Musim Tengkujuh semakin dekat? Ini persedian awal lindungi kereta kita dari banjir

banjir

Pada masa kini, kereta merupakan salah satu aset penting dalam kehidupan seharian masyarakat. Sebabnya, dengan keretalah kita pergi ke tempat kerja, keluar membeli barang keperluan, menghantar anak ke sekolah, melancong, mahupun pulang ke kampung halaman.

Tapi dalam masa sama, kita juga sebenarnya tak terlepas dari pelbagai risiko tak dijangka seperti banjir. Kita selalu saja mendengar laporan berita banjir kilat di bandar-bandar selepas berlakunya hujan lebat.

Malah, lebih membimbangkan bila tibanya Musim Tengkujuh yang melanda negara setiap tahun. Baru-baru ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)  meminta orang ramai supaya sentiasa cakna dengan kehadiran Monsun Timur Laut atau Musim Tengkujuh yang dijangka bermula pada November ini.

Keadaan banjir di Terengganu tahun lalu. Imej dari Kosmo.

Lebih membimbangkan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dah mengenal pasti lebih 2,000 kawasan berisiko banjir di seluruh negara. Sebagai langkah berjaga-berjaga, setakat ini sekitar 6,192 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah disediakan di seluruh negara yang boleh menampung lebih 1.6 juta mangsa banjir.

Seperti mana yang dikatakan tadi, kejadian banjir ni bukan saja boleh memusnahkan tempat tinggal dan fasiliti awam, tapi juga kenderaan yang terperangkap atau tak dapat diselamatkan. Jangan terkejut bila dapat tahu…

Kos baiki kereta rosak akibat banjir boleh mencapai RM90,000!

Jumlah ni agak mengejutkan, tapi itulah yang diberitahu oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, memang agak sukar nak tentukan kos baik pulih kenderaan akibat banjir, tapi berdasarkan anggaran ia mungkin kurang RM10,000 jika kerosakan tak ketara dan boleh mencapai sehingga RM90,000 kalau rosak sepenuhnya.

Keadaan kereta yang tersadai akibat banjir besar di lapan negeri pada 2021. Imej dari Utusan Malaysia.

Bagai jatuh ditimpa tangga, pemilik kereta juga sukar nak jual kereta mereka yang dah ada rekod rosak akibat banjir. Lebih-lebih lagi bila mana Gabungan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) kata – kebanyakan pengedar kereta terpakai tak mungkin menerima kereta yang pernah rosak akibat banjir.

“Tetapi pengedar teliti dalam pemeriksaan mereka dan akan mengetahui sama ada sesebuah kereta rosak akibat banjir. Kebanyakan mereka tidak akan menerima kenderaan itu kerana ia akan lebih menyusahkan berbanding nilainya,” kata Naib Presiden FMCCAM cawangan Wilayah Persekutuan dan Selangor Lim Keat Hin, petikan dari FMT.

Jadinya, bagi persiapan awal dalam menghadapi situasi tak dijangka ni, adalah lebih baik untuk kita semua mendapatkan perlindungan insurans. Sebenarnya, kos nak dapatkan perlindungan banjir sekarang ni dah semakin berpatutan, lebih-lebih lagi bila…

BACA  Jangan panik kalau terlibat dengan kemalangan atau kenderaan rosak! Ini langkah-langkah yang korang boleh ambil

Allianz Malaysia memperkenalkan Pelan Insurans kereta di bawah Inisiatif Insurans Rahmah!

Baru-baru ini, Allianz Malaysia dah memperkenalkan dua pelan Insurans Rahmah baharu iaitu ‘Insurans Motor Komprehensif Allianz’ dan ‘ Insurans Motor Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Allianz’. Sesuai dengan konsep Rahmah, kedua-dua pelan ini dipertingkatkan dengan tiga faedah utama tanpa kos tambahan di bawah Inisiatif Insurans Rahmah. Pertamanya adalah Perlindungan Ehsan Akibat Banjir sehingga RM3,000 jika kereta kita rosak akibat banjir.

Seterusnya pula adalah Faedah Kematian dan Hilang Upaya Kekal sehingga RM5,000 serta Pendapatan Hospital sehingga RM3,000 sekiranya kita dimasukkan ke wad akibat kemalangan.

Kalau tadi tu faedah-faedah tambahan insurans Rahmah untuk pelan Insurans Motor Komprehensif dan Motor Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian. Jom kita tengok pula perlindungan-perlindungan khusus yang disediakan oleh kedua-dua pelan ini:

Insurans Motor Komprehensif Allianz

Melalui Insurans Motor Komprehensif Allianz, kita akan diberikan perlindungan sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian. Pelan ini turut memberikan perlindungan kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kematian atau kecederaan badan dan kehilangan/kerosakan harta.

Tak cukup dengan itu, yang ambil pelan ini juga layak menerima sokongan 24/7 bantuan tepi jalan Allianz Road Rangers sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan. Nak tahu apa yang Allianz Road Rangers ni akan bantu? Boleh lihat di bawah ni:

Bantuan Kemalangan yang diberikan Allianz Road Ranger.

Insurans Motor Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Allianz

Bagi Insurans Motor Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Allianz pula, ia memberikan perlindungan kehilangan atau kerosakan terhadap kenderaan sendiri akibat kebakaran dan kecurian. Selain itu, pelan ini turut menyediakan perlindungan untuk kehilangan atau kerosakan harta serta kematian dan kecederaan anggota badan Pihak Ketiga.

BACA  Selain gaji & "work life balance": Korang tahu tak apa lagi faedah yang pekerja sekarang cari?

Apa yang penting, kedua-dua pelan ini diperkenalkan dengan perlindungan yang terbaik dan mampu milik khas untuk rakyat Malaysia.

Bagi yang berminat dengan kedua-dua pelan ini, maklumat lebih terperinci boleh didapati DI SINI untuk Insurans Motor Komprehensif Allianz. Manakala untuk Insurans Motor Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Allianz pula, klik saja pada PAUTAN INI.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *