Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan kejadian letupan gas di Putra Heights yang telah menyebabkan kerosakan 190 kediaman, dengan 81 musnah sepenuhnya. Kejadian ini lebih menyayat hati bila ia berlaku ketika umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri kedua.

Bila berlaku peristiwa sebegini, pasti ramai di antara kita yang mula terbuka mata tentang betapa pentingnya perlindungan insurans rumah. Sebabnya, kebanyakan dari kita mungkin hanya mengetahui tentang dua jenis perlindungan iaitu MRTA dan MLTA.
Apa yang dimaksudkan dengan perlindungan ini? Adakah ia melindungi rumah kita dengan secukupnya?
MRTA dan MLTA hanya melindungi pinjaman perumahan

Pada asasnya, MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) dan MLTA (Mortgage Level Term Assurance) adalah dua jenis perlindungan insurans yang berkaitan dengan pinjaman perumahan. Kedua-duanya bertujuan untuk membantu membayar baki pinjaman rumah jika peminjam meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal.
Cumanya, cara perlindungan dan manfaatnya yang berbeza. Sebab, MRTA ialah pelan insurans hayat berjangka yang jumlah perlindungannya akan berkurangan seiring dengan baki pinjaman rumah. Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal – maka ia boleh digunakan untuk membayar tunggakan pinjaman perumahan.
Manakala, MLTA pula merujuk kepada pelan insurans hayat yang jumlah perlindungannya tetap sepanjang tempoh perlindungan, walaupun baki pinjaman berkurangan.

Apa yang pasti, kedua-dua pelan ini hanya memberikan perlindungan terhadap pinjaman perumahan, serta sekiranya perkara tak dijangka seperti kematian atau hilang upaya kekal berlaku kepada pemilik rumah.
Jika mahu perlindungan yang lebih lagi, maka pemilik perlu membeli polisi insurans perlindungan kediaman lain yang melindungi struktur rumah – sekiranya terjadi kejadian tak dijangka seperti kebakaran, banjir, atau bencana alam.
Namun, selalunya isi kandungan rumah seperti perabot, barangan elektrik, peralatan elektronik, dan barang peribadi yang bernilai – tidak termasuk dalam perlindungan ini.
Lebih mengejutkan, ramai juga tidak menyedari bahawa polisi ini biasanya tamat secara automatik sebaik sahaja pinjaman perumahan selesai dibayar. Dalam erti kata lain, walaupun rumah sudah habis dibayar, korang mungkin langsung tidak mempunyai perlindungan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Mengapa perlindungan berterusan kandungan rumah itu penting?

Struktur rumah yang kukuh tidak bermakna korang benar-benar selamat. Hakikatnya, risiko seperti kecurian, kebakaran kecil, litar pintas atau kebocoran paip boleh merosakkan kandungan rumah dan kos untuk membaiki atau menggantikan semuanya boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.
Bayangkan korang balik ke rumah dan lihat peti sejuk, TV, atau komputer riba korang rosak akibat litar pintas atau paip pecah. Lebih buruk lagi, kalau rumah korang dipecah masuk ketika korang bercuti dan barang-barang bernilai dicuri atau jika kejadian Putra Height berlaku lagi.

Tanpa perlindungan khusus untuk kandungan rumah, korang terpaksa menanggung kerugian sepenuhnya sendiri.
Inilah sebabnya mengapa perlindungan berterusan terhadap kandungan rumah itu sangat penting. Ia bukan sahaja memberi ketenangan fikiran, malah membantu korang bangkit semula dengan cepat sekiranya berlaku kerugian.
Jadinya, bagi memastikan rumah korang dilindungi dengan secukupnya, Allianz General telah memperkenalkan…
Smart Home Cover memberikan perlindungan menyeluruh untuk rumah korang!
Bagi mengatasi jurang perlindungan ini. Smart Home Cover telah direka khas oleh Allianz General yang bukan sekadar melindungi struktur bangunan, malah turut mempunyai pilihan untuk melindungi isi kandungan rumah korang daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian, dan risiko lain.
Caranya, korang boleh memilih sama ada menginsuranskannya berdasarkan nilai penuh yang melindungi semua kandungan isi rumah dalam bangunan atau perlindungan kerugian pertama – dengan menanggung sebahagian daripada jumlah keseluruhan berdasarkan jumlah diinsuranskan.
Bagi kerugian pertama, manfaat yang disediakan adalah dari RM16,000 sehingga RM91,000 dengan premium tahunan serendah RM51.74.

Bagi perlindungan bangunan pula, pelan ini melindungi struktur rumah korang dari pelbagai jenis risiko seperti kebakaran, banjir, ribut angin, kilat, gempa bumi, tangki air pecah dan banyak lagi.

Kepada yang masih mempunyai pinjaman perumahan, perlindungan tambahan ansuran pinjaman gadai janji ini menanggung ansuran pinjaman bulanan sehingga RM30,000 atau 6 bulan sekiranya rumah tidak dapat diduduki buat sementara waktu disebabkan oleh kejadian yang diisuranskan.
Manfaat sama juga diberikan (sehingga RM30,000 atau 6 bulan) jika pemilik rumah meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan.
Bagi yang menyewakan rumah mereka, pelan ini turut tak terlepas memberikan perlindungan. Sebabnya, korang boleh menambah perlindungan Insurans Tuan Penyewa di mana – ia melindungi korang sehingga RM2,000 dari kerosakan yang dilakukan oleh penyewa dengan niat jahat.
Kalau penyewa melarikan diri, pelan ini menyediakan manfaat sehingga RM1,500 setiap kejadian (terhad dua kali setahun). Pihak Allianz General juga akan menanggung yuran guaman untuk surat tuntutan ke atas sewa lewat tempoh!
Oleh itu, kepada yang mahukan perlindungan menyeluruh terhadap rumah – Smart Home Cover adalah pilihan terbaik. Nak-nak lagi bila sekarang ni korang boleh…
Dapatkan payung berjenama Allianz secara komplimentari apabila membeli atau memperbaharui polisi Tahunan Smart Home Cover!
Bermula dari 15 Mac hingga 30 September 2025, mereka yang membeli atau memperbaharui polisi Tahunan Smart Home Cover akan menerima payung berjenama Allianz secara komplimentari!
Kempen ini terbuka kepada pemegang polisi individu yang membeli polisi Tahunan Smart Home Cover dengan sekurang-kurangnya dua komponen, atau memperbaharui polisi Tahunan Smart Home Cover dengan sekurang-kurangnya satu komponen tambahan.
Tertakluk terma & syarat.
Korang juga berpeluang menyaksikan Korea Open 2025 secara langsung di stadium!
Selain itu, Allianz turut memperkenalkan kempen peraduan #NoStoppingUs, yang memberi peluang kepada korang untuk menyaksikan kejohanan badminton bertaraf antarabangsa – Korea Open 2025 – secara langsung di stadium!
Peraduan ini berlangsung dari 1 Mac hingga 20 Julai 2025 dan terbuka kepada semua warga Malaysia. Untuk menyertainya, korang hanya perlu mendaftar mana-mana polisi Allianz yang layak (termasuk Smart Home Cover) dan daftarkan minat korang melalui borang peraduan yang disediakan.
Inilah peluang keemasan untuk merasai sendiri kehangatan aksi di gelanggang serta memberi sokongan kepada atlet kebangsaan kita dalam suasana yang penuh semangat dan bangga!
Jadi jangan lepaskan peluang ini! Kepada yang nak tahu lebih lanjut, boleh terus menghubungi wakil-wakil sah Allianz Malaysia di seluruh negara (LIHAT DI SINI) atau layari laman web rasminya – DI SINI.
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.