Memiliki kenderaan bukan sekadar tentang mengisi minyak dan menggunakannya setiap hari. Sama seperti tubuh badan kita, kenderaan juga memerlukan penjagaan rapi dan pemeriksaan berkala. Malangnya, ramai pemilik kenderaan yang hanya mengambil berat apabila kerosakan dah berlaku dan ketika itu pun kos baik pulih semakin tinggi dan keadaan lebih merumitkan.
Dengan memahami isu utama kerosakan yang sering berlaku, korang boleh mengambil langkah-langkah pencegahan awal bagi menjimatkan wang dan mengelakkan masalah besar di kemudian hari.
Punca-punca biasa kerosakan kenderaan
1. Mengabaikan penyelenggaraan berkala

Ada yang beranggapan bahawa menangguhkan penyelenggaraan (servis) tak akan memberi kesan besar kepada kenderaan. Tapi hakikatnya, minyak enjin yang tidak diganti boleh menjadi likat, menyebabkan enjin bekerja lebih keras dan cepat haus. Begitu juga dengan penapis udara atau cecair brek yang jika tidak dijaga boleh menjejaskan prestasi keseluruhan kenderaan.
Cara elak: Ikuti jadual servis yang disyorkan pengeluar, jangan tunggu tanda-tanda kerosakan muncul. Catat atau setkan peringatan setiap kali servis dilakukan.
2. Tabiat memandu yang kasar

Tekan minyak sehabis boleh, brek mengejut, dan memandu di jalan berlubang tanpa berhati-hati adalah antara punca kerosakan. Hal ini kerana, ia akan membuatkan tayar cepat haus, brek mudah rosak, dan suspensi hilang ketahanannya.
Cara elak: Amalkan gaya pemanduan yang lebih tenang dan selamat. Selain jimat minyak, ia juga memanjangkan jangka hayat komponen kenderaan.
3. Mengabaikan lampu amaran di papan pemuka

Ada juga pemandu yang memilih untuk “buat tak tahu” bila lampu amaran menyala, terutamanya dengan amaran “check engine” atau “oil pressure”. Hakikatnya, ia adalah sistem amaran awal yang memberi isyarat kenderaan bermasalah. Jika dibiarkan, kerosakan kecil boleh merebak ke komponen lain seperti sistem transmisi atau enjin.
Cara elak: Jangan abaikan sebarang lampu amaran. Segera bawa kenderaan korang ke bengkel untuk pemeriksaan profesional.
4. Cuaca dan keadaan jalan

Faktor luaran juga boleh memainkan peranan terhadap tahap ‘kesihatan kenderaan’. Ini kerana, Malaysia terkenal dengan cuacanya yang panas dan hujan lebat. Suhu tinggi boleh menjejaskan sistem penyejukan, manakala banjir atau air bertakung boleh menyebabkan enjin ‘hydrolock’ iaitu salah satu kerosakan paling mahal untuk dibaiki! Jalan tidak rata pula boleh merosakkan bahagian bawah kenderaan.
Cara elak: Pastikan sistem penyejukan sentiasa dalam keadaan baik, elakkan memandu di kawasan banjir, dan perlahankan kenderaan di jalan rosak.
5. Penggunaan alat ganti murah atau tiruan

Alat ganti murah mungkin menjimatkan kos pada awalnya, tapi ketahanannya rendah. Ia bukan sahaja cepat rosak, malah boleh merosakkan komponen lain. Contohnya, pad brek tiruan yang tidak berkualiti boleh menjejaskan cakera brek dan meningkatkan risiko kemalangan.
Cara elak: Gunakan alat ganti asli atau berkualiti walaupun sedikit mahal. Ia lebih berbaloi untuk jangka panjang. Pergi juga ke bengkel yang diiktiraf supaya tiada unsur penipuan.
Walaupun mungkin segala langkah-langkah awal telah diambil, ia tak menjamin kenderaan korang tak akan rosak. Malang tidak berbau – kenderaan boleh saja ‘meragam’ sehingga membuatkan korang terkandas di tepi jalan. Tapi, jangan risau sebab…
Allianz Road Rangers sedia membantu di mana saja korang berada!
Kalau korang nak tahu, Allianz Road Rangers adalah perkhidmatan bantuan tepi jalan untuk kereta dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan atau kerosakan di seluruh negara! Bantuan tepi jalan ini adalah komplimentari untuk pemegang polisi Allianz Motor Comprehensive!
Sekiranya korang memerlukan bantuan mereka, korang boleh terus hubungi talian 1800-22-5542 dan selepas itu Allianz Bike Brigade akan tiba di tempat kejadian untuk menilai tahap kerosakan kenderaan korang dan menawarkan bantuan pertama sekiranya korang hanya mengalami kerosakan jalan raya yang ringan, termasuk pertolongan cemas jika diperlukan.
Jika kerosakan lebih serius, mereka akan menunda kenderaan korang ke balai polis untuk membuat laporan polis, dan seterusnya ke Panel Bengkel Allianz. Lebih prihatin, pasukan Allianz Road Rangers akan membimbing korang untuk perkara yang diperlukan dan berada di balai polis bersama-sama dengan korang.
Jika perlu, korang juga akan diberikan baucar e-hailing yang boleh digunakan untuk pulang ke rumah dari tempat kemalangan. Proses Kelayakan dan Kelulusan Tuntutan juga dilaksanakan dengan cepat iaitu sepantas 10 minit!
Setelah kenderaan dibaiki, korang tak perlu pergi ke bengkel, sebab pihak Allianz akan hantar kenderaan itu kepada korang!

Kalau korang mahukan perkhidmatan seperti Allianz Road Rangers ini. Korang bolehlah mendaftar dengan pelan-pelan perlindungan kenderaan Allianz General seperti Allianz Motor Comprehensive (Private Car), Allianz Motorcycle Plus (Comprehensive) and Allianz Motorcycle (Comprehensive).
Nak tahu lebih lanjut, layari saja Portal Rasmi Allianz Malaysia DI PAUTAN INI.
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.