Melancong seharusnya menjadi pengalaman yang menggembirakan, tetapi hakikatnya, semakin ramai pelancong yang menjadi mangsa penipuan atau scam ketika bercuti, sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Scammer kini semakin licik, bijak memanipulasi situasi dan emosi pelancong untuk mengambil kesempatan. Oleh itu, penting untuk kita mengetahui jenis-jenis penipuan yang biasa berlaku dan bagaimana cara terbaik untuk mengelakkannya.
5 jenis penipuan pelancongan yang sering berlaku
1. Pakej percutian palsu

Scammer akan menyamar sebagai ejen atau agensi pelancongan dan menawarkan pakej yang terlalu murah untuk dipercayai, lengkap dengan gambar dan jadual perjalanan yang menarik. Setelah bayaran dibuat, ‘ejen’ itu terus menghilangkan diri tanpa dapat dihubungi.
Untuk elakkan perkara ini, pastikan korang menyemak status agensi perlancongan melalui Portal Rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (DI SINI), membaca ulasan dan hanya membuat bayaran melalui saluran yang selamat.
2. Pemandu pelancong palsu

Kes pemandu pelancong palsu sering berlaku di negara-negara percutian popular. Mereka ini mendekati pelancong dan menawarkan khidmat pemandu pelancong tanpa lesen dan tiada tag ID rasmi. Kemudiannya, mereka mengenakan caj berlebihan atau membawa korang ke tempat-tempat yang memberikan komisen kepada mereka.
Sebaiknya, gunakan khidmat pemandu pelancong yang berdaftar atau tempah melalui hotel dan agensi pelancongan yang sah. Jangan biarkan percutian korang rosak disebabkan pemandu pelancong yang tidak sah!
3. Penginapan murah tapi tidak wujud

Satu lagi penipuan yang sering berlaku di kalangan pelancong ialah tempahan penginapan yang murah, tapi sebenarnya tak wujud. Dalam situasi ini, scammer akan memuat naik gambar-gambar menarik hotel, homestay atau apartmen lengkap dengan kemudahan yang kelihatan mewah dan eksklusif.
Mereka kemudian menawarkan harga yang murah berbanding harga pasaran dan hanya membenarkan tempahan melalui laman tidak rasmi atau aplikasi pesanan peribadi. Selepas pelancong membuat bayaran penuh, lokasi sebenar sukar dikesan atau penginapan tersebut langsung tidak wujud. Lebih malang lagi apabila pelancong hanya sedar tentang perkara ini bila dah tiba di destinasi.
Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, sentiasa buat tempahan melalui platform yang sah seperti Agoda, Booking.com atau Airbnb dan semak ulasan pengguna lain terlebih dahulu. Kalau sesuatu penginapan itu menawarkan harga yang terlalu murah tanpa sebarang ulasan atau profil pemilik yang meragukan, besar kemungkinan ia adalah satu penipuan.
4. Penipuan ambil gambar

Satu lagi taktik yang semakin kerap digunakan ialah bila seseorang itu menawarkan diri untuk mengambil gambar korang, tapi kemudiannya melarikan telefon atau kamera korang. Ini biasanya berlaku di tempat pelancongan yang sesak.
Cara terbaik untuk mengelakkan daripada ditipu adalah menggunakan tripod sendiri, atau meminta bantuan daripada kakitangan pelancongan rasmi sahaja. Pastikan juga korang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan tak terlalu mesra dengan orang yang tak dikenali.
5. Penyeluk saku

Akhir sekali, kita tidak boleh lupa tentang penyeluk saku. Kes ini selalunya berlaku dengan pantas, terutamanya di kawasan yang sibuk seperti pasar malam, stesen kereta api dan tempat tarikan pelancongan utama. Mereka biasanya bekerja dalam kumpulan, di mana seorang akan alihkan perhatian sementara seorang lagi mencuri.
Bagi mengelakkannya, gunakan beg yang berzip dan simpan barang berharga di tempat yang sukar dicapai. Elakkan membawa wang tunai terlalu banyak dan sentiasa berwaspada apabila dikelilingi orang ramai.
Namun begitu, biarpun korang dah berhati-hati, kadangkala nasib tidak menyebelahi kita. Sebab itulah insurans perjalanan penting — sebagai pelan sokongan untuk korang terus menikmati percutian, jika berlakunya sebarang perkara yang tak dijangka.
Perjalanan lebih selamat dan bermakna dengan Insurans Perjalanan Allianz!
Bagi memastikan percutian korang lebih bermakna, Allianz General melalui pelan insurans perjalanannya telah memperkenalkan pelbagai jenis perlindungan.
Antaranya adalah perlindungan sehingga RM25,000 bagi pembatalan deposit atau perjalanan. Sekiranya korang mengalami kelewatan bagasi, korang layak menerima RM200 setiap 6 jam sehingga RM800. RM300 setiap 6 jam sehingga RM2,000 turut diberikan kepada korang mengalami kelewatan perjalanan.
Selain itu, pelan ini melindungi kesulitan-kesulitan lain ketika perjalanan seperti terlepas perjalanan (sehingga RM2,000). Manakala, bagi kehilangan dokumen-dokumen perjalanan seperti pasport dan visa, korang boleh menerima manfaat sehingga RM5,000 bagi kos tambahan untuk penginapan, perbelanjaan perjalanan dan komunikasi dan bayaran dokumen penggantian.

Malang juga tidak berbau. Bagi memastikan korang sentiasa dilindungi – Insurans Perjalanan Allianz juga menyediakan manfaat perbelanjaan perubatan sehingga RM 350,000 dan manfaat sehingga RM10 juta bagi kes-kes pemindahan perubatan kecemasan, repatriasi rawatan kecemasan dan repatriasi jenazah.
*Tertakluk pada terma & syarat.
Untuk pengetahuan korang, terdapat dua jenis pelan yang ditawarkan di bawah Insurans Perjalanan Allianz ini iaitu Allianz Travel Easy (boleh dibeli secara atas talian) dan Allianz Travel Care (dibeli melalui ejen Allianz yang sah).
Kepada yang berminat, korang boleh terus layari Portal Rasmi Allianz Malaysia di PAUTAN INI.
Nak-nak lagi bila sekarang ni, korang boleh dapat peluang…
Pergi ke Korea Selatan menyaksikan kejohanan badminton Korea Open 2025 secara langsung!
Kalau korang melanggan mana-mana pelan di bawah Insurans Perjalanan Allianz, korang berpeluang memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Korea Selatan bagi menyaksikan perlawanan Separuh Akhir Korea Open 2025 pada bulan September nanti!
Kempen #NoStoppingUs ini sah dari 1 Mac hingga 20 Julai 2025! Jadinya, lepas korang langgan pelan Insurans Perjalanan Allianz – korang terus daftar penyertaan di PAUTAN INI.
Maklumat lebih lengkap berkenaan kempen ini dan syarat-syarat lengkapnya boleh dilihat – DI SINI.
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.