Panduan memilih motosikal pertama: 5 benda yang wajib korang tahu!

beli motosikal

Di Malaysia, menunggang motosikal adalah pilihan praktikal kerana kos yang tidak terlalu tinggi, mudah dibawa di jalan sesak, dan jimat minyak. Tetapi, membeli motosikal pertama bukan sekadar soal bajet, sebaliknya memerlukan persediaan dan pengetahuan yang secukupnya.

Jika salah pilih, korang mungkin berdepan dengan kos tambahan, masalah penyelenggaraan atau rasa tak selesa ketika menunggang. Oleh itu, kali kita akan membincangkan beberapa perkara penting yang patut dipertimbangkan sebelum membuat keputusan membeli motosikal.

Sebelum beli motosikal, ketahui 5 perkara ini dulu!

1. Tentukan tujuan utama

Imej dari New Straits Times.

Sebelum apa-apa, pastikan dulu korang sudah tahu tujuan utama kenapa nak beli motosikal. Antara persoalan-persoalan yang korang perlu jawab adalah:

  • Adakah motosikal ini digunakan untuk ke tempat kerja?
  • Untuk digunakan sebagai penghantaran barangan/makanan?
  • Untuk perjalanan jauh atau ride hujung minggu?

Selepas itu, barulah korang buat keputusan tentang jenis dan model apa yang korang sepatutnya beli. Sebagai contoh, untuk perjalanan harian dengan bajet rendah korang boleh memilih motor jenis kapcai atau skuter.

Kalau nak tunggang untuk perjalanan jauh, disarankan korang untuk ambil model dengan ciri sport touring atau adventure.

2. Pilih saiz dan kuasa enjin yang sesuai

Imej dari Fodsports.

Bagi penunggang baru, motosikal dengan kapasiti enjin 110cc – 150cc sudah memadai untuk kegunaan harian. Motosikal jenis ini juga lebih jimat minyak, mudah dikawal dan kos penyelenggaraannya yang rendah.

Bagi motosikal dengan kapasiti enjin sederhana (200cc – 400cc) pula, ia sesuai untuk perjalanan yang lebih jauh, tetapi dengan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi. Oleh itu, pilihlah motosikal yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan masing-masing!

3. Faktor keselesaan

Imej dari Motorsport Network.

Apalah gunanya kalau menunggang motosikal, tapi rasa tak selesa kan? Oleh itu, masa korang survey motosikal itu, sebaiknya korang cuba bawa motosikal yang korang minat itu. Masa tu. bolehlah korang rasa sama ada motosikal itu selesa dan sesuai tak untuk korang.

Antara perkara yang perlu korang bagi perhatian adalah ketinggian tempat duduk (pastikan kaki dapat jejak tanah dengan stabil), berat motosikal (mampu ditolak atau diparkir dengan mudah) dan posisi menunggang (selesa untuk tempoh lama).

4. Kos pemilikan

Imej dari BikesRepublic.

Membeli motosikal bukan saja tentang harga atas kertas atau kerana promosi. Tapi, ia sebenarnya datang dengan pelbagai kos lain seperti cukai jalan, insurans kenderaan, penggunaan minyak, tayar, penyelenggaraan dan kos alat ganti.

Ramai sebenarnya pembeli baru yang terlepas pandang dengan kos-kos ini. Jika semua ini diambil kira sebelum membeli motosikal, korang boleh merancang kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan sebarang kerugian besar jika berlaku kemalangan, kerosakan atau kecurian.

5. Ciri-ciri keselamatan

Imej dari Continental Automotive Global.

Jika dibandingkan dengan memandu kereta, menunggang motosikal datang dengan risiko yang lebih tinggi. Makanya, penting untuk korang memastikan model motosikal itu datang dengan ciri-ciri keselamatan yang sebaiknya.

Antaranya seperti sistem brek ABS, lampu LED terang, cermin sisi lebar dan tayar berkualiti untuk cengkaman yang baik.

Setuju atau tidak, keselamatan penunggang dan pembonceng bukanlah pilihan namun satu keutamaan. Dengan ciri-ciri keselamatan yang baik dan pemanduan yang berhemah, ia dapat mengurangkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Namun, ia tak cukup setakat itu, sebab…

Dapatkan perlindungan menyeluruh dengan perlindungan Allianz Motorcycle Plus!

Imej dari risalah Allianz Malaysia.

Bagi yang belum tahu, sekarang ni Allianz General di bawah Inisiatif Insurans Rahmah dan membolehkan korang mendapat perlindungan yang komprehensif untuk penunggang motosikal. Ia adalah Allianz Motorcycle Plus iaitu sebuah pelan yang melindungi korang, motosikal dan pembonceng korang tanpa sebarang kos tambahan!

Melalui pelan komprehensif Allianz Motorcycle Plus, korang layak menerima perlindungan untuk kehilangan atau kerosakan terhadap motosikal akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian.

Ia juga menyediakan perlindungan bagi kematian atau kecederaan anggota badan pihak ketiga dan kehilangan atau kerosakan harta terhadap pihak ketiga.

Manfaat-manfaat tambahan turut diberikan seperti RM10,000 perlindungan kemalangan jalan raya setiap seorang untuk korang dan pembonceng korang sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Pendapatan Hospital sebanyak RM100 sehari (maksimum 60 hari) sehingga RM6,000 setiap seorang untuk korang dan pembonceng korang turut disediakan.

Korang juga boleh memilih untuk dilindungi dari bencana khas seperti banjir, taufan, tanah runtuh dan banyak lagi, tapi manfaat ini adalah pilihan tertakluk kepada penambahan premium.

Tak lupa juga dengan Faedah Bantuan Banjir di bawah Inisiatif Insurans Rahmah sebanyak RM1,000 secara percuma sekiranya motosikal korang rosak akibat banjir.

Imej dari risalah Allianz Malaysia.

Kalau motosikal korang rosak di tepi jalan pula, korang jangan risau. Sebabnya, Allianz Motorcycle Plus menyediakan bantuan tepi jalan (sehingga 50km, dua hala).

Jadinya, boleh dikatakan yang Allianz Motorcycle Plus adalah pilihan terbaik bagi korang yang mencari perlindungan komprehensif untuk motosikal dan juga diri korang. Nak tahu lebih lanjut, korang hubungi saja wakil – wakil sah Allianz General (DI SINI) atau layari portal rasminya (DI SINI).

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *