Tidak pasti dengan kerjaya anda? Sertai program ini

Memilih kerjaya adalah keputusan penting kerana ia akan menentukan hala tuju kehidupan seseorang, cuma masih ramai individu yang sukar memilih. Kesukaran dalam membuat keputusan berkaitan kerjaya didorong oleh pelbagai faktor, antaranya adalah minat, kemahiran, dan pasaran pekerjaan yang sentiasa berubah. Proses menentukan kerjaya memerlukan analisis dan kefahaman yang mendalam tentang minat dan keinginan seseorang.

Pada zaman sekarang, terdapat banyak pilihan yang boleh menyebabkan kita mengalami tekanan dalam memilih kerjaya yang tepat. Kami akan kongsikan beberapa perkara yang menyebabkan anda mungkin rasa sukar untuk membuat pilihan kerjaya.

Memilih kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih jika ada masalah ini…

Apa jua keputusan yang anda akan lakukan dalam kehidupan, elemen paling penting adalah anda perlu tahu apa yang anda mahukan. Kehidupan akan menjadi sukar jika anda sendiri tidak tahu apa yang anda mahukan kerana keinginan seseorang berkait secara langsung dengan minat, bakat, dan kekuatan individu. Sekiranya anda masih keliru dengan keinginan sendiri, cuba senaraikan minat dan bakat yang anda miliki. Melalui cara ini, anda boleh melihat potensi yang ada pada diri. Kami nak anda faham bahawa semua ni adalah proses yang dialami oleh hampir semua orang, terutamanya mereka yang baru je menamatkan pengajian.

Proses memantapkan curriculum vitae (CV) penting dalam kerjaya. Imej dari myMetro

Bukan setakat mereka yang baru keluar universiti je yang ada masalah, ramai juga yang dah bekerja bercadang untuk menukar kerjaya. Kami ada membaca beberapa laporan yang memperlihatkan masih ramai yang mahu menukar kerjaya.

“Bukan saya tidak bersyukur dengan pekerjaan sekarang tetapi saya cuma mahu ingin mencari kestabilan untuk memantapkan kerjaya. Tambahan pula, kriteria majikan pada masa ini tidak sama seperti dulu, ia satu cabaran bagi saya, tetapi saya sukakan perubahan untuk meningkatkan kemahiran yang dimiliki,” kata Mohd Mokhzani Adnan ketika menghadiri karnival kerjaya, seperti yang dilaporkan myMetro

Tidak kiralah jika anda baru pertama kali mencari kerja atau mahu bertukar kerjaya, mempunyai keinginan yang jelas amat penting. Apabila dah ada keinginan yang jelas, proses pencarian kerjaya akan menjadi lebih mudah. Ramai yang gagal membuat pilihan kerjaya kerana maklumat yang dimiliki terbatas sehingga kelihatan seperti tiada pilihan. Seseorang tu berkemungkinan hanya fokus pada kerjaya yang pernah mereka ceburi. Masalah kurangnya kesedaran tentang pilihan kerjaya yang berbeza dan peluang yang ada di luar sana adalah salah satu penghalang terbesar dalam menentukan kerjaya seseorang.

BACA  Apa kelebihan EV berbanding kenderaan konvensional? Ini fakta-fakta yang korang kena tahu

Kalau kita ambil statistik sebelum pandemik, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, Malaysia merekodkan seramai 516,600 penganggur. Pada masa yang sama, seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, telah mendaftar sebagai pencari kerja aktif di JobsMalaysia dibawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung. Keadaan ini menunjukkan bahawa proses mencari kerja adalah proses yang mencabar, terutamanya jika anda tidak memahami keinginan dan memiliki maklumat yang terhad.

Selain daripada aspek yang kami ceritakan tadi, ada juga tekanan dari keluarga, rakan sebaya, atau masyarakat yang boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk memilih kerjaya. Ramai yang terpengaruh oleh pandangan orang lain tentang kerjaya yang dianggap gempak atau membawa pulangan yang tinggi. Tekanan-tekanan ini boleh menyebabkan seseorang tu kehilangan fokus terhadap minat dan keinginan mereka sendiri, dan akhirnya membawa kekeliruan terhadap apa yang mereka inginkan.

Kami cadangkan korang sertai Program Allianz C.E.O

Program Allianz C.E.O adalah program selama 24 bulan yang dirancang khusus untuk mempercepat proses pertumbuhan dan kerjaya anda sebagai seorang ejen insurans (Allianz Life Changer). Anda akan menerima sokongan dari pihak pengurusan Allianz Life apabila anda menyertai program ini untuk menjadi sebahagian daripada pasukan agensi yang berprestasi tinggi dan profesional. Program ni tak sama dengan program-program syarikat insurans yang ada di luar sana. Melalui program ini, anda akan menerima sokongan kewangan sehingga RM12,000* sebulan sebagai tambahan kepada insentif-insentif jualan!

Sekiranya anda risau sebab kurang pengalaman, program ni memang direka untuk memberikan anda latihan yang secukupnya terutamanya untuk individu yang berpotensi tinggi dan mempunyai sifat kepemimpinan. Melalui program ini, anda boleh membina jaringan yang mendorong inovasi, memimpin pasukan, dan membuat keputusan strategik dalam industri insurans. Bermula tahun ini juga, Allianz telah melancarkan program yang direka khas oleh Allianz dan INSEAD, salah satu institut perniagaan terkemuka di dunia. Kami dapat lihat mengapa Allianz melabur dalam program pembangunan C.E.O. kerana ingin memperkasakan pasukan kepimpinan dan menyumbang kepada pertumbuhan dan kelestarian organisasi pada masa hadapan.

BACA  Kos baiki motosikal boleh mencecah ribuan ringgit? Ini cara terbaik lindungi motosikal korang

Apabila kita baru nak masuk ke industri, sudah tentu kita memerlukan bimbingan. Salah satu kelebihan program ini adalah setiap peserta akan diberikan mentor yang mempunyai pengalaman yang luas dalam industri insurans. Para mentor akan membimbing para peserta untuk menjadi yang terbaik. Konsep ‘mentorship’ yang ditawarkan sangat unik kerana kita mempraktiskan bimbingan peribadi dan bukannya pembelajaran bilik darjah.

Barisan mentor yang sedia untuk membimbing anda. Imej dari Allianz

Kami terbaca satu cerita yang begitu menarik, Rajaletchumi yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam industri undang-undang telah memilih untuk menyertai program ini. Berikut adalah apa yang beliau ingin katakan tentang program ini:

“Saya tahu apa yang saya mahukan – kebebasan kewangan dan keseimbangan kerjaya. Jadi, saya mengambil peluang untuk menyertai Program Allianz C.E.O., bagi membina kerjaya. Bagi seseorang yang tidak mempunyai pengalaman dalam industri insurans, Program Allianz C.E.O. memberikan saya panduan yang tersusun dan pendapatan tetap, supaya saya boleh fokus untuk cemerlang. Program ini membantu saya menetapkan matlamat yang dapat dicapai,” kata Rajaletchumi, dipetik daripada artikel SAYS.

Selain daripada latihan dan mendapatkan mentor, program ini akan menyediakan peserta peluang jaringan yang penting. Para peserta berpeluang berinteraksi dengan pemimpin dari Allianz Malaysia, pakar industri dan rakan peserta yang lain. Jaringan ini akan memudahkan Mereka untuk bertukar idea, mewujudkan hubungan profesional dan membuka pintu untuk kerjasama pada masa hadapan. Untuk kekal relevan dalam industri, anda memerlukan jaringan yang luas untuk kekal berkembang.

Tunggu apa lagi? Kami yakin anda akan membuat keputusan yang tepat dalam perjalanan kerjaya anda. Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, anda boleh layari laman rasmi Allianz C.E.O Programme.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *