Selain gaji & “work life balance”: Korang tahu tak apa lagi faedah yang pekerja sekarang cari?

Kalau dilihat pada statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, setakat bulan Februari 2023, negara telah mencatatkan jumlah pekerja seramai 16.19 juta orang. Dari jumlah itu, bolehlah katakan yang berjuta rakyat Malaysia akan keluar setiap pagi untuk ke tempat kerja, selain mereka yang bekerja syif petang atau malam.

Makanya, kita jangan terkejut bila dapat tahu yang pekerja di Lembah Klang terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya sekurang-kurangnya 44 jam setiap bulan.

Tapi, apa yang lebih membimbangkan ialah apabila Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati lebih 50 peratus pekerja Malaysia mengalami tekanan kerja dan hampir 25 peratus pula mengalami tekanan yang tinggi akibat bebanan pekerjaan.

Imej dari HonestDocs.

Jadi, menjadi satu keperluan yang mustahak untuk setiap syarikat atau organisasi di negara ini memberikan perhatian terhadap para pekerja serta ahlinya. Kerana, gaji saja tak cukup tanpa “work life balance” (keseimbangan kerja dan kehidupan).

Oleh itu, setiap syarikat atau organisasi perlu memastikan para pekerja dan ahlinya boleh mengamalkan gaya hidup sihat, bekerja dalam jangka waktu munasabah, menjaga batas kerja dan peribadi, serta menyediakan kemudahan bagi meningkatkan produktiviti mereka.

Selain itu, perlindungan keselamatan juga tak boleh diketepikan. Bak kata orang dulu-dulu “malang tak berbau” dan boleh menimpa sesiapa saja pada bila-bila masa.

Jadi, sebagai syarikat atau organisasi yang prihatin, isu keselamatan dan kebajikan tak boleh diketepikan sama sekali. Itulah juga faedah yang dicari oleh para pekerja sekarang ni.

Untuk melindungi mereka dari perkara yang tidak dijangka, ada satu pelan perlindungan yang menarik perhatian dan menjadi antara jawapan terbaik untuk dipertimbangkan…

Kemalangan Diri Berkelompok Allianz4All sediakan perlindungan sehingga RM1,000,000!

Prihatin dengan keperluan semasa dan mahu melindungi kita semua dari sebarang risiko, Allianz telah memperkenalkan Pelan Kemalangan Diri Berkelompok Allianz4All yang menawarkan pelbagai pilihan perlindungan yang boleh disesuaikan bagi memenuhi keperluan syarikat dan organisasi.

BACA  Musim cuti dah tiba! Ini persiapan penting yang korang kena buat sebelum pergi melancong

Tapi sebelum itu, biar kami terangkan dulu apa yang dimaksudkan dengan perlindungan kemalangan diri berkelompok ini. Pada asasnya, ia adalah sejenis perlindungan kepada risiko kemalangan diri yang dihadapi oleh mana-mana individu atau anggota dalam sesebuah syarikat atau organisasi.

Senang cerita, mereka akan dilindungi dari segi kos perubatan atau pampasan lain yang berkaitan sekiranya terbabit dalam kemalangan berdasarkan perlindungan berkelompok yang telah diambil oleh syarikat atau organisasi. Mereka atau waris boleh memohon untuk mendapatkan pampasan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam polisi yang diambil.

Imej dari iMoney.

Sebab itulah Allianz General datang dengan Pelan Kemalangan Diri Berkelompok Allianz4All yang membolehkan sesebuah syarikat atau organisasi memilih perlindungan paling relevan dengan risiko yang mereka hadapi.

Antara faedah-faedah utama yang ditawarkan di bawah pelan ini adalah:

Manfaat sehingga RM1,000,000 untuk kematian atau hilang upaya akibat kemalangan

Bagi pekerja syarikat atau ahli organisasi yang mengambil pelan perlindungan ini dan terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan kematian atau hilang upaya, waris layak menerima pampasan minima RM5,000 atau maksimum sehingga RM1,000,000 mengikut jumlah yang diinsuranskan.

Malah, Allianz juga akan memberikan bantuan kewangan sehingga RM5,000 bagi tujuan perbelanjaan pengebumian bagi meringankan beban waris.

Menanggung perbelanjaan perubatan akibat kemalangan

Jika mengalami kecederaan akibat kemalangan pula, Allianz akan membayar balik perbelanjaan perubatan berkenaan sehingga RM8,000 berdasarkan kadar yang diinsuranskan.

Untuk yang memerlukan penjagaan kejururawatan selepas keluar dari hospital, Allianz akan membayar balik kos penjagaan kejururawatan sehingga RM5,000 berdasarkan kadar yang diinsuranskan.

Bagi pemulihan selepas kemalangan yang memerlukan rehabilitasi seperti terapi fizikal, terapi cara kerja, terapi pertuturan, terapi pernafasan, terapi kognitif dan kaunseling, ia juga akan ditanggung oleh Allianz berdasarkan kadar yang diinsuranskan.

BACA  Deduktibel dalam Insurans: Ini fakta-fakta yang korang perlu tahu
Imej dari Jackson Health System

Tak cukup dengan itu, perlindungan ini turut akan membayar balik perbelanjaan yang ditanggung untuk Pembetulan Gigi dan/atau Pembedahan Pembaikan Kosmetik pada bahagian leher, kepala atau dada (pusat dan ke atas) akibat kecederaan kemalangan.

Dapat bayaran harian sepanjang tempoh masuk ke hospital

Kalau seseorang itu masuk hospital dan tak dapat bekerja, ia sudah pasti memberi kesan kepada pendapatan mereka. Tapi dengan Pelan Kemalangan Diri Berkelompok Allianz4All, mereka layak menerima pendapatan harian antara RM30 hingga RM300 sepanjang tempoh kemasukan ke hospital sehingga maksimum 180 hari.

Malah, jika seseorang masih tak dapat lagi menjalankan tugas buat sementara waktu selepas keluar dari hospital kerana kecederaan yang dialami, pelan ini akan membayar faedah mingguan kepada individu yang cedera tadi dengan kadar sehingga RM300.

Perlindungan bagi mangsa ragut dan penipuan belian secara dalam talian

Jenayah ragut bukanlah asing di Malaysia dan kita juga selalu mendengar berita mangsa yang cedera akibat diragut. Dengan peningkatan jenayah ragut ini, Pelan Kemalangan Diri Berkelompok Allianz4All akan membayar pampasan sehingga RM1,000 kepada mereka yang menjadi mangsa ragut atau percubaan meragut.

Kes ragut semakin berleluasa.

Hal yang sama juga kepada para mangsa penipuan pembelian dalam talian yang dibeli dari laman web/aplikasi palsu atau barang yang dibeli tak dihantar. Jadinya di sini, mereka bukan sahaja dapat perlindungan kerana kemalangan yang membawa kecederaan atau kematian, tapi juga ke atas perkara berkaitan jenayah dan gaya hidup.

Perlindungan peranti pintar dan membayar pinjaman

Sekiranya peranti pintar seperti telefon bimbit dan tablet hilang atau rosak akibat pecah masuk atau diragut, mereka layak dapat pampasan daripada Allianz sehingga RM5,000.

Manakala, jika mereka perlu masuk ke hospital selama lebih sepuluh (10) hari berturut-turut akibat kemalangan, pihak Allianz akan membayar jumlah yang diperlukan untuk hutang kad kredit, sewa beli, gadai janji atau pinjaman peribadi sehingga RM10,000. Jadi, taklah pening kepala memikirkan hutang masa di hospital nanti.

BACA  Lebih 4,000 kematian disebabkan kemalangan jalan raya! Ini risiko & dilema setiap penunggang motosikal
Hutang dibayar, jiwa pun tenteram. Imej dari Giphy.

Kalau korang rasa dah cukup banyak manfaat di bawah Pelan Kemalangan Diri Berkelompok Allianz4All ni, sebenarnya belum lagi. Sebab…

Bukan saja melindungi pekerja, tapi berbakti juga kepada masyarakat

Kalau korang perasan, nama pelan ini ada perkataan ‘Allianz4All’ dan perkataan ni bukan saja-saja je diletakkan dekat situ tau. Sebabnya, Allianz4All ini adalah sebuah siri produk baru yang memberikan perlindungan kewangan untuk semua rakyat Malaysia berdasarkan Nilai-Nilai Sejagat.

Caranya adalah Allianz akan memperuntukkan 40% daripada premium korang kepada Dana Peruntukan Tuntutan atau dikenali juga sebagai “Claims Allocation Fund (CAF)”.

Jika tuntutan untuk tempoh tertentu adalah kurang daripada jumlah yang diperuntukkan ke dalam CAF, sebahagian daripada lebihan yang terhasil akan didermakan kepada badan-badan kebajikan.

Dengan kata lain, korang bukan sahaja melindungi pekerja dan ahli, tapi juga masyarakat yang memerlukan.

Jadi, apa yang ditunggu lagi tu? Kepada yang ada perniagaan khususnya dalam kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), ambillah perlindungan ini demi kesejahteraan pekerja korang.

Kepada yang berminat, sila layari:
https://www.allianz.com.my/corporate/group-protection-and-personal-accident/group-personal-accident/group-pa-az4all-bm.html untuk maklumat lanjut.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *