Tengah rancang untuk bercuti? Ini 4 risiko yang boleh terjadi ketika bercuti & cara terbaik lindungi diri

Pepatah Melayu lama ada berbunyi “Jauh perjalanan, ,luas pemandangan”. Walaupun pepatah ini ringkas dan pendek saja, tapi ia membawa makna besar tentang betapa pentingnya kita melakukan perjalanan bagi melihat khazanah dunia yang kaya dengan keindahan alam, budaya, ilmu dan bahasa.

Apatah lagi di zaman moden sekarang ini yang memudahkan kita untuk pergi ke mana sahaja, sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Semenjak pemulihan negara dari fasa pandemik, pelancongan domestik telah mecatatkan peningkatan luar biasa iaitu melonjak kepada 160.1 peratus.

Malah, data daripada Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan 2.3 juta pasport telah dikeluarkan dalam tempoh lapan bulan sejak April hingga Disember tahun lalu. Perkara ini kemudiannya diikuti dengan laporan bahawa Thailand menjadi destinasi percutian paling diminati oleh rakyat Malaysia.

Hat Yai juga menjadi salah satu destinasi tumpuan rakyat Malaysia. Imej dari Adventures Of Jellie.

Namun begitu, dalam kerancakkan membuat perjalanan ini, ada juga isunya sebab….

Risau dengan pelbagai risiko dan masalah yang mungkin terjadi

Bila seseorang itu pergi bercuti atau melakukan perjalanan, sudah pasti mereka berharap perkara yang baik-baik saja berlaku.

Akan tetapi, “malang tidak berbau” kerana pelbagai risiko boleh terjadi. Antaranya adalah:

Penerbangan ditunda atau dibatalkan

Masalah ini boleh dikatakan selalu kita dengar dan kerap berlaku kepada para penumpang penerbangan. Bila penerbangan ditunda secara tiba-tiba, sudah pasti ia akan mengganggu perancangan perjalanan.

Itu tak lagi menyentuh tentang penerbangan yang dibatalkan di saat akhir, yang kadang-kadang boleh menimbulkan kekecohan di lapangan terbang akibat rasa tak puas hati penumpang.

Imej dari Berita Harian.

Bagasi, dokumen penting dan wang hilang/dicuri

Dalam kegembiraan perjalanan, kadang-kadang ‘mood’ boleh hilang kalau kes-kes macam ini terjadi. Mana taknya, siapa tak gelabah kalau bagasi dan dokumen penting macam pasport hilang kan?

BACA  Tak mahu rugi dalam perniagaan? Ini ancaman yang kita wajib tahu

Bercakap pasal wang dicuri ini, anda jangan terkejut, kalau kota-kota besar seperti London, Paris dan Barcelona sekarang ini terkenal dengan kes-kes penyeluk saku. Ada juga dalam kalangan rakyat Malaysia yang pernah berkongsi kisah mereka menjadi mangsa penyeluk saku di tempat-tempat ini.

Cara penyeluk saku memperdayakan mangsanya. Imej dari The Savvy Backpacker.

Perlukan rawatan ketika di luar negara

Tak dapat dinafikan serangan penyakit atau kemalangan boleh berlaku di mana saja tanpa mengira waktu dan tempat. Apabila perkara seperti ini berlaku ketika kita di dalam negara, ia mungkin bukanlah satu masalah besar.

Tapi cuba bayangkan ssekiranya terjadi semasa kita di luar negara? Seperti mana yang kita maklum, kos perubatan di luar negara selalunya lebih tinggi berbanding di negara sendiri.

Kita juga selalu membaca laporan berita tentang rakyat Malaysia yang terpaksa meminta sumbangan orang ramai bagi menampung bil hospital yang mencecah ratusan ribu ringgit di luar negara.

Kematian di luar negara

Seperti mana kemalangan dan serangan penyakit, kematian juga boleh berlaku tanpa diduga. Apabila berlaku kematian, ada di kalangan rakyat negara ini yang mengambil keputusan untuk melakukan pengebumian di negara tersebut atau membawa jenazah pulang ke tanah air.

