Kenapa harga beras naik? Kami kongsi punca utamanya

Kenapa harga beras naik

Kenapa harga beras naik? Kami kongsi punca utamanya

Beras merupakan makanan utama bagi lebih separuh penduduk dunia, memberikan makanan dan nutrisi kepada jutaan manusia khususnya di kawasan Asia.

Makanan ruji inilah boleh dikatakan antara jenis makanan budaya yang dikongsi serata dunia. Sudah pasti selepas isu kenaikan harga beras baru-baru ini, timbul tanda tanya dan kegusaran tentang masa depan harga beras kelak.

Jom kita kupas kenapa harga beras naik, dan apa yang akan jadi jika harga beras tidak dikawal dengan baik sehingga mengugat kesejahteraan seluruh dunia.

Via Unsplash

El Nino faktor utama kenaikan harga beras, India antara yang terkesan teruk

India merupakan antara negara pengeksport beras yang terbesar dalam pasaran dunia. Secara geografinya, India memiliki keadaan iklim dan tanah yang sesuai untuk pertanian beras, selain dari peningkatan kemajuan teknologi industri beras mereka.

Hasilnya, India telah berjaya menghasilkan berbagai jenis beras, termasuk beras basmati dan beras bukan basmati.

Beras basmati India, dengan aroma yang unik dan kualiti premiumnya, sangat diminati di pasaran antarabangsa. India juga menghasilkan beras bukan basmati yang berharga dengan pelbagai jenis dan tekstur yang sesuai untuk pelbagai hidangan.

Via Unsplash

Selain menjadi pengeksport beras terbesar, India juga mempunyai pasaran dalaman yang besar untuk beras.

Kebanyakan daripada beras yang dihasilkan di India digunakan untuk memenuhi keperluan dalam negara. Ini bermakna India mempunyai kapasiti pengeluaran yang besar untuk memenuhi permintaan domestik dan eksport.

Walaupun begitu, kesan El Nino telah mengugat rantaian beras dunia apabila perubahan iklim telah menganggu produktiviti beras di India. El Nino menyebabkan curahan hujan tidak sekata dan mengakibatkan kemarau yang panjang dan kering.

BACA  Berdepan masalah kewangan: Ini 5 syarikat popular yang sekarang disenaraikan dalam PN17
Via Unsplash

Bagi mengatasi isu kurangnya air yang diterima dalam sawah mereka, para petani terpaksa menyediakan air tambahan bagi menampung keperluan sawah mereka. Kos tambahan ini boleh mengurangkan keuntungan petani dan mempengaruhi harga beras di pasaran.

Akibat pengurangan bekalan beras yang disebabkan oleh El NiƱo, harga beras di pasaran India cenderung meningkat. Ini boleh memberikan kesan terhadap inflasi dan mempengaruhi harga makanan secara keseluruhan, membebankan pengguna.

Dengan tekanan berterusan akibat El Nino, ini telah memunculkan isu ketidakstabilan pengeluaran beras yang telah memaksa India menghentikan eksport beras putih bukan basmati pada 20 Julai lalu.

Thailand dan Vietnam ambil peranan jadi pengeksport beras, harga naik kerana pasaran

Untuk mengisi ‘kekosongan’ yang India tinggalkan dalam sektor eksport beras putih bukan basmati, giliran Thailand dan Vietnam pula menjadi tumpuan negara pengimport beras termasuklah Malaysia.

Sejak New Delhi menghentikan penghantaran beras bukan basmati, dan cuaca kering mengancam pengeluaran di pengeluar kedua terbesar, Thailand, harga beras di Asia telah melonjak.

Fenomena El Nino juga telah mengancam industri beras di Thailand dan Vietnam. Pengeluaran eksport beras dari Filipina dan Indonesia juga ternyata masih tidak dapat menstabilkan kehendak pasaran khususnya ruang keperluan yang ditinggalkan oleh India. Oleh sebab inilah, harga beras telah meningkat di seluruh dunia termasuklah Malaysia sendiri.

Via Credendo

Berkuatkuasa 1 September lalu, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan sebagai langkah untuk mengawal kenaikan harga beras dan menghindari tercetusnya pembelian panik atau spekulasi harga dalam kalangan rakyat.

Kesimpulannya, peningkatan harga beras adalah adalah isu kompleks yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk perubahan iklim, dinamik bekalan dan permintaan serta dasar perdagangan negara-negara pengeksport dan pengimport. Malaysia juga telah mengambil inisiatif untuk menstabilkan pasaran beras dan berusaha untuk mengelak wujudnya spekulasi harga beras.

BACA  Apa itu bank digital & apa bezanya dengan bank biasa? Ini perkara yang korang perlu tahu

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *