Darah tinggi di usia muda! Fenomena baru rakyat Malaysia?

Darah tinggi

Pada suatu ketika dahulu, apabila kita menyebut penyakit darah tinggi, kebanyakan orang akan terus terbayang golongan berusia iaitu mereka yang sudah bersara atau mencecah umur 50 tahun ke atas.

Tapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, corak itu mula berubah kerana semakin ramai anak muda, termasuk mereka dalam lingkungan usia 20-an dan 30-an, telah disahkan menghidap penyakit ini.

Mengapa perkara ini berlaku? Apa puncanya? Dan yang paling penting, adakah kita sebagai generasi muda sedar dengan risiko ini? Tapi sebelum kita bincang dengan lebih lanjut, kita perlu tahu dahulu…

Apa itu darah tinggi?

Imej dari Hello Doktor.

Tekanan darah tinggi atau hipertensi pada asasnya berlaku apabila tekanan darah terhadap dinding arteri terlalu tinggi secara konsisten. Ia boleh berlaku tanpa gejala dan hanya disedari apabila seseorang itu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Akan tetapi, ia juga boleh dikesan dengan beberapa gejala seperti sakit kepala, sesak nafas atau pendarahan di hidung. Namun, gejala ini tidaklah spesifik dan mungkin berlaku kepada individu tertentu sahaja.

Tapi, sekiranya penyakit ini dibiarkan dan tidak dirawat secara betul – ia boleh membawa kepada komplikasi serius seperti serangan jantung, strok, dan kerosakan buah pinggang.

Dengan risiko ini, boleh dikatakan darah tinggi sebagai salah satu penyakit berbahaya dan perlu mendapat perhatian. Apatah lagi bila mana…

Trend darah tinggi semakin meningkat di kalangan orang muda

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, sebanyak 29.2% atau 1 dalam 3 dewasa di Malaysia mengalami tekanan darah tinggi. Dari jumlah itu, 11.9% tidak tahu yang mereka menghidap penyakit berkenaan.

Imej dari Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi 2023.

Apa yang lebih mengejutkan, golongan yang berumur 18 – 39 tahun adalah kumpulan umur dengan peratus tertinggi tidak tahu mereka menghidap penyakit darah tinggi.

Malah, data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyatakan peningkatan kes tekanan darah tinggi di kalangan belia akibat gaya hidup moden dan tekanan hidup.

Kenapa orang muda kini berisiko?

Terdapat beberapa sebab utama yang menyumbang kepada berlakunya tekanan darah tinggi. Antaranya adalah:

1. Kurang bergerak

Imej dari Alton Physical Therapy.

Ramai di kalangan orang muda hari ini bekerja di pejabat, belajar secara digital, dan berhibur di depan skrin. Makanya, boleh dikatakan yang aktiviti fizikal sangat terhad. Apabila tubuh tidak bergerak, sistem peredaran darah menjadi perlahan, berat badan bertambah, dan risiko tekanan darah tinggi meningkat.

2. Pemakanan tidak sihat

Imej dari Precision Orthopedics & Sports Medicine.

Makanan harian ramai orang muda dipenuhi dengan pilihan segera seperti mi segera, burger, ayam goreng, keropok, air berkarbonat dan pelbagai jenis minuman kopi/teh. Semua ini tinggi garam, lemak tepu dan gula – menjadikannya kombinasi yang sangat buruk untuk jantung dan salur darah.

3. Tekanan emosi dan hidup moden

Imej dari Men’s Health.

Generasi muda hari ini hidup dalam suasana yang berbeza, dari persaingan akademik, beban hutang pelajaran, tekanan kerja, dan media sosial yang mencetuskan perbandingan hidup secara berterusan.

Tekanan kronik seperti ini menyebabkan tubuh sentiasa berada dalam keadaan “fight or flight”, yang kemudiannya meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah. Jika tekanan ini tidak diurus dengan betul, ia memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan jantung dan tekanan darah.

4. Tabiat merokok/vape dan kurang tidur

Imej dari BSKDN Kemendagri.

Seperti mana semua sedia maklum, merokok dan vape masih menjadi masalah besar, terutama dalam kalangan lelaki muda. Kandungan nikotin dalam rokok dan vape boleh menyempitkan saluran darah dan meningkatkan tekanan darah serta degupan jantung.

Sementara itu, kurang tidur pula mengganggu sistem hormon dan menyebabkan tekanan darah tidak turun secara semula jadi pada waktu malam (non-dipping BP). Dengan itu, ia meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.

5. Faktor genetik (keturunan)

Imej dari Lab CITO.

Jika ibu atau bapa seseorang itu menghidap darah tinggi, risiko untuk anak mereka mengalaminya juga adalah lebih tinggi. Genetik memang memainkan peranan, tetapi ia bukan bermaksud tidak boleh dielakkan.

Ini kerana, dengan gaya hidup sihat, risiko itu boleh dikawal. Makanya, faktor genetik bukan alasan untuk menyerah, sebaliknya ia alasan untuk lebih berjaga-jaga.

Adalah lebih baik juga untuk kita semua menyediakan langkah awal bagi menghadapi risiko darah tinggi atau penyakit-penyakit yang lain. Antara langkah terbaik adalah dengan…

Lindungi diri dari risiko tak dijangka bersama Allianz HealthAssured!

Jika korang masih belum atau tercari-cari pelan perubatan terbaik dengan penjimatan, HealthAssured adalah jawapannya. Hal ini disebabkan, pelan perubatan ini memberikan korang fleksibiliti dan perlindungan yang komprehensif.

Pertamanya, HealthAssured menyediakan Manfaat Selamat Datang dengan diskaun 20% ke atas Kos Insurans (COI) yang diberikan serta-merta sebaik sahaja korang mendaftar. Jika tiada sebarang tuntutan dibuat, diskaun itu akan kekal dengan Manfaat Tiada Tuntutan, selagi mana korang tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh semakan.

Imej dari risalah Allianz Malaysia.

Malah, pelan ini juga menyediakan pilihan insurans bersama dengan kadar antara 5% atau 15%. Dengan ini, pembayaran premium korang akan lebih rendah dan korang boleh menguruskan perbelanjaan bulanan secara lebih bijak.

Walaupun begitu, korang tak perlu risau dengan kadar perlindungan sebab ia menawarkan had tahunan keseluruhan yang tinggi – sehingga RM5 juta untuk Pelan Asas dan tanpa had untuk Pelan Premier!

Pasti korang juga tertanya-tanya tentang manfaat bilik hospital dan penginapan kan? Di bawah pelan ini, manfaat ditetapkan sehingga RM500 sehari.

Itu semasa penghospitalan, bagi selepas penghospitalan – korang pula akan menerima manfaat:

  • Rawatan selepas penghospitalan;
  • Penjagaan kejururawatan di rumah;
  • Rawatan fisioterapi;
  • Bayaran Balik untuk Kiropraktik, Kiropodi, Homeopati, Osteopati atau Akupunktur.
Imej dari risalah Allianz Malaysia.

Korang juga boleh memilih perkhidmatan tambahan seperti Pendapat Perubatan Kedua Antarabangsa – di mana korang diberikan akses kepada pakar-pakar dari seluruh dunia untuk mempermudahkan keputusan berkaitan perubatan.

Satu lagi adalah Allianz Care@Home iaitu menyediakan penjagaan perubatan kepada Orang yang Diinsuranskan di rumah mereka sendiri.

Jadinya, jangan pening kepala lagi! Daftar saja dengan HealthAssured sekarang sebagai persediaan di masa akan datang.

Korang boleh terus layari laman web rasmi Allianz Malaysia (DI SINI) untuk maklumat lanjut atau berhubung terus dengan wakil-wakil sah Allianz (SEMAK DI SINI).

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *