75% rakyat Malaysia tiada simpanan? Ini cara terbaik mendapatkan perlindungan kewangan yang mencukupi

Kalau kita lihat dalam buku Belanjawanku yang diterbitkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), perbelanjaan golongan bujang yang mempunyai kereta di Lembah Klang adalah sebanyak RM1,930 sebulan. Manakala, bagi pasangan berkahwin tanpa anak memerlukan RM4,630 sebulan dan RM5,980 pula untuk yang dah ada seorang anak.

Kos ini kemudiannya terus meningkat mengikut bilangan anak dan gaya hidup masing-masing. Di sebalik peningkatan kos sara hidup ini, ada perkara yang lebih membimbangkan kita iaitu kegagalan kewangan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Sebabnya, Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati 75% rakyat negara ini tak ada simpanan walaupun RM1,000. Jadi, boleh dikatakan yang mereka tak mempunyai perlindungan kewangan mencukupi bagi jangka masa pendek, mahupun panjang.

Laporan media berkenaan isu ini: Imej dari Kosmo.

Tapi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mempunyai perlindungan kewangan mencukupi?

Ada perancangan kewangan yang kukuh untuk menghadapi sebarang keadaan

Jika nak dijelaskan secara mudah, mempunyai perlindungan kewangan mencukupi bermaksud seseorang itu mempunyai langkah-langkah keselamatan dan pelan kewangan yang kukuh dalam menghadapi sebarang keadaan dan risiko.

Untuk lebih faham lagi, jom sama-sama kita tengok contoh-contoh penting tentang perlindungan kewangan ini:

Mempunyai tabung kecemasan

Tabung Kecemasan atau Dana Kecemasan ini sebenarnya sangat penting sebagai simpanan khusus bagi menampung perbelanjaan tak dijangka. Jumlah yang digalakkan dalam tabung ini pula adalah dalam sekitar 3 sampai 6 bulan kadar pendapatan bulanan kita.

Jadinya, kalau kita bergaji RM3,000 sebulan, kita sepatutnya ada simpanan kecemasan minima RM9,000. Wang ini kemudiannya boleh digunakan ketika waktu kecemasan seperti anak sakit, kereta rosak, atap rumah bocor atau hilang kerja secara tiba-tiba.

Ayuh menabung demi masa depan. Imej dari Giphy

Ada simpanan persaraan

Berdasarkan dapatan KWSP, rakyat Malaysia boleh bersara dalam keadaan selesa kalau mereka mempunyai simpanan persaraan sebanyak RM600,000. Kadar itu ditetapkan untuk menampung kehidupan selama 20 tahun dengan kadar RM2,500 sebulan.

BACA  Kenapa perlu ada Insurans Perubatan pada usia muda terutamanya graduan universiti? Ini sebab-sebab yang perlu korang tahu

Namun begitu, data mendapati seramai 2 juta ahli KWSP berumur 40 hingga 54 cuma menyimpan kurang dari RM10,000. Fakta ini boleh dianggap membimbangkan dan berpotensi membuatkan ramai di kalangan rakyat terpaksa terus bekerja, walaupun selepas usia persaraan.

Jadinnya, mulai dari sekarang kita boleh memikirkan cara menambah simpanan persaraan seperti buat kerja sambilan, tak berbelanja melebihi kemampuan dan sebagainya.

Menguruskan hutang dengan baik

Jangan terkejut kalau dapat tahu yang lebih 10,000 kes kebankrapan dari tahun 2018 sampai 2022 berlaku dari kalangan mereka berumur bawah 34 tahun. Antara puncanya sebab gagal bayar hutang pinjaman peribadi, kereta, perniagaan dan perumahan.

Sebab itu pentingnya pengurusan hutang yang baik dengan buat perancangan bajet bulanan dan buat hutang yang perlu saja. Contohnya, kalau nak beli kereta – harga kereta itu mestilah tak melebihi kadar gaji tahunan. Maknanya di sini, kalau gaji RM3,000 sebulan, maka harga kereta hendaklah di bawah RM36,000.

Jangan biarkan diri terjerat dengan hutang yang kita tak mampu. Imej dari Reader’s Digest.

Melabur untuk tambah sumber pendapatan

Kalau nak dapat duit lebih, pelaburan adalah salah satu jalan terbaik yang boleh dicuba. Cumanya, ada yang tak berani sebab takut dengan risiko kerugian.

Tapi perkara itu bukanlah alasan sebabnya ada saja pelaburan risiko rendah yang boleh kita masuk. Antaranya seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Pelaburan Hartanah (REIT), Tabung Haji, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan sebagainya.

Misalnya, pada tahun lalu – ASB mencatatkan dividen sebanyak 4.6% dan bonus tambahan 0.5%.

Ambil perlindungan insurans

Perlindungan insurans sebenarnya memainkan peranan penting dalam melindungi kewangan kita. Sebabnya, kita selalu saja dengar kes mereka yang berdepan kesusahan selepas kematian ahli keluarga khususnya ketua keluarga.

BACA  Deduktibel dalam Insurans: Ini fakta-fakta yang korang perlu tahu

Ini kerana, ada yang terpaksa menanggung hutang si mati dan memikul beban menyara keluarga kerana hilang tempat bergantung. Untuk pastikan adanya persediaan awal dalam menghadapi keadaan macam ini, perlindungan hayat adalah salah satu jawapannya.

Perkara itu semakin mudah bila…

Allianz menyediakan perlindungan terbaik untuk waris & orang tersayang

Jika masih tercari-cari perlindungan hayat terbaik untuk masa depan, Allianz Life ada memperkenalkan pelbagai produk perlindungan yang boleh melindungi kita di masa tak dijangka.

Antaranya seperti Allianz UltimateLink yang melindungi anda dari segi kewangan apabila berlaku kejadian yang tak dijangka. Ini kerana, pelan ini bukan saja menyediakan perlindungan hayat, malah memberikan anda fleksibiliti untuk menambah manfaat-manfaat perlindungan lain seperti perlindungan penyakit kritikal, perubatan, pelepasan bayaran premium dan kemalangan peribadi.

Antara manfaat-manafat utama Allianz UltimateLink.

Allianz UltimateLink juga menyediakan tempoh perlindungan yang panjang iaitu sehingga 100 tahun. Bagi keperluan kewangan di masa depan, pelan ini membolehkan anda melabur di satu atau beberapa dana berkaitan pelaburan Allianz Life.

Sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD), Allianz melalui pelan ini akan memberikan perlindungan kewangan kepada orang yang anda sayangi bagi membantu mereka menghadapi waktu sukar dengan jumlah perlindungan dan baki dalam akaun pelaburan anda.

Bagi yang nak lebih selesa, anda boleh mempertimbangkan Allianz EverLink Plus yang menyediakan perlindungan RM500,000 dengan premium serendah RM125 sebulan. Malah, tempoh perlindungan ini juga fleksibel iaitu sesingkat 20 tahun atau sampai umur 100 tahun.

Allianz EverLink Plus juga boleh diambil bersama rider InflationGuard yang menyediakan perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD). Lebih untung lagi, dengan InflationGuard ni, amaun yang diinsuranskan akan meningkat secara automatik sebanyak 100% daripada amaun diinsuranskan rider permulaan setiap 3 tahun.

BACA  Adakah anda dilindungi sekiranya berlaku kemalangan jalan raya?
Boleh baca ini untuk lebih faham.

Malah, apabila telah sampai tempoh matang, polisi anda akan diperbaharui secara automatik sehingga umur 100 tahun, di mana nilai akaun akan dibawa ke hadapan untuk memastikan perlindungan yang berpanjangan.

Sebenarnya, banyak lagi produk-produk lain yang ditawarkan di bawah perlindungan hayat Allianz. Kalau anda berminat dan nak tahu lebih lanjut tentang produk-produk ni – boleh terus ke portal rasminya DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *