Bagi penggemar travel, melancong bukan hanya untuk melihat pemandangan dan bergambar saja, Tapi, ia juga peluang untuk kita merasai pengalaman berbeza di setiap destinasi.
Namun, apa yang selalu dihadapi oleh pencinta makanan ketika melancong adalah cabaran untuk mencari makanan halal yang sedap dan asli di setiap destinasi. Walaupun nampak sukar, tapi jangan risau sebab terdapat banyak tempat yang bukan saja mesra pelancong, tetapi juga mesra Muslim.
Jadinya, ini adalah 5 destinasi antarabangsa yang wajib masuk dalam senarai korang:
5 destinasi terbaik untuk Foodie Travellers
1. Thailand: Bangkok, Krabi, Hat Yai, Chiang Mai

Thailand sememangnya terkenal sebagai syurga makanan di Asia Tenggara dan menjadi pilihan pelancong dari seluruh dunia. Pilihan makanan halal juga kini semakin mudah didapati di sana dan berikut adalah tempat terbaik untuk makanan halal:
- Bangkok: Nikmati pad thai halal, tom yam pedas, dan pulut mangga di kawasan Bang Rak atau Ramkhamhaeng.
- Krabi: Banyak restoran makanan laut halal di kawasan pelancongan seperti Ao Nang, terutama berhampiran masjid.
- Hat Yai: Terkenal dengan Roti Nam Geang (roti manis), Satay Neua (sate daging Thai Muslim), dan laksa siam di pasar malam.
- Chiang Mai: Wajib cuba khao soi halal (mi kari berkuah pekat) di kawasan bandar lama.
2. Turkiye: Istanbul, Ankara, Cappadocia, Bursa

Sesuai sebagai sebuah negara majoriti muslim, hampir semua makanan di Turki adalah halal dan ia menjadikannya sebagai syurga buat penggemar makanan. Berikut adalah senarai tempat terbaik untuk makanan halal di sana:
- Istanbul: Nikmati kebab, baklava (pencuci mulut manis), simit (roti bulat Turki), dan sandwic ikan segar di Eminönü.
- Ankara: Jangan ketinggalan menikmati dönër kebab asli dan hidangan meze (pelbagai hidangan kecil yang dimakan bersama).
- Cappadocia: Kebab dalam periuk tanah liat dan gözleme (roti leper berintikan sayur/daging).
- Bursa: Terkenal dengan iskender kebab yang dihidangkan dengan sos tomato pekat dan mentega cair.
3. Jepun: Osaka, Tokyo, Kyoto, Sapporo

Dari tahun ke tahun, Jepun telah menampakkan perkembangan sektor makanan halal yang semakin meningkat. Dari segi pelancongan, pengunjung dari Malaysia dan Indonesia membentuk gabungan 2.8% daripada jumlah keseluruhan kehadiran pelancong ke negara matahari terbit itu pada 2024.
Manakala, penduduk Islam di Jepun mencecah sekitar 350,000 pada awal 2024. Disebabkan itu, mencari restoran halal semakin mudah di sana dan berikut adalah antara tempat-tempat yang menarik:
- Osaka: Ramen halal, takoyaki, dan daging wagyu halal di kawasan Namba dan Dotonbori.
- Tokyo: Sushi halal, yakiniku, dan tempura di Asakusa dan Shinjuku.
- Kyoto: Pencuci mulut matcha halal dan hidangan berasaskan tofu berhampiran Kiyomizu Temple.
- Sapporo: Ramen miso halal dan makanan laut segar semasa festival musim sejuk.
4. Maghribi: Marrakech, Fes, Casablanca, Chefchaouen

Maghribi adalah salah satu negara yang terletak di utara Afrika dan terkenal dengan aroma rempah serta tradisi kulinari yang unik. Sebagai sebuah negara muslim, mencari makanan halal bukan masalah di sana dan ini senarainya:
- Marrakech: Tagine (masakan rebusan tradisional dalam periuk), couscous (diperbuat daripada semolina gandum), dan pastilla (pai berlapis) di Jemaa el-Fnaa Square.
- Fes: Daging kambing rebus bersama prun dan sup harira.
- Casablanca: Makanan laut panggang segar di sepanjang Corniche.
- Chefchaouen: Hidangan tradisional Berber dengan pemandangan gunung yang indah.
5. Emiriah Arab Bersatu (UAE): Dubai, Abu Dhabi, Sharjah, Ras Al Khaimah

UAE menggabungkan hidangan moden dan masakan tradisional Arab. Di sana, korang boleh ke bandar-bandar berikut dengan pilihan makanan menyelerakan:
- Dubai: Shawarma, machboos (nasi beriani versi Arab Teluk), kunafa, serta hidangan global di Global Village.
- Abu Dhabi: Hidangan makanan laut Emirati seperti jesheed (stew ikan yu) dan harees (bubur gandum dengan daging).
- Sharjah: Sarapan tradisional Emirati dan pai daging berempah.
- Ras Al Khaimah: Ikan bakar segar dan hidangan kambing di kem padang pasir.
Namun, di sebalik kegembiraan melancong, pelbagai risiko tetap menanti. Sebab itulah, dengan perancangan teliti dan perlindungan yang tepat, risiko boleh dikawal dan perjalanan menjadi lebih tenang. Lebih-lebih lagi dengan…
Allianz Travel XPert: Pakar perlindungan perjalanan yang dipercayai!
Kepada yang hendak melancong itu, Allianz Travel XPert adalah pilihan terbaik kerana pelan ini menawarkan pelbagai manfaat. Pertamanya, manfaat kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan sehingga RM750,000. Keduanya, pelan ini memberikan manfaat kemasukan dan discaj hospital tanpa tunai untuk bil hospital di luar negara melebihi RM20,000. Pastinya manfaat ini akan memudahkan anda sekiranya korang perlu dimasukkan ke hospital.
Bukan itu sahaja, pelan ini memberikan penambahbaikan manfaat daripada pelan yang terdahulu iaitu perlindungan perubatan alternatif sehingga RM1,500, manfaat kelewatan bagasi dan kelewatan perjalan sehingga RM4,500, perlindungan kereta sewa sehingga RM4,500 dan perlindungan hotel haiwan perliharaan sehingga RM1,000.
Sekiranya korang pula jenis suka melancong dalam kumpulan lebih dari 5 orang, koarng akan menikmati diskaun 5% jika 5 atau lebih pelancong dilindungi di bawah satu polisi. Lebih menarik lagi, kanak-kanak juga menikmati diskaun tambahan sebanyak 20%!
Bagi peminat sukan rekreasi, pelan ini juga menawarkan perlindungan kewangan untuk korang jika korang ingin melakukan aktiviti sukan rekreasi ketika melancong.

Sebenarnya banyak lagi manfaat-manfaat yang disediakan oleh Allianz Travel XPert. Kalau korang berminat dan nak tahu lebih lanjut, korang boleh layari saja laman sesawang rasmi Allianz Malaysia (DI SINI) atau hubungi terus wakil-wakil sah Allianz General (DI SINI).
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.