Cumanya, proses membawa balik jenazah selalunya akan membabitkan pelbagai proses yang rumit dan memakan kos besar. Malah, ada kes yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Imej dari Beleiv.

Tapi, semua kerisauan ini dapat dielakkan sekiranya kita mengambil perlindungan awal. Salah satunya adalah dengan…

Jom dapatkan “Allianz Travel Insurance” (Perlindungan Perjalanan Tunggal) dengan diskaun 20% ke atas premium anda

Prihatin dengan risiko-risiko ini, “Allianz Travel Insurance” telah memperkenalkan pelbagai jenis perlindungan dari A sampai Z bagi memastikan perjalanan anda lebih selamat dan terjamin. Antaranya adalah perlindungan Pembatalan Deposit atau Perjalanan sehingga RM25,000.

BACA  Musim cuti dah tiba! Ini persiapan penting yang korang kena buat sebelum pergi melancong

Lebih menarik lagi, sekiranya perjalanan anda ditangguhkan atau dijadualkan semula dari masa yang ditetapkan. Pihak Allianz Malaysia akan membayar sehingga RM300 setiap 6 jam berturut-turut kelewatan.

Malah, “Allianz Travel Insurance” juga memberikan perlindungan sehingga RM800 sekiranya bagasi anda mengalami kelewatan, tersalah kendali, disalahuruskan atau tersalah letak.

Bila dah sampai ke destinasi, tiba-tiba bagasi dan dokumen perjalanan pula hilang? Jangan risau, sebabnya “Allianz Travel Insurance” ada menyediakan perlindungan antara RM5,000 sehingga RM15,000 tau.

Macam mana pula kalau hilang duit sebab dicuri? Melalui perlindungan ini, anda sebenarnya layak dapat pampasan sehingga RM1,000!

Seperti mana yang diceritakan di awal tadi, kemalangan dan perubatan merupakan antara kebimbangan utama ketika perjalanan. Jadi tak perlu lah risau, perlindungan ini akan menampung Perbelanjaan Perubatan sehingga RM350,000. Allianz turut memperluaskan perlindungan untuk Covid-19.

Jika anda dimasukkan ke hospital kerana penyakit serius akibat kemalangan atau penyakit lain (termasuk Covid-19) namun kemudahan perubatan tempatan tidak mencukupi. Pihak Allianz Malaysia akan menguruskan Pemindahan Perubatan Kecemasan ke tempat terdekat yang mempunyai kemudahan perubatan mencukupi dengan had repatriasi sehingga RM10 juta!

Dengan nilai sama, perlindungan ini turut menyediakan kemudahan Repatriasi Jenazah bagi pengurusan pengebumian di kawasan tempat berlakunya kematian atau penghantaran balik jenazah ke tanah air.

Untuk yang mengalami kemalangan sehingga menyebabkan kematian atau hilang upaya, waris layak menerima pampasan antara RM100,000 sehingga RM500,000.

Sebenarnya banyak lagi manfaat-manfaat lain di bawah perlindungan ini. Untuk pengetahuan anda, “Allianz Travel Insurance” ketika ini menyediakan dua produk perlindungan perjalanan iaitu Allianz Travel Easy dan Allianz Travel Care.

Allianz Travel Easy boleh dibeli secara online saja, manakala Allianz Travel Care pula melalui ejen Allianz yang sah.

BACA  Syawal bakal menjelma! Ini cara terbaik lindungi diri dan keluarga sepanjang percutian Hari Raya

Lebih menarik lagi, bersempena dengan Matta Fair yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 1 hingga 3 September 2023 ini. Allianz menawarkan diskaun 20% ke atas premium insurans kedua-dua produk ini (Perlindungan Perjalanan Tunggal) dengan hanya menggunakan kod promosi MATTA20%.

Promosi ini bermula dari 15 Ogos sehingga 15 September 2023. Jadi, jangan lepaskan peluang ni tau!

Tunggu apa lagi? Kalau nak berjalan jauh dengan senyuman – “Allianz Travel Insurance” telah menyediakan semuanya. Nak tahu lebih terperinci dan lengkap, boleh terus ke Portal Rasmi Allianz – DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *