Penyakit kritikal seperti kanser, serangan jantung, strok, kencing manis dan kegagalan buah pinggang kini semakin kerap berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu, ramai yang masih keliru tentang apa itu penyakit kritikal dan mengambil ringan terhadap risiko penyakit kritikal.

Oleh itu, mari kita sama-sama lihat lima mitos paling biasa tentang penyakit kritikal yang masih dipercayai ramai dan apakah fakta sebenar disebaliknya.
5 mitos penyakit kritikal yang kita perlu sedar
Mitos 1: Penyakit kritikal hanya berlaku kepada orang tua

Ramai menganggap penyakit kritikal hanya akan menimpa golongan tua atau warga emas. Hakikatnya, penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan strok boleh saja menyerang golongan muda seawal usia 20-an.
Gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam, pemakanan tinggi gula dan lemak, tekanan kerja yang tinggi serta kurang tidur antara punca penyumbang utama kepada peningkatan risiko ini di kalangan generasi muda.
Lebih membimbangkan, ia bukan saja mengancam kesihatan individu, tetapi juga membawa kesan besar kepada kestabilan kewangan dan keluarga.
Mitos 2: “Kalau saya nampak sihat, saya pasti sihat”

Penampilan luaran sebenarnya bukanlah penentu kepada tahap kesihatan seseorang. Ramai yang pada zahirnya kelihatan aktif dan sihat, tapi sebenarnya mempunyai masalah kesihatan yang belum dikesan.
Contohnya, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi yang jarang menunjukkan gejala awal, tetapi menjadi punca utama kepada penyakit seperti strok dan serangan jantung.
Kerana itulah ramai yang hanya menyedari mereka menghidap penyakit kritikal selepas diserang secara tiba-tiba atau ketika menjalani pemeriksaan kesihatan bersahaja. Oleh itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala adalah sangat penting walaupun kita rasa diri kita sihat.
Mitos 3: “Kalau tiada sejarah keluarga, saya tak perlu risau”

Tak dapat dinafikan faktor genetik memainkan peranan bagi penyakit-penyakit tertentu. Akan tetapi, ia bukan satu-satunya penyebab penyakit kritikal.
Ini kerana, ramai saja yang tiada rekod penyakit dalam sejarah keluarga, tapi tetap menghidap penyakit serius kerana gaya hidup mereka. Merokok, pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, tekanan dan pencemaran alam sekitar boleh menjadi penyumbang terhadap penyakit kritikal.
Jadi, walaupun tiada ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit kritikal, korang masih berisiko. Jangan biarkan rasa ‘selamat’ membuatkan korang leka dan tidak membuat persediaan awal.
Mitos 4: Insurans perubatan saja sudah cukup, tak perlu perlindungan penyakit kritikal

Ini antara mitos paling besar, apabila ramai menyangka insurans perubatan sudah mencukupi untuk menampung segala kos rawatan. Walaupun insurans ini memang membantu menanggung bil hospital dan rawatan, ia tidak meliputi keperluan lain seperti kehilangan pendapatan akibat tidak boleh bekerja, kos penjagaan di rumah, peralatan perubatan khas, atau ubat-ubatan jangka panjang.
Di sinilah pentingnya pelan perlindungan penyakit kritikal. Pelan ini memberi pampasan secara sekaligus apabila korang disahkan menghidap salah satu daripada penyakit kritikal yang dilindungi.
Mitos 5: “Saya masih muda, nanti-nantilah beli perlindungan”

Pasti ramai dalam kalangan anak muda yang ada pemikiran seperti ini. Tapi sebenarnya, waktu terbaik untuk mendapatkan perlindungan adalah semasa seseorang itu masih muda dan sihat. Ini kerana, syarikat insurans biasanya mengenakan bayaran premium yang lebih rendah kepada individu yang masih muda, sihat dan belum mempunyai sebarang penyakit.
Kalau korang menunggu sehingga sakit, permohonan mungkin ditolak atau dikenakan pengecualian manfaat tertentu. Jadinya, lebih awal korang bertindak, lebih banyak korang jimat dan lebih tinggi peluang korang untuk dilindungi sepenuhnya apabila diperlukan.
Apatah lagi ketika ini dah ada perlindungan penyakit kritikal yang terbaik iaitu…
Allianz Prime Care+ melindungi korang daripada lebih 150 penyakit kritikal!
Kalau korang nak tahu, Allianz Prime Care+ direka untuk melindungi korang daripada lebih 150 penyakit kritikal seperti strok, penyakit jantung, kanser, diabetes, parkinson, kelumpuhan dan banyak lagi. Malah, bagi penyakit seperti serangan jantung, parkinson dan strok – korang dilindungi pada peringkat awal, pertengahan dan akhir.
Bagi penyakit kanser, korang turut layak menerima bayaran tambahan pada peringkat awal, pertengahan atau akhir. Kadar yang ditetapkan adalah sebanyak 10.5% daripada amaun yang diinsuranskan bagi peringkat awal dan 35% daripada amaun yang diinsuranskan bagi peringkat pertengahan/akhir. Tertakluk pada terma dan syarat

Sekiranya korang menghidap diabetes pula, pelan ini menyediakan manfaat pemulihan meliputi empat komplikasi utama iaitu amputasi, kegagalan buah pinggang, retinopati, dan koma diabetik.
Untuk penyakit katastropik seperti kanser dengan metastasis, serangan jantung yang meluas, strok teruk, transplan jantung dan paru-paru, quadriplegia keseluruhan disebabkan oleh kecederaan saraf tunjang dan kehilangan anggota-anggota badan – korang boleh menerima manfaat tambahan sebanyak 20% daripada Amaun yang Diinsuranskan.
Jadinya, kepada yang masih tercari-cari perlindungan penyakit kritikal terbaik, Allianz Prime Care+ adalah jawapannya. Kepada yang berminat, korang layari saja portal rasmi Allianz Malaysia (DI SINI) untuk maklumat lanjut.
Tapi sebelum itu, nak beritahu juga yang korang sebenarnya berpeluang…
Terbang ke Korea Selatan bagi menyaksikan Kejohanan Badminton Korea Open 2025 secara langsung!
Allianz Malaysia sekarang sedang menjalankan kempen #NoStoppingUs yang membuka peluang kepada korang untuk memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Korea Selatan bagi menyaksikan perlawanan Separuh Akhir Korea Open 2025 pada bulan September nanti!
Syaratnya, korang hanya perlu melanggan mana-mana polisi Allianz yang layak (termasuk Allianz Prime Care+) dan mengisi borang penyertaan yang disediakan.
Kempen ini berlangsung dari 1 Mac hingga 20 Julai 2025. Kepada yang nak tahu lebih lanjut, layari saja PAUTAN INI.
Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.