Setiap hujung bulan, ramai di antara kita menanti-nanti hari gaji, saat yang paling melegakan selepas berhempas – pulas bekerja. Tapi peliknya, baru beberapa hari gaji masuk, akaun bank dah hampir kosong.
Lepas bayar sewa, ansuran kereta, belanja harian dan ‘reward’ diri sikit, baki pun tinggal cukup-cukup makan. Kadang-kadang, sampai terpaksa meminjam atau guna kad kredit untuk bertahan sampai hujung bulan.

Masalah “duit tak cukup walaupun gaji dah masuk” bukan lagi perkara luar biasa, bahkan sudah menjadi fenomena yang meluas ketika ini. Bukan saja di kalangan belia, malah mereka yang dah berkeluarga dan profesional.
Ini bukan soal jumlah gaji semata-mata, tapi lebih kepada bagaimana kita menguruskan wang itu. Maka, penting untuk kita mengenal pasti punca sebenar duit cepat ‘ghaib’, dan apa langkah yang boleh diambil untuk keluar dari kitaran ini.
Punca-punca gaji tak cukup dan cara mengatasinya
1. Tiada perancangan bajet bulanan

Ramai yang tak membuat bajet bulanan dengan jelas. Akibatnya, mereka berbelanja sesuka hati tanpa mengetahui berapa banyak yang sepatutnya dibelanjakan untuk makan, bil, hutang, hiburan dan simpanan.
Contohnya: Gaji RM3,000, tapi tak tahu berapa yang dibelanja untuk keperluan atau kehendak. Akhirnya, duit habis tanpa sedar ke mana perginya.
Apa boleh buat: Guna kaedah mudah seperti 50/30/20 – 50% untuk keperluan (sewa, bil, makan), 30% untuk kehendak (hiburan, makan luar) dan 20% untuk simpanan, insurans atau pelaburan.
2. Belanja kecil tapi kerap

Perbelanjaan seperti kopi mahal, pesanan makanan, langganan Netflix atau Shopee mungkin nampak kecil, tapi bila dikumpul, ia boleh mencecah ratusan ringgit setiap sebulan.
Contohnya: Minum kopi premium RM12 setiap hari bekerja dan sebulan mencapai RM240.
Apa boleh buat: Guna aplikasi kewangan untuk rekod setiap perbelanjaan (seperti Money Lover, Spendee). Bila korang sedar ke mana duit korang pergi, lebih mudah untuk kawal perbelanjaan.
3. Hutang konsumer yang tinggi

Kad kredit, ansuran barangan, pinjaman peribadi – semua ini boleh menjadi beban jika tidak diuruskan dengan betul. Kadang-kadang kita rasa ia hanya bayaran bulanan sahaja, tapi jumlah keseluruhan sangat membebankan.
Contohnya: Ansuran telefon, laptop, dan langganan buy now, pay later (BNPL) – jika dicampur, mungkin sudah lebih 30 – 40% gaji bulanan.
Apa boleh buat: Senaraikan semua hutang. Fokus lunaskan hutang yang kadar faedah tinggi dahulu (contoh: kad kredit). Elakkan ambil hutang baru untuk tampung gaya hidup.
4. Tiada dana kecemasan

Langit tak selalunya cerah, perkara-perkara kecemasan seperti tayar kereta bocor, sakit tiba-tiba atau keluarga perlukan bantuan boleh berlaku tanpa diduga. Jika tiada simpanan kecemasan, korang terpaksa korek duit belanja atau berhutang.
Contohnya: Satu insiden kecil seperti kereta rosak RM500 boleh ganggu bajet satu bulan.
Apa boleh buat: Mulakan dana kecemasan walaupun serendah RM50 sebulan. Sasarkan 3 hingga 6 bulan gaji sebagai simpanan kecemasan dalam akaun mudah diakses (tapi bukan akaun yang korang guna hari-hari).
5. Simpan hanya bila ada baki

Ramai menyimpan duit hanya jika ada baki hujung bulan. Masalahnya, selalu tak ada baki – sebab gaji telah dibelanja terlebih dulu dan simpan kemudian.
Contohnya: Gaji RM2,500. Tapi bila hujung bulan tinggal RM20 dan tak sempat untuk menyimpan.
Apa boleh buat: Buat simpanan automatik – potong terus pada hari gaji masuk. Contohnya RM300 terus ke akaun lain. Anggap ia macam “bayar bil kepada diri sendiri”.
Sediakan perlindungan bagi kewangan lebih kukuh dan stabil
Kewangan yang kukuh dan stabil bukan sekadar tentang menyimpan dan berjimat, tetapi juga tentang melindungi apa yang telah korang bina. Oleh itu, selain mengurus belanja harian dan hutang, kita juga perlu bersedia menghadapi sebarang perkara di luar kawalan – seperti sakit, kemalangan atau kehilangan pendapatan.
Jika korang sedang mencari perlindungan yang fleksibel dan sesuai dengan gaya hidup moden, korang boleh mempertimbangkan pelan-pelan perlindungan daripada Allianz (DI SINI).
Ini kerana, setiap pelan direka untuk menyokong korang dalam mengejar impian tanpa risau akan risiko tak dijangka. Malah, sekarang ni korang juga…
Berpeluang menyaksikan Perlawanan Separuh Akhir Korea Open 2025 secara langsung di sana!
Allianz Malaysia telah melancarkan kempen #NoStoppingUs yang memberikan peluang kepada korang semua untuk memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Korea Selatan bagi menyaksikan perlawanan Separuh Akhir Korea Open 2025!
Kempen ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang melanggan mana-mana polisi Allianz yang layak dan daftar penyertaan di borang yang disediakan (DI SINI).
Selain percutian ke Korea Selatan, korang juga berpeluang memenangi hadiah sagu hati seperti:
- Eksklusif Alli the Eagle Plush Mascot
- Eksklusif Allianz Stainless Steel Cup with Straw (1200ml)
- Eksklusif Allianz Bladeless Portable Fan
Jadi jangan lepaskan peluang ini! Kempen dibuka sehingga 20 Julai 2025.
Untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat, boleh terus layari portal rasmi Allianz Malaysia di PAUTAN INI.