korporat dan simpanan adalah pilihan pelaburan konservatif lain. Risiko yang berkaitan adalah lebih tinggi daripada bon dan sekuriti kerajaan. Penarafan kredit yang diberikan kepada instrumen ini menunjukkan tahap risiko yang berkaitan. Pulangan daripada bon korporat dan simpanan lebih tinggi daripada sekuriti kerajaan.
  4. Saham Konservatif – Saham blue-chip adalah saham daripada syarikat-syarikat yang relatif stabil dan mapan. Risiko yang berkaitan dengan saham ini lebih rendah. Saham unggul dari sektor defensif seperti kesihatan dan FMCG adalah instrumen konservatif. Saham yang memberikan dividen tinggi juga menghasilkan pendapatan semasa secara berkala.
  5. Emas dan ETF Indeks – Emas dan dana berbentuk pertukaran indeks adalah lebih selamat berbanding pelaburan dalam sekuriti individu. Melainkan ekonomi runtuh, instrumen ini tidak terdedah kepada keuntungan atau kerugian yang tidak seimbang. Kuncinya adalah melabur secara beransur-ansur dalam jangka masa yang panjang.
BACA  Buy now, pay later? Panduan, tips & risiko konsep 'beli dulu, bayar kemudian'

Pelaburan konservatif untuk bertahan lama

Salah satu aspek paling penting dalam membuat keputusan pelaburan ialah jangka masa. Jangka masa merujuk kepada tempoh pelaburan yang diperlukan untuk mencapai matlamat pelaburan. Ia berkisar dari beberapa hari hingga satu dekad.

Pelaburan konservatif adalah penting untuk menyesuaikan jangka masa dan matlamat kewangan. Pelabur yang hampir mencapai matlamat tertentu mungkin menukar dari pelaburan agresif kepada pelaburan konservatif.

Begitu pun, pelabur dengan jangka masa pendek pula mungkin tidak dapat menanggung ketidakstabilan pasaran dan lebih suka pelaburan konservatif.

Penting untuk diingat bahawa pelaburan adalah umpama suatu perjalanan yang panjang, dan pemilihan strategi yang bijak seperti pelaburan konservatif adalah kunci untuk mengurangkan impak inflasi terhadap nilai wang anda pada hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *