5 kesilapan umum usahawan baru selalu buat dan cara mengelakkannya

usahawan baru

Ramai yang memulakan perniagaan dengan semangat yang tinggi, penuh dengan idea dan harapan. Tapi malangnya, ramai yang gagal dalam tempoh 1 ke 3 tahun pertama.

Umum mengetahui bahawa kita akan sentiasa terdedah dengan risiko dan juga boleh melakukan kesilapan kecil. Namun harus kita ingat dari kesilapan kecil juga akan membawa kesan yang besar kepada perniagaan kita.

Oleh itu, artikel kali ini, kita akan membincangkan sedikit sebanyak tentang kesilapan-kesilapan yang lazim usahawan baru lakukan dan cara untuk mengelakkannya.

5 kesilapan yang selalu usahawan baru lakukan

1. Tiada perancangan kewangan yang jelas

Imej dari Niaga Times.

Ramai usahawan baru memulakan perniagaan mereka dengan semangat yang tinggi, tapi lupa untuk merancang kewangan secara terperinci. Mereka mungkin terlepas pandang tentang kos sebenar operasi bulanan, tidak menyediakan dana kecemasan atau tidak memahami aliran tunai.

Denga isu-isu sebegini, perniagaan boleh ‘kering’ sebelum cukup masa untuk berkembang. Hal ini disebabkan kerana tak cukup tunai untuk bayar pembekal, gaji atau sewa premis.

Oleh itu, bagi mengelakkan isu ini – sebelum masuk dalam dunia keusahawanan, seseorang itu hendaklah mengambil ilmu terlebih dahulu. Mereka juga perlu menyediakan bajet bulanan yang realistik; memantau keluar masuk wang dengan teliti; simpan dana kecemasan sekurang-kurangnya untuk 3 bulan kos operasi dan gunakan sistem perakaunan mudah.

2. Melakukan semuanya seorang diri 

Imej dari SME Niaga.

Tak kurang juga ramai di kalangan usahawan baru cuba menjimatkan kos dengan menjadi ‘one-man show’ dari mengurus akaun, pesanan barang, layanan pelanggan sampailah ke promosi dilakukan sendiri.

Walaupun bagus dan mungkin mengurangkan kos, masalah boleh timbul dan menyebabkan mereka akan cepat letih, hilang fokus, dan lambat berkembang kerana semua kerja menjadi tanggungjawab seorang sahaja.

Oleh hal demikian, seorang usahawan itu perlu mengenal pasti tugas yang boleh di ‘outsource’ seperti pereka grafik, kempen iklan atau urusan penghantaran. Gunakan automasi seperti social media scheduler atau sistem invois automatik.

3. Tidak tahu sasaran pelanggan yang sebenar

Imej dari Teamly.

Hal ini berlaku apabila mereka cuba menjual produk mereka kepada semua orang. Perkara ini tidak betul, kerana tanpa fokus pelanggan yang tepat, mesej pemasaran akan menjadi kabur dan kurang berkesan.

Akibatnya, mereka akan membazirkan masa dan wang mempromosikan iklan kepada golongan yang bukan sasaran sebenar.

Oleh itu, bagi mengelakkan kesilapan ini – usahawan hendaklah mengkaji pelanggan ideal mereka merangkumi umur, pekerjaan, minat dan keperluan mereka.

Usahawan juga perlu melihat corak pembelian semasa, tentang siapa yang paling banyak bertanya atau membeli. Gunakan juga data pelanggan (dari media sosial atau laman web) untuk memahami tingkah laku pelanggan.

4. Terlalu fokus pada produk, abaikan jualan

Imej dari Predictable Designs.

Ramai usahawan terperangkap dalam ‘perfectionism’ – apabila produk ditambah baik tanpa henti, tapi tak ada tindakan untuk menjual. Akhirnya, produk menjadi hebat, tapi tak dikenali oleh sesiapa!

Bagi mengelakkan hal ini terjadi, antara langkah yang boleh diambil ialah usahawan boleh melancarkan produk lebih awal, walaupun produk belum 100% sempurna. Seterusnya, kumpul maklum balas awal dari pelanggan.

Jalankan juga promosi dan pemasaran dari awal, bukan selepas produk ‘siap sepenuhnya’. Boleh gunakan strategi pra-lancar seperti pre-order atau teaser kempen.

5. Tiada pelan jangka panjang

Imej dari PAX Financial Group.

Kesilapan usahawan yang hanya fokus untuk ‘survive minggu ni’ atau ‘dapat untung bulan ni’ akan menjadikan perniagaan mereka tanpa hala tuju jangka panjang dan matlamat yang jelas.

Kesannya, mereka akan sukar untuk membuat keputusan besar, terlepas peluang pelaburan atau kerjasama strategik.

Bagi sebuah perniagaan yang ideal, usahawan semestinya merancang matlamat perniagaan bagi tempoh 6 bulan, 1 tahun dan 3 tahun. Tanya diri sendiri juga sama ada mahu kekal sebagai bisnes mikro atau berkembang menjadi syarikat lebih besar? Semak semula pelan secara berkala dan ubah suai bila perlu.

Sebarang risiko juga perlu dipertimbangkan dan membuat persiapan awal adalah sangat penting. Salah satunya adalah dengan menyediakan perlindungan perniagaan seperti…

Allianz Business Shield: Pelan terbaik melindungi perniagaan dari sebarang risiko!

Jika korang mempunyai perniagaan atau merancang untuk menjadi seorang usahawan – maka Allianz Business Shield adalah pelan perlindungan terbaik! Sebabnya, pelan ini direka khas untuk melindungi pelbagai jenis perniagaan sama ada runcit, pejabat, penjagaan kesihatan, pendidikan, kecantikan, makanan dan minuman serta banyak lagi!

Dengannya, perniagaan korang akan dilindungi daripada pelbagai risiko seperti kebakaran, banjir, gempa bumi, pecah masuk dan sebagainya. Bagi perusahaan kecil dan serderhana (PKS) – korang juga boleh memilih manfaat tambahan Inconvenience Relief Benefit di bawah pelan ini.

Ini kerana, dengan hanya sedikit tambahan premium – perniagaan korang akan dilindungi sekiranya berlaku kerugian melebihi 15% daripada jumlah bangunan yang diinsuranskan, atau korang tidak dibenarkan untuk menggunakan premis perniagaan korang lebih 72 jam berikutan kerugian akibat peril yang diinsuranskan.

Malah, pembayaran sehingga RM2,000 sehari juga disediakan sepanjang tempoh kerja pembaikan, sehingga maksimum 180 hari.

Imej dari risalah Allianz Malaysia.

Selain itu, korang juga boleh memilih manfaat tambahan Profit Shield yang memberikan perlindungan sehingga RM2 juta untuk sebarang kerugian atau kerosakan lebih daripada 15% daripada jumlah keseluruhan yang diinsuranskan akibat peril yang diinsuranskan

Malah, pelan ini juga ada pilihan tambahan Allianz Hospital Income, yang menyediakan pendapatan hospital sehingga RM500 sehari (maksimum 60 hari) jika ada kakitangan syarikat yang dimasukkan ke hospital akibat kemalangan, kesakitan atau penyakit.

Belum habis lagi! Korang juga boleh memilih manfaat tambahan Perlindungan Perubatan Kemalangan Diri Berkelompok yang memberikan perlindungan sehingga RM1,000,000 bagi kes kematian/hilang upaya kekal dan sehingga RM10,000 bagi perbelanjaan perubatan.

Jadi apa yang ditunggu lagi? Kepada yang merancang nak memulakan perniagaan atau yang sudah menjadi usahawan itu – ambillah Allianz Business Shield sebagai benteng perniagaan korang!

Untuk maklumat lanjut, layari saja Portal Rasmi Allianz Malaysia (DI SINI) atau hubungi terus wakil-wakil Allianz yang sah di PAUTAN INI.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *