Dalam dunia yang serba tak menentu hari ini, ramai rakyat Malaysia mula sedar tentang pentingnya mempunyai perlindungan insurans. Sama ada untuk diri sendiri, keluarga, atau perniagaan – insurans bukan lagi pilihan mewah, tapi sebaliknya satu keperluan.
Namun, dalam kesedaran yang semakin meningkat ini, masih ramai juga yang keliru tentang perbezaan antara dua jenis insurans asas iaitu Insurans Kemalangan Diri dan Insurans Nyawa.

Pernah tak korang dengar orang berkata, “Saya dah ada insurans kemalangan diri, jadi perlu ke saya ambil insurans nyawa”? Atau sebaliknya? Sebenarnya, kedua-dua polisi ini mempunyai fungsi, perlindungan, dan tujuan yang berbeza.
Jadi, artikel kali ini akan mengupas secara ringkas tapi padat tentang fungsi sebenar setiap jenis insurans, siapa yang patut memilikinya, dan macam mana korang boleh membuat pilihan yang lebih bijak.
Apa itu Insurans Nyawa?

Insurans Nyawa atau Life Insurance pada asasnya adalah satu bentuk perlindungan yang memberikan perlindungan kewangan kepada waris sekiranya berlaku kematian (sama ada akibat sakit, kemalangan atau secara semula jadi).
Polisi ini juga boleh memberikan manfaat tambahan seperti:
- Manfaat penyakit kritikal;
- Pampasan akibat hilang upaya kekal;
- Simpanan jangka panjang (bagi polisi berasaskan pelaburan atau takaful).
Oleh itu, Insurans Nyawa sesuai untuk mereka yang ada tanggungan seperti pasangan, anak-anak atau ibu bapa. Ini kerana, ia akan bertindak sebagai jaminan kewangan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. .
Pampasan yang diberikan juga akan meringankan beban waris sama ada untuk melangsaikan baki hutang, keperluan pendidikan anak-anak, kos sara hidup harian dan memulakan hidup baru.
Apa itu Insurans Kemalangan Diri?

Insurans Kemalangan Diri atau Personal Accident Insurance direka khusus untuk untuk menyediakan pampasan kepada korang akibat kecedaraan, hilang upaya atau kematian yang berpunca daripada kemalangan.
Sebagai contoh, sekiranya korang kehilangan anggota badan akibat kemalangan, korang layak menerima pampasan mengikut jumlah yang diinsuranskan. Dalam masa yang sama, terdapat juga manfaat dalam pelan insurans ini yang memberikan perlindungan kos rawatan perubatan akibat kemalangan, elaun hospital harian jika dimasukkan ke wad selepas kemalangan dan sebagainya.
Berbeza dengan Insurans Nyawa, premium bagi Insurans Kemalangan Diri biasanya lebih rendah, dibayar secara tahunan dan sesuai untuk mereka yang aktif, sering terlibat dalam aktiviti luar, sering memandu, atau terlibat dalam pekerjaan berisiko.
Adakah perlu pilih salah satu sahaja?

Tidak semestinya. Kerana fungsinya yang berbeza, ramai di kalangan pakar kewangan mencadangkan supaya korang memiliki kedua-duanya.
Sebagai contoh, korang mungkin sihat dan tak menghidap sebarang penyakit, tapi jika terlibat dalam kemalangan motosikal yang menyebabkan kecederaan serius, insurans kemalangan diri akan membantu menanggung kos rawatan.
Namun, kalau korang disahkan menghidap penyakit kritikal atau meninggal dunia akibat serangan jantung, hanya insurans nyawa yang dapat membantu waris dari segi kewangan.
Oleh itu, dapat difahami di sini bahawa Insurans Nyawa dan Insurans Kemalangan Diri bukanlah pelan yang sama, kerana masing-masing memainkan peranan penting dalam melindungi diri dan keluarga daripada risiko kewangan tak dijangka.
Jadi, fahamilah perbezaannya dan buat pilihan yang bijak berdasarkan keperluan hidup korang.
Tapi, kalau korang tercari-cari Insurans Kemalangan Diri terbaik, jawapannya tak lain dan tak bukan adalah…
Allianz Shield Plus: Perlindungan menyeluruh jika berlaku kemalangan tak dijangka!
Bak kata pepatah “malang tak berbau” dan kerana itu kita perlu bersedia dengan segala risiko yang ada. Oleh itu, Allianz Shield Plus datang sebagai persiapan awal bagi menghadapi sebarang risiko berkenaan — serendah RM0.29 sehari.
Pelan ini menawarkan perlindungan sehingga RM3,000,000 bagi kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Bagi kos rawatan pula, korang layak menerima manfaat sehingga RM15,000 dan bagi perubatan alternatif sehingga RM800.

Pelan ini memberi perlindungan sebanyak 20% daripada jumlah pokok yang diinsuranskan jika korang dijangkiti HIV akibat pemindahan darah ketika korang menjalani rawatan perubatan bagi kecederaan di hospital di Malaysia. Kos pembetulan gigi atau pembedahan pembaikan kosmetik berikutan kecederaan yang dialami akibat kemalangan pun diberikan sehingga RM5,000!
Sekiranya dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kemalangan, korang turut layak menerima pendapatan hospital sehingga RM300 sehari (maksimum 180 hari)!
Kalau kemalangan mengakibatkan kematian pula, Allianz Shield Plus akan membayar perbelanjaan pengebumian sebanyak RM5,000 dan elaun berkabung sebanyak 20% daripada jumlah pokok yang diinsuranskan sekiranya kematian disebabkan oleh denggi, virus zika, malaria, japanese encephalitis atau chikungunya.
Khusus bagi kaum wanita hamil, pelan ini menyediakan pembayaran sebanyak RM2,000 sekiranya mengalami keguguran akibat kemalangan.
Kemalangan dengan unsur jenayah turut tak terlepas dari pelan ini. Hal ini kerana, jika orang yang diinsuranskan diculik – pembayaran sekali gus sebanyak RM10,000 disediakan bagi perbelanjaan mencarinya. Allianz turut menawarkan ganjaran RM50,000 untuk maklumat yang membawa kepada penemuan orang yang diinsuranskan dengan syarat orang masih hidup pada masa penemuan.
Tak cukup dengan itu, jika berlaku ragut atau percubaan meragut, Allianz akan membayar pampasan sebanyak RM600 kepada korang dengan syarat laporan polis mestilah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kejadian itu berlaku.

Oleh itu, bagi yang berminat dengan pelan ini – terus saja ke PAUTAN INI untuk maklumat lebih terperinci. Korang juga boleh berhubung terus dengan wakil-wakil Allianz yang sah (DI SINI).
Tapi belum habis lagi, korang juga…
Berpeluang menyaksikan Open Korea 2025 secara langsung!
Di bawah kempen Allianz #NoStoppingUs – korang berpeluang memenangi percutian ditanggung sepenuhnya ke Korea Selatan untuk menyaksikan perlawanan Separuh Akhir Korea Open 2025!
Caranya mudah saja, korang langgan saja Allianz Shield Plus dan isi borang penyertaan yang disediakan.
Kempen ini dibuka dari 1 Mac – 20 Julai 2025. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Maklumat lanjut tentang kempen #NoStoppingUs boleh dirujuk di – PAUTAN INI.
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.