Kos rawatan perubatan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Malah, satu kemalangan kecil atau penyakit yang tak dijangka boleh mengakibatkan bil hospital yang mencecah ribuan ringgit. Dalam situasi sebegini, insurans perubatan bukan lagi satu pilihan mewah, tapi merupakan satu keperluan asas bagi melindungi diri dan keluarga daripada beban kewangan yang tidak dijangka.

Namun begitu, dengan begitu banyak pelan insurans yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat di pasaran, memilih pelan yang paling sesuai boleh menjadi satu tugas yang mencabar.
Pasti ramai yang akan keliru dan ada yang hanya memilih insurans perubatan dengan premium rendah tanpa menyedari perlindungannya sangat terhad. Ada juga yang membayar lebih, tapi tidak menggunakan manfaat yang ditawarkan sepenuhnya.
Justeru, amat penting untuk kita memahami asas insurans perubatan dan bagaimana untuk menilai keperluan sebenar kita sebelum membuat keputusan.
Dengan panduan yang betul, korang akan lebih yakin dalam memilih pelan insurans yang bukan sahaja mampu milik, malah sesuai dengan gaya hidup, tahap kesihatan, dan keutamaan korang.
Cara memilih Pelan Insurans Perubatan yang tepat
1. Nilai keperluan penjagaan kesihatan diri

Sesuai dengan namanya “Insurans Perubatan”, maka mengenal pasti keadaan kesihatan diri semasa, sejarah perubatan, dan risiko yang mungkin dihadapi adalah langkah paling utama. Makanya, korang hendaklah mempertimbangkan faktor-faktor seperti:
- Keadaan kesihatan sedia ada;
- Kekerapan lawatan ke doktor;
- Sejarah perubatan keluarga;
- Gaya hidup yang mungkin mempengaruhi kesihatan diri.
2. Fahami jenis-jenis Pelan Insurans Perubatan

Pelan insurans perubatan berbeza dari segi perlindungan dan kos. Antara jenis-jenis yang korang perlu tahu adalah:
- Pelan Individu: Direka untuk pemegang polisi tunggal, meliputi kemasukan ke hospital, rawatan pesakit luar dan lain-lain.
- Pelan Keluarga: Satu pelan yang merangkumi beberapa ahli keluarga, dan biasanya lebih menjimatkan berbanding polisi individu.
- Pelan Berkumpulan: Biasanya ditawarkan oleh majikan, dengan kadar bayaran lebih rendah tetapi mungkin mempunyai manfaat yang terhad.
3. Bandingkan perlindungan dan manfaat

Untuk memastikan sesuatu perlindungan perubatan itu berbaloi atau tidak, mahu atau tidak – korang kena memastikan ia menawarkan perlindungan yang mencukupi, seperti:
- Rawatan pesakit dalam dan luar;
- Perkhidmatan kecemasan;
- Konsultasi pakar dan ujian diagnostik;
- Pendapatan hospitalisasi;
- Penjagaan pencegahan dan manfaat kesihatan.
4. Semak senarai hospital panel
Pelan insurans perubatan yang baik seharusnya mempunyai rangkaian hospital dan klinik panel yang meluas. Bagi memudahkan urusan korang, pastikan terdapat hospital panel yang terletak di lokasi berdekatan dengan tempat tinggal, strategik dan mempunyai tenaga pakar.
5. Teliti pengecualian dan had polisi
Walaupun nampak leceh, tapi membaca terma dan syarat dengan teliti adalah sangat penting! Ini kerana, dengan itu barulah korang tahu tentang apa yang dilindungi dan tak dilindungi.
Jangan sangka semua keadaan dilindungi, sebab ada juga pengecualian yang biasanya ditetapkan seperti:
- Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh menunggu;
- Prosedur kosmetik;
- Terapi alternatif;
- Rawatan pergigian.
6. Pertimbangkan kos seperti Premium, Deduktibel, dan Bayaran Bersama

Apabila melanggan sebarang perlindungan perubatan, sudah pasti korang perlu membayar premium bulanan. Namun, kadar premium boleh dikurangkan jika korang memilih deduktibel atau bayaran bersama.
- Deduktibel: Jumlah yang perlu dibayar sendiri sebelum perlindungan insurans bermula. Maknanya, korang perlu membayar jumlah tertentu, dan baki bil akan dibayar oleh pihak insurans.
- Bayaran bersama: Pemegang polisi membayar sejumlah peratus daripada kos perubatan dan bakinya akan diselesaikan oleh penyedia insurans.
7. Semak proses tuntutan dan sokongan pelanggan
Untuk tujuan keselesaan dan kelancaran, proses tuntutan yang mudah adalah penting. Oleh itu, cubalah cari syarikat insurans yang menawarkan:
- Prosedur tuntutan yang ringkas;
- Tempoh bayaran balik yang cepat;
- Sokongan pelanggan 24/7 untuk bantuan.
Dengan semua perkara ini, dapatlah korang memilih dan melanggan pelan pelindungan perubatan yang baik dan tepat. Tapi, kalau nak lagi mudah – korang boleh ambil saja…
HealthAssured menawarkan perlindungan terbaik dengan penjimatan kos!
Bagi korang yang sedang mencari pelan perlindungan yang menyeluruh dan fleksibel, rider HealthAssured adalah jawapannya! Rider ini bukan sekadar menawarkan perlindungan asas, malah hadir dengan pelbagai manfaat tambahan yang menjadikannya lebih baik berbanding pelan lain di pasaran.
Antara keistimewaan HealthAssured ialah korang akan menerima Manfaat Selamat Datang iaitu diskaun sebanyak 20% ke atas Kos Insurans (COI) yang diberikan serta-merta sebaik sahaja korang mendaftar. Sekiranya korang tak membuat sebarang tuntutan, diskaun ini akan kekal dengan Manfaat Tiada Tuntutan, selagi mana korang tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh semakan.

Selain itu, rider ini juga membolehkan korang menyesuaikan tahap perlindungan mengikut bajet dengan Pilihan Penjimatan Kos yang fleksibel di mana adanya insurans bersama atau pembayaran bersama. Namun, HealthAssured masih menawarkan had tahunan keseluruhan yang tinggi iaitu sehingga RM5 juta untuk Pelan Asas dan perlindungan tanpa had untuk Pelan Premier!
Sekiranya korang memerlukan rawatan di hospital, HealthAssured menyedikan perlindungan merangkumi Bekalan dan Perkhidmatan Hospital; Bayaran Pembedahan; Bayaran Pakar Bius; Bayaran Bilik Bedah; Bayaran Ambulans; Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital; Pemindahan Organ dan pelbagai lagi.
Manfaat Bilik Hospital dan Penginapan pula adalah sehingga RM500 sehari. Malah, tiada had bilangan hari bagi setiap Tahun Polisi, dengan syarat ia adalah Perlu Dari Segi Perubatan!
Korang juga layak menerima Manfaat Selepas Penghospitalan merangkumi Rawatan Selepas Penghospitalan; Penjagaan Kejururawatan di Rumah (sehingga RM20,000 setiap Tahun Polisi); Rawatan Fisioterapi (sehingga RM12,000 setiap Tahun Polisi); dan Bayaran Balik untuk Kiropraktik, Kiropodi, Homeopati, Osteopati atau Akupunktur (sehingga RM5,000 setiap Tahun Polisi).

Dengan semua manfaat ini, HealthAssured memberikan korang perlindungan menyeluruh yang boleh dipercayai. Ia bukan sekadar insurans, tetapi satu pelaburan masa depan yang lebih selamat dan terjamin.
Kepada yang berminat, boleh terus layari laman web rasmi Allianz Malaysia – DI PAUTAN INI.
Tapi sebelum itu, nak beritahu juga yang sekarang ni korang…
Berpeluang menyaksikan kejohanan Badminton Korea Open 2025 secara langsung di sana!
Sebenarnya, Allianz Malaysia sekarang melancarkan peraduan #NoStoppingUs yang memberikan peluang kepada korang untuk menyaksikan secara langsung kejohanan badminton Korea Open 2025 di Korea Selatan!
Untuk menyertai, korang hanya perlu membeli mana-mana polisi Allianz yang layak – termasuk HealthAssured dan mengisi borang penyertaan. Peraduan ini berlangsung dari 1 Mac hingga 20 Julai 2025.
Jadi, inilah masa terbaik untuk melindungi diri korang sambil berpeluang memenangi pengalaman yang cukup berharga.
Korang boleh layari PAUTAN INI bagi mengetahui dengan lebih lagi tentang kempen ini.
Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